Friday, 1 March 2013

Hari Ini Dalam Sejarah..

Assalammualaikum..

Hari ni 1st time naik motor dekat sini..
Pagi makan dan jalan-jalan..
Aku memang takut sikit kalau naik motor..
Walaupun boleh kata kan biasa bawak motor..
Sebab lebih berisiko berbanding naik kereta kan..
Kalau dulu duduk Penang memang aku naik motor..
Masa keje dekat TI pun..
Start keje dekat Setiawangsa aku dah tak naik motor lagi..
Tapi kadang-kadang balik rumah aku ada je bawak motor..

Pengalaman petang tadi betul mengingatkan aku masa dekat Penang dan Sen..
Mengingatkan aku memori-memori masa duduk Penang..
Pegi Pulau Pinang dengan budak ni malam-malam naik motor dari Parit Buntar ke pulau sebab nak tengok Citrawarna..
Selalu pegi makan dengan Sen..
Alhamdulillah persahabatan aku dengan Sen baik sampai ke hari ni..
Bukan teringat dekat dia je..
Tapi teringat dekat yang lain-lain jugak..

Sampai-sampai je dekat pekan tadi dapat call dari batch mate aku..
Bagi tau nak bagi makanan..
Aku gurau-gurau je semalam bila dieorang masak tapi tak bagi dekat aku pun..
Hamik sekali hari ni terus nak hantar makanan..
Alolo sweet sangat..
Batch mate engineering aku ni masak siap hantar dekat aku..
Dapat jugak merasa air tangan kawan lelaki masak..hehe..
Bagi aku nasi, sambal kentang, dalca tomato dan telur dadar..
Menu dan rasa tu pada aku tak penting pun..
Yang penting keikhlasan dan ingatan tu buat aku terharu..
Alahamdulillah murak rezeki hari ni..

Kalau ada masa dan rezeki nanti aku nak masak kan la apa-apa untuk dieorang pulak..
Semoga murah rezeki dan bahagia selalu..
Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...