Wednesday, 20 March 2013

Aktiviti Petang lagi..:))

Assalammualaikum..

Hari ni kelas memang agak padat jugak la..
Kelas dari pukul 8 sampai pukul 5..
Tapi pagi tadi dah bangun lepas tu tertinggal bas..huhu..
Tak dapat pegi kelas..
Sambung tidur balik..

Lepas kelas petang tadi memang budak-budak ni ajak pegi minum..
Biasa nya memang pegi makan dekat Bistro..
Layan maggi goreng..hehe..

Lepas tu rasa macam awal lagi..
Teoh ajak pegi jalan-jalan..
Jadi aktiviti kita petang ni adalah menikmati keindahan alam sambil membakar lemak..hehe..
Aktiviti macam ni aku memang suka..
Mengeratkan silaturrahim di samping menyihatkan badan..hehe..

Jadi aktiviti kita petang ni ialah memanjat bukit..:))
Dengan pakaian pegi kelas nya memanjat..
Tak de apa-apa preparation lansung pun..
Main terjah je panjat..

Naik separuh dah penat giler..huhu..
Dah la tak bawak air ke..
Memang rasa dahaga sangat..

Permandangan separuh jalan..

Subhanallah..
Cantik betul alam ciptaan Allah..

 Permandangan dari atas rumah api..

Hero- hero dah sampai atas dulu..
Laju betul dieorang ni..
Fit betul masing-masing..

Masa sampai dekat atas ni lepas tu tengok dieorang dah naik atas memang rasa teruja je..
Tak sabar je nak naik..
Sekali bila dah sebelah tangga..
Tengok atas..
Pergh mampu ke aku naik ni..

Tapi aku kuat kan diri..hehe..
Hadapi cabaran..hehe..
Tambahan moral support dari dieorang..
Kene hadapi la kan..
Kalau takut je macam mana kan..
Akhirnya aku sampai juga dekat atas rumah api ni..:))
Dah sampai dekat atas rasa lega sangat..
Rasa hilang segala penat..

 View from the top lagi..

Turun laju je..
Tapi dahaga sangat..
Dehydration betul..

Sampai je dekat bawah..
Handphone bunyi dan bila tengok skrin..
Oh My Seafman..hehe..
Memang excited sangat..
Dia turun darat sekejap nak pegi bank dan jalan-jalan sekejap..
Memang turun sekejap je..
Malam ni jugak dah nak naik..

Dari dahaga sangat terus hilang dahaga..haha..
 Dapat la pegi minum sekejap dengan die..
Tu pun tak sampai setengah jam..
Dapat jumpa die pun dah release tension..
Kira dapat la lepaskan rindu dekat kawan-kawan jugak..

Masa balik sempat SMS die suruh wish birthday in advance..hehe..
Nanti die dah naik kapal tak de line tak dapat nak wish..
Sejak naik hari tu pun memang tak dapat senyap je dia..
Tu pasal bila dapat call atau SMS dari die excited sangat..hehe..

Semoga hari-hari indah ini akan berterusan..
Semoga Tuhan memberkati persahabatan kami semua dan kekal bahagia ke akhir hayat..



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...