Tuesday, 23 April 2013

Hospital Tuanku Jaafar Seremban..

Assalammualaikum..

Hari ni aktiviti aku adalah menghantar emak ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban..
Mak ada appointment dekat sini petang ni..
Pegi lepas Zohor..
Appointment dia dalam pukul 2..
Pukul satu lebih keluar dari rumah..
Sampai sana dalam pukul 2..

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban..

Macam biasa hujan parking dekat hospital ni memang la fail..
Aku turunkan mak dekat pintu hospital..
Lepas tu aku pegi carik parking..
Sebab aku ada nampak macam padang parking baru..
Aku rasa nak parking dekat situ..
Tapi agak jauh dari hospital..
Tulah hantar mak dulu..

Lagi pun malas nak amik risiko pegi parking dekat kereta rapat-rapat..
Aku kurang mahir sikit..
Takut tersagat kereta lain..haha..

Mula-mula aku tunggu dalam kereta je..
Dah siap-siap bawak bahan bacaan dari rumah..
Prepare takut bosan..
Sambil tu bole pasang radio..

Tapi tiba-tiba rasa nak terkencing la pulak..
Aku pun turun la jalan naik ke atas..
Setakat jalan naik ke atas memang tak de hal la..
Dah biasa jalan kaki pegi kelas kan..
Keje berat dekat bengkel lagi..haha..

Tapi nak balik hujan turun la pulak..
Cepat-cepat la jalan kaki ke kereta..
Nasib baik ada pondok dia sediakan dekat tempat parking tu..
Aku pun duduk la dekat situ..
 
Rupanya ada disediakan shuttle untuk bawa pelawat dari parking tu ke hospital..
Elok la untuk orang tua dan yang bawa budak-budak..
Kalau muda macam aku larat je lagi jalan..hehe..
Kalau hujan ke elok jugak la ada..
Ada bas dan van yang disediakan..
Van memang masuk dalam kawasan parking tu..
Kalau bas pulak kene jalan ke tepi jalan sikit la..
Shuttle ni pun agak kerap..
Memang bagus la ada disediakan perkhidmatan ni..
Kalau yang datang naik bas ke berhenti tepi jalan bole la naik..
Lebih-lebih lagi kalau hujan atau panas..

Komik Shin Chan teman menuggu..hehe..

Elok hujan dah reda mak pun call dah settle..
Aku pun amik mak dekat tempat aku turunkan dia tadi..

Sementara tunggu balik kampung lepas Asar aku pun lepak-lepak dekat rumah sambil online..
Hafez mesej ajak buat BBQ..
Dia nak lepak dengan kawan-kawan..
Mula-mula plan nak buat dekat rumah aku..
Tapi lepas tu aku cadangkan buat dekat PD ke..
Tak pun Bagan Lalang..
Plan tak finalize lagi..
Hendry pun baru balik kampung hari ni..

Mula-mula aku cuti seminggu pertengahan sem seminggu je..
Tapi sebab nak buat party BBQ ni aku pun SMS budak ni sebab semalam Izat ada SMS ada rumours cuti extend sampai 5hb..
Call izat dan memang confirm cuti extend..
Aku tak puas hati lagi..
Takut jadi macam cuti banjir dulu..
Rumours beria tapi rupanya salah..huhu..
Aku pun call Miss Agustin pulak..
Sebab banyak test minggu depan..
Tapi memang confirm cuti extend sampai 5hb..
 
Apa lagi memang happy la..
Adik bongsu nak balik Jumaat ni..
Plan nak BBQ dengan kawan-kawan..
Dan boleh mengundi..
 
Laju je call en.bf bagi tau cuti extend dan bagi tau pasal BBQ..
Lepas tu SMS Haziq ajak pegi BBQ..
Lebih ramai lebih meriah..hehe..
Semoga semuanya berjalan lancar..AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...