Monday, 22 April 2013

Nasi Arab Damsyik..

Assalammualaikum..

Hari ni aku memang bangun lambat..
Sebab tidur asyik terganggu je..
Lagi pun cover penat banyak guna tenaga masa kenduri semalam..hehe..
Lunch pun dah dekat maghrib..

Malam ni tidur dekat rumah Senawang..
Mula-mula nak hantar Zack balik nilai..
Tapi kakak aku yang hantar zack balik..

Dari kampung ke Seremban dengan dua kereta..
Zack naik dengan Lugman..
Aku pulak dengan satu kereta lagi bawak wan dengan atok..
Dioerang nak hantar Zack balik Nilai..

Dari kampung kitaorang terus ke restoran..
Nis nak belanja makan malam ni sebab die dapat keje baru..
Nak pindah ke Damansara dah esok..
Hari ni tadi pun dia pegi shopping beli barang nak pindah dengan mak..

Pilihan nya Restoran Nasi Arab Damsyik..
Aku 1st time pegi restoran ni..
Terletak dekat tepi jalan antara Paroi ke Senawang..
Kalau masuk dari Pusat Dakwah Islamiah Paroi ke Senawang Restoran tu sebelah kiri..
Betul-betul tepi jalan..
Aku tak ambil gambar luar kedai..

 Permandangan dalam kedai..

Masa aku pegi ni ramai jugak la orang..

Kitaorang order set Thalasa (set 3) ayam dan kambing.
Aku lupa pulak nak snap menu..
Dekat menu ada senarai menu berserta harga..

Ni set yang kitaorang order..
Order kejap je dah sampai..

Kalau ikutkan set ni untuk 3 orang..
Tapi kita orang makan untuk 6 orang..
Nasi die sedap..
Ayam dan kambing agak tawar tapi dimasak sempurna..
Memang empuk dan lembut je daging dia..
 Tawar tu sebab die ada bagi sambal..
Makan dengan sambal tu..
Dan memang sedap..
 Dalam tupperware tu ada arca, sambal dan susu masam..

Air pulak order shis panas..
Atau nama lain die teh pudina panas..hehe..

 Ni la dia shis panas..

Stail kan bekas air dia..
Lepas tu bagi cawan-cawan kecik yang comel..hehe..
Teringat aku kalau minum one short..hehehe..

Harga untuk set thalasa ayam dan kambing RM 60.00
Dan untuk Shis panas 1 pot RM 15..
Ada jual kebab ke apa aku nampak tadi..

Aku recommend jugak la kalau nak makan dekat sini..
Rasa makanan agak sedap dan harga pun agak berpatutan kut..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...