Thursday, 25 April 2013

Kepada Peragut atau Penyamun..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah aku dan ahli keluarga terdekat tak pernah lagi jadi mangsa ragut..
Kalau bole memang tak nak la perkara tak elok ni jadi dekat aku..
Memang ngeri je kalau baca pasal benda ni..
Lebih lagi kalau kes yang bawa kepada kematian..
Memang sedih sangat baca..
Terdesak sangat ke hidup sampai guna kan cara semudah ini untuk hidup..
Ambil kesempatan atas kelemahan orang lain..
Mangsa nya selalunya perempuan la..
Sebab perempuan ni lemah kan..huhu..

Ni lah jugak sebab nya kadang-kadang aku rasa lagi selamat kalau keluar dengan kawan-kawan lelaki..
Sebab mereka ada untuk jaga kita..
Lagi pun biasa nya orang tak kacau kalau ada lelaki dengan kita..
 Walaupun orang tengok macam tak berapa elok keluar dengan lelaki ramai sangat..
Tapi tu la yang selalu terjadi sebab selalu aku sorang je perempuan..huhu..
Tapi aku ras macam tu memang lagi selamat..
Orang memang tak berani kacau..hoho..

Ok berbalik pada tajuk entry ni..
Hari tu 1st time aku tengok depan mata aku kejadian ragut atau samun..
Aku nampak dari bilik..hehe..
Kawasan belakang bilik aku ialah parking lot lepas tu perumahan..
 Masa tu aku tengah tidur..
Lepas tu tiba-tiba dengar perempuan menjerit-jerit..
Dan tak lama lepas tu suara lelaki pulak menjerit-jerit..
Aku ingatkan couple bergaduh ke..

Aku pun bangun dan tengok dari tingkap lelaki tu jerit suruh orang tahan motor tu untuk tangkap penyamun tu..
Tapi kejadian berlaku dengan sangat cepat kan..
Penyamun tu pun bawak motor 125..
Orang pun tak berapa ramai dekat kawasan tu..
Masing-masing pun blur-blur je mula-mula kan..
Dan penyamun pun berjaya melepaskan diri..
Aku rasa perempuan tu tak cedera..
Tapi mungkin bag die la kene ambil..
Tak tau la kalau die baru keluar dari bank ke..
Sebab ada tiga bank dekat situ..

1st sekali kalau kene samun macam ni keselamatan diri la..
Sebab ada tu bawak senjata kan..
Tak pun die sepak motor mangsa..
2nd kerugian dekat mangsa..
Kalau ada cash banyak, kad bank, buat nya simpan barang kemas, handphone dan gadget lain, handbag mahal ke..
Last sekali memang menyusahkan orang..
Kalau tak cedera atau ada duit atau barang berharga pun tapi dokumen penting..
Nak kene pegi report dan buat kad pengenalan baru, lesen la dll..

Masa mula-mula kejadian tu aku risau..
Sebab aku pegi kelas jalan kaki sorang-sorang..huhu..
Lepas tu kalau sebelum ni aku dengan selamba je cross dkt parking lot tu sorang-sorang di waktu malam kalau nak cepat ke kedai blok lain..hoho..
Konon tak ramai orang..
Tak semak sangat..
Memang pengajaran betul la..
 Lepas ni memang lebih berhati-hati..
Dioerang pun suruh aku lebih berhati-hati dan beringat lepas ni..
 Buruk sangka sikit dengan orang pun tak pe..
Kita ni jarang nak terfikir benda-benda macam ni kan..
Rasa orang semua buat hal maisng-masing..
Tapi dunia sekarang orang sanggup buat apa je untuk hidup kan..huhu..

Kisah ni dah lama dah..
Sebelum aku balik cuti hari tu kan..
Tapi malas pulak nak tulis..
Disebabkan aku dah tidur banyak siang tadi..
Malam ni online baca paper..
Aku terbaca ka dekat kosmo pasal penyamun ni..
Tu yang mendorong aku untuk tulis entry ni..

Bukan satu tapi dua kes yang aku baca..
Bole baca dekat sini dan sini..

Aku rasa mereka ni tau je risiko yang mereka bakal hadapi..
Tapi kenapa lah pilih jalan ni..
Banyak sangat perkara baik yang mereka korbankan..
Keselamatan diri, maruah diri, maruah keluarga dan lain-lain lagi..


Bila baca dan tengok gambar ni aku pun sedih tengok..huhu..
Walaupun die bersalah tapi aku memang sedih tengok..
Aku berharap dan berdoa masing-masing berubah menjadi yang lebih baik lepas ni..
Jadikan la apa yang terjadi sebagai pengajaran..
 Berusaha la mencari rezeki dengan cara yang halal..
Walaupun sedikit dah susah tapi lebih baik dari menganiaya orang..

Kalau aku sendiri atau ahli keluarga aku yang kene..
Atau aku ada dekat tempat kejadian mungkin aku aku sendiri akan buat perkara yang sama..
Lebih lagi kalau melibatkan kemalangan..
Oleh itu kepada peragut dan penyamun di luar sana berubah la..
No pain no gain..
Usaha la dengan cara yang betul..
Even orang yang senang pun bersusah payah nak dapat kesenangan tu..

Macam Hendry cakap..
Bukan susah nak susah nak bukan sennag nak senang..
Setiap mahkluk memang ada rezeki untuk die yang Allah dah peruntukkan..
Kalau susah ke bermohon dan mengadu la pada Nya..
Sesungguhnya dia Maha Mendengar..

Dan kita sebagai masyarakat..
Bila mereka cuba untuk berubah..
Bantu la mereka..
Beri mereka peluang dan sama-sama membantu mereka..
Jangan la terus nak menghukum mereka sepanjang hayat mereka..

Kepada peragut atau penyamun die luar sana berubah la..
Banyak lagi cara untuk hidup..
Fikir la sebaik-baik nya sebelum buat sesuatu perkara..

Semoga mereka berubah dan jadi manusia yang berguna..Amin..

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...