Friday, 29 March 2013

Half Way..

Assalammualaikum..

Sekarang aku dah sem 3..
Dan hujung bulan depan pun dah cuti pertengahan semester..
Kejap je kan masa berlalu..

Walaupun pun semester ni credit hour aku cuma 20 jam sahaja..
Berbanding 23 jam masa sem lepas..
Tapi sebabkan aku ada bengkel welding semester ni selama 4 jam seminggu..
Jadi dah macam 24 jam je credit hour aku seminggu..

Boleh kata aku dah separuh perjalanan untuk siapkan pelajaran aku ni..
Dan aku pun sangat bersyukur dan rasa macam tak percaya pulak aku dah sampai ke tahap ini..
Alhamdulillah syukur sangat sebab Tuhan permudahkan semuanya..
Dari awal lagi risau dengan masalah bayar yuran..
Ahlamdulillah setakat ni ok lagi..
Risau pasal duit belanja..
Alhamdulillah masalah tu masih boleh dikawal lagi..

Masa datang daftar belajar..
Ayah tanya pasal kewangan..
Dan bila aku jawap bole guna MARA atau bantuan kewangan lain..
Ayah tanya kalau tak dapat macam mana? Berenti belajar dan keje balik la..
Tapi Alhamdulillah aku mampu bertahan lagi..
Dan dengan izin Tuhan harapnya aku mampu habiskan course aku ni..Amin..

Sampai ke tahap ni memang terlalu banyak yang aku pelajari..
Makin hari makin banyak yang aku pelajari..
Erti persahabatan yang tak ternilai..
Erti pengorbanan dan kesetiaan pasangan..
Erti kasih sayang ibu bapa kepada anak dia..
Erti kasih sayang ahli keluarga dan adik beradik..
Alhamdulillah dengan semua pengajaran ni ya Allah..

Dan ada beberapa perkara lain yang banyak aku pelajari dalam masa yang singkat ni..
Contohnya masa bengkel welding..
Sokongan dari orang sekeliling aku yang padu..
Bila aku cuba potong plate yang aku tak pernah buat..
Grind plate..
Belajar guna TIG..
Memang meningkatkan keberanian dan keyakinan aku..
Guna peluang yang ada dengan sebaik-baiknya..

Cuba je benda tu dulu..
Biasakan diri..
Lepas tu baru kita tau kita bole buat ke tak..
Kalau bole sekurangnya kita bole improve ke step yang lebih tinggi..
Kalau tak kita dah cuba sekurangnya..
Dan kita tak mampu..
Ada orang lain yang lagi mampu dan layak untuk buat dari kita..
Tapi dari sudut pengalaman pada aku sangat berharga..
Terima kasih ya Allah kerana berikan aku peluang dan pengalaman ni..

 Semoga perjalanan hidup aku lebih mudah..
Semoga aku semakin kuat untuk melalui hidup ini..
Dan semoga aku sentiasa di sisi Mu susah dan senang ku..
Amin..



 
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...