Saturday, 9 February 2013

Transnasional oh Transnasional - Again..

Assalammualaikum..

Dulu aku pernah cerita pasal pengalaman aku naik bas Tansnasional kan..masa balik Christmas tahun lepas..kalau nak recall balik bole baca dekat sini dan sini..

Aku balik semalam naik bas Transnasional lagi..cuba untuk positif dan bagi peluang dekat dieorang lagi..tapi nampak nya mengecewakan aku lagi..masa bas sampai aku tengok driver yang sama dengan bas yang rosak dulu..tapi aku fikir bas mungkin dah ok..dah repair..walaupun macam tak sedap hati sangat..masa berenti dekat Cherating pun ok je..walaupun agak lama berhenti..dah masuk highway aku memang tidur je..malam sebelum tu aku tidur lambat..memang harap untuk tidur la supaya tak bosan lama-lama dalam bas..terbangun jugak kadang-kadang..ada masa hujan lebat la dalam perjalanan..

Lepas Genting Sempah tak silap..aku pun tak pasti sebab tidur je kan..heheh..bas tu macam semacam je..huhu..lalu dekat tepi gaung pun pelik je..rapat semacam..aku memang dah rasa ok je lah sebab dah nak sampai KL da masa tu..sekali bas berenti dekat tepi jalan..huhu..lepas tu macam nak jalan balik..tapi stop balik..rupanya bas ROSAK LAGI..huhu..terus inform en.bf..kalau die rajin nak ambil aku dekat situ..dah tak jauh dari KL kan..orang lain macam rilek je termasuk lah budak sebelah aku..

Lepas tu aku ada nampak bas lain berenti..dan ada orang yang naik..bas aku naik tu dah la bas dua tingkat dan penuh..memang ramai la..bila tengok macam tu aku pun laju je angkat bag, turun bawah dan terus tanya driver tu aku nak naik bas yang berenti..dan driver bas yang berenti tu pun bagi naik tapi dua orang je..ada dua orang budak lelaki nak naik tapi nak pegi ambil barang dulu..tengok aku ni dah siap-siap bawak barang driver tu bagi je aku naik..bas tu pun penuh rupanya..tapi masih baik hati nak bagi naik..aku naik sampai belakang dan duduk dekat tangga belakang je.. budak lelaki dua orang tu pulak duduk dekat tangga je..tapi aku tak kisah pun..janji cepat sampai..buat nya kene tunggu lama giler macam sebelum ni tak ke naya..no no no..belajar dari pengalaman..hehe..

Alhamdulillah sebelum pukul 7 dah jumpa en.bf.kali ni bearing steering die pulak jam..nasib baik masa dekat tepi gaung tu tak jadi pape..dah la jalan dekat area genting tu bukan men mancabar lagi kan..bas pulak 2 tingkat..huhu..

 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...