Sunday, 21 April 2013

Kenduri..kenduri..kenduri..

Assalammualaikum..

Aktiviti hari pertama di rumah ialah  pergi kenduri budak sekolah..
Budak sama sekolah masa menengah rendah dulu..
Aku jarang sangat dapat pegi kenduri kawan-kawan..
Sebab ada peluang ni pegi la..
Kalau tak rapat sangat dengan pengantin pun dapat jumpa kawan-kawan yang lain..
Tapi kalau tak de gang tak syok jugak..
Nanti tak tau nak berbual dengan sapa..huhu..
Tak kan la nak duduk berbual berdua je dengan en.bf kan..
Nanti orang tengok pun macam entah pape je..huhu..

Haziq tak dapat balik..
Hendry pulak tak balik lagi..
Esok die baru turun darat..

Nasib baik Hafez ada..
So pegi dengan dia..
Die pegi naik baby baru die..
Dan aku dengan en.bf..
Datang makan dan lepak dengan orang meja je..
Maaf la sebab aku tak kenal sangat yang lain..
Nak berbual apa pun tak tau..

Ada jugak yang aku tak kenal sangat muka tapi dieorang kenal aku..
Mungkin sebab aku tak de sangat beza berbanding masa sekolah dulu..
Ramai yang dah kawen makin sihat..
Muka pun makin matang..
Yang paling best nya bila ada yang tegur aku makin kurus..
Best je dengar..hahaha..
Tapi tak delah turun sangat sebenar..
Pada aku nak turun memang senang..
Tapi nak maintain tu yang susah..

Lepas pegi kenduri Hafez pegi melepak dengan kawan-kawan die..
Aku dengan en.bf pulak ke Gemas..
Ke Gemas untuk jumpa Desmond class mate aku dengan Thompson..
Cuti ni dieorang tak balik Serawak..
Pegi rumah abang Tom je dekat Gemas..
Jadi aku datang la melawat..hehe..

Balik petang tu dekat rumah function dah start pulak..haha..
Aku tak tau pun jadual kenduri dekat rumah aku..


Dah siap pasang khemah, pasang meja dengan susun kerusi semua kitaorang makan malam dulu..
Menu ialah gulai pisang, popodum, Ikan goreng dan sotong sambal petai..
Memang terbaik..
 Petang tu aku dah makan untuk tenaga yang akan digunakan di malam hari..hehe..

Sebab malam adalah aktiviti ini..hehe..

Kacau dodol..

Buat dodol cair je..
Aku try kacau sekali dua je..hehe..
Tapi buat pun dodol cair je..

Ramai jugak yang datang malam tu..
Tak de lah datang nak kacau dodol sangat ke apa..
Tapi dapat la jumpa..
Sembang-sembang..
Kalau tak punya la payah sangat nak jumpa kumpul ramai-ramai kan..

Ada yang lepak dekat bawah khemah kacau dodol ni..
Ada yang dekat beranda bersembang..
Mak dengan Cik Lehan buat kueh dekat dapur..
Meriah bila ramai-ramai kan..
Tapi penat sikit la..

Rezeki pun murah sangat..
Memang banyak sangat makanan..
Aku memang susah sangat nak kawal selera..
Makan berulang-ulang..
Memang ramai sangat yang datang bawak makanan..

Kek coklat yang Cik Lehan bawak..
Ada dua kotak..

Lepas dodol dah siap gossip girl dekat dapur..hehe..
Baru lepas makan petang tu dekat dapur sambil bersembang aku makan nasi lagi..hohoho..
Rasanya memang naik la badan cuti ni..huhu..

Dah siap-siap nak tidur sempat lagi gossip girl dengan Zack dan Cik Lehan dalam bilik..
Memang jarang sangat berbual macam ni..
Sebab kalau dengan family bila tak tau nak berbual aku akan sibukkan diri buat keje je..
Basuh pinggan ke..
Memang aku macam ni..
Sebab aku tak pandai sangat nak berbual dengan orang tak biasa..
Takut salah cerita ke..
Sudahnya pukul 3 lebih aku tidur..haha..

Siang ni kenduri kesyukurannya..
Lauk nya pulak memang sedap..
Kalau dekat rumah kenduri memnag selalu amik katering ni..
Lauk gulai nenas campur ikan masin, ayam masak merah dan kari daging campur kentang..
3 jenis lauk..
Semua lauk sedap..
Aku tanya tetamu pun semua kata sedap..
Alhamdulillah la kan..

Kuih muih pun bermacam jenis..
Ada kuih koci, karipap, kuih kacang, ada kek pisang dan lain-lain..huhu..
Lepas tu ada bluberry cheese cake dan kek ais krim lagi..
Memang kene beraktiviti lepas ni..
Sebab tu la suka paksa diri beraktiviti..
Pegi kelas jalan kaki la..
Buat keje dekat bengkel la..
Ikut diorang pegi swimming la..
Kalau tak memang tak terbakar la lemak..huhu..

Semoga lebih murah rezeki lepas ni..
Di samping mempunyai kesihatan yang baik..hehe..
Amin..
Maaf la gambar untuk kenduri hari ni tak de..
Ada dekat kamera lain..
Lagi pun sibuk berbual dengan family dan kawan-kawan tak pegang kamera pun..
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...