Wednesday, 24 April 2013

Leha World..

Assalammualaikum..

Pagi-pagi tadi tengah sedap tidur..
Tiba-tiba dengar bunyi henfon bising..
Tengok skrin nama orang yang baru turun dari laut..
Naik kali ni 45 hari je pulak..
Kalau tak sampai 3bulan pun tak sign off lagi..
Meracau-racau atas kapal tu nak turun..haha..

Dia sampai Seremban petang semalam..
Jadi hari ni dia nak balik kampung..

Dari Kemaman ke K.L bole pulak dia naik teksi..
 Nasib baik naik dua orang..
Kene charge RM 450..
Ish..ish..ish..
Suka betul buat benda pelik-pelik kan..
Mintak aku datang amik dekat rumah kakak dia..
Dah rindu sangat dekat motor dia..
Aktiviti pun dah plan macam-macam..
Plan nak pegi Singapore dengan Hafeez shopping barang motor la..

Ambil die dekat Seremban 2..
Lepas tu dia ajak pegi makan dekat Leha World..
Aku tak pernah pun dengar atau pegi..
On je la bila dia ajak..

Dekat restoran ni ada sangat banyak lauk..
Tak silap lebih kurang 100 lauk..
Memang rambang mata nak pilih lauk..
Harga pun aku rasa murah..

Lauk yang diambil;
  • gulai daging salai campur kentang
  • ulam tomato
  • bendi goreng campur telur 
  • Kerang rebus/bakar
  • Ayam masak sambal
  • Air percuma - ambil sendiri..suka hati la nak ambil berapa kali..banyak mana pun..kita orang sirap selasih..
 Total semua Rm 12.00 je..
Murah la kan..
Rasa pun bole tahan..
Citarasa negeri sembilan..hehe..

Balik tadi sempat lepak dekat rumah die jap..
Nak tengok motor dia..
Motor tak bole start sebab tak de bateri..huhu..
Tapi sempat la try..
Kaki aku sampai ohhh..
Bole la merempit lepas ni..haha..

* Maaf tak de gambar..Kamera ada je dalam handbag dalam kereta..tapi sibuk nak makan dan berbual dengan Hendry..haha..

Ni gambar restoran..
Ambil dari blog ni..


Ni contoh menu..
Sangat banyak pilihan kan..
Ambil dari blog ni..


Aku pun tengok siap ada plate jalan-jalan cari makan..
Video ada dekat sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...