Tuesday, 2 April 2013

Bilik Baru..:))

Assalammualaikum..

Semalam dengan rasmi nya dah pindah ke bilik baru..
Mulai sekarang memang sewa bilik je..

Sebenarnya dari sem lepas lagi bercadang nak duduk luar..
Ada jugak yang ajak duduk menyewa sekali dekat luar..
Tapi bIla fikir-fikir balik beberapa faktor rasa malas pulak..
Rasa lagi ok kalau dapat duduk sendiri..
Duduk seorang..
Rasa malas nak semak-semak..
Lagi pun kalau duduk dengan orang lain risau jugak kalau tak ok ke..
Tak satu kepala..
Tak sesuai nanti susah pulak..
Lagi banyak masalah pulak..
Lagi pun faktor atau kriteria yang kita consider untuk pilih tempat tinggal baru tak sama dengan orang lain..

Lagi masa hujung sem lepas..
Masa dah dekat nak exam lagi terasa nak duduk luar sebab duduk hostel kene balik sebelum pukul 12..
Dapat pulak aku sorang je perempuan..
Kalau study dengan budak-budak ni kadang start lambat la..
Kalau pukul 10 baru start kejap je dah pukul 12..
Dah kene hantar aku balik..
Dieorang pun ramai cadangkan untuk aku keluar..

Faktor-faktor aku nak duduk luar;
  1. Susah nak study ramai-ramai atau kalau ada assigment..Course mate semua lelaki..Macam sem lepas dieorang nak amik aku untuk study pukul 10.20 malam macam tu lepas tu tak boleh sebab waktu paling lambat untuk keluar ialah pukul 10 dan kene balik sebelum pukul 12..Bukan nak argue sangat pasal benda ni..tapi masa dekat Penang dulu bole keluar masuk 24 jam asalkan ada kad matrik ok je..tak de pun masalah sosial ke apa..
  2.  Harga sewa dekat hostel dengan kalau duduk luar lebih kurang je..duduk hostel sewa rm120 (bilik kongsi 4 orang)+rm30 transport..
  3. Masalah transport..
  4. Kawasan perumahan tu kurang kemudahan..kedai makan - pernah hari jumaat tak dapat beli makanan sebab tak satu pun kedai jual makanan yang buka, kedai runcit - koperasi agak jauh dan macam tak selamat nak pegi jalan kaki sorang-sorang..aku pernah pegi jalan kali sorang-sorang beli beras, telur dll..tapi masa bulan puasa pegi jalan kaki 4 orang ada flusher la pulak..damn..kalau weekend lupa draw duit memang agak sengsara..sebab nak draw duit jauh..
Bilik baru;

  1. Masa flexible..bila-bila masa boleh keluar dan balik..
  2. Sewa bilik sekarang rm150 sebulan aku duduk satu bilik ni seorang dan bole pegi kelas jalan kaki..Selain harga yang sama aku bole exercise secara semulajadi setiap hari..tak payah nak keluar duit pegi gym ke apa semata-mata untuk exercise dan jimat masa..Kalau tak pegi gym waktu malam..Ni malam bole study..
  3. Dekat hostel memang ada disediakan pengangkutan..tapi kadang-kadang jadual problem..lepas tu bas da jam sekali..aku pernah tak pegi kelas atau lambat beberapa kali sebab tunggu bas pukul 7.20 dalam jadual untuk pegi kelas pukul 8 sekali bas datang lepas pukul 8..huhu..Kalau tertinggal bas ke tak dapat pegi kelas..
  4. Kawasan bilik sewa sekarang ni atas kedai makan dan banyak kedai makan sekitar kawasan ni..ada kedai runcit area ni..ada dobi..bawah ni pun ada maybank dan cimb..

Jadi aku memang ada faktor aku sendiri kalau nak pilih tempat baru..
Kalau yang ada transport mungkin tak kisah sangat..
Tapi Alhamdulillah aku syukur dan gembira dekat tempat baru..
Semoga semua dipermudahkan..Amin..
Lagi pun agak malas untuk bergantung dekat orang..
Insyaallah aku cuba untuk survive sendiri..
Dan berdasarkan pengalaman sebelum ni..
Insyaallah aku mampu..

Nak pindah ni banyak juga belanja..
Nak bayar deposit lepas tu aku ada beli almari..
 Barang aku pun agak banyak..
Sampai kene bawak dua kereta..
Alhamdulillah ramai yang sudi nak tolong..
Sepatutnya kene bawak dua trip tapi ada nak tolong hantarkan barang..
Lepas tu siap tolong angkat bawa ke kereta dan bawak naik ke bilik..
Alhamdulillah aku dikelilingi dengan orang yang sangat membantu..
Semoga Allah je yang dapat balas jasa korang semua..

 Bilik kecik je..

 Katil, tilam, bantal dan kipas disediakan..
Harga sewa termasuk sewa elektrik dan air..

Almari ni aku beli sendiri..
Meja study kecik ni ayah belikan..
P.Long bawa kan dari rumah ke sini..

Insyaallah akan duduk sini sampai habis belajar nanti..
Semoga semua sentiasa dipermudahkan..
Rasanya bole belajar dengan lebih selesa lepas ni..
Tapi ada improvement yang nak di buat lagi lepas ni..
Kalau selesa rasa seronok ke duduk bilik kan..
Nak study pun semangat je..hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...