Monday, 18 February 2013

Never A Dull Moment by Origins..

Assalammualaikum..

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan tapi sangat seronok..:))
Berjalan bukan main banyak lagi..
Memang tawaf Mid Valley dengan The Gardens je sepanjang hari..huhu..
Dari tengah hari sampai ke malam..
Parking pun kene charge sampai RM8..huhu..

Motif semalam memang nak carik barang..
Nak carik spek baru untuk en.bf dan lain-lain..
Tu pun motif tak berapa nak tercapai sangat..
Nak usha spek untuk en.bf memang semua kedai spek dekat Mid Valley tu aku dengan dia masuk..
Dekat The Gardens ada sebuah kedai je yang sempat masuk..

Ada sebuah kedai nama Paris Miki tengah buat offer sekarang..
Sampai 24hb ni tak silap..
Promosi harga bingkai termasuk lens sekali..
Pada aku memang berbaloi-baloi la..
Lagi kalau macam en.bf..
Power die punya lens lebih kurang 500..
Harga lens je dlm RM 300 lebih kalau 1.6..
Kalau nak yang lagi nipis dalam RM450 lebih..
Besa yang display harga bingkai je..
So kene tambah la..
Contohnya harga bingkai RM900+RM300 untuk lens..
Tapi dengan offer sekarang bayar untuk harga bingkai je..
Harga untuk lens percuma..
Save sampai RM300 lebih..
Memang menarik..
Kita orang memang survey harga bingkai tu dekat kedai lain pun lebih kurang sama je..
Tapi tak beli lagi pun..
Dan untuk deposit pulak kene bayar 30% dari harga..
Ada kedai yang kene bayar deposit 50%..

Dan berbalik pada tajuk dekat atas semalam aku beli Pencuci Muka..
Keperluan untuk setiap individu memang berbeza sebab jenis kulit kita berbeza..
Kesesuaian setiap individu tu pun berbeza jugak..
Ada orang tak payah jaga sangat pun sebab kulit memang dah OK..
Kulit tak sensitif dan banyak masalah..
Memang untung orang yang macam ni..
Nak jaga senang dan tak perlu keluarkan belanja yang banyak..

Macam masa aku sekolah dulu..
Ada sorang kawan aku ni kulit dia memang cantik dan sihat je..
Tak da jerawat dan halus je kulit dia..
Bila aku tanya apa yang dia guna..
Dia kata apa yang dia guna dekat badan tu jugak la yang dia guna dekat muka..
Nampak tak..
Walaupun guna sabun badan je dekat muka tapi kulit sihat dan cantik..
Memang untung kan..
Tak payah pening kepala nak jaga sebab kulit tak banyak masalah..
Sekarang ni tak tau la dia masih gunakan konsep ini lagi ke tidak..
Tapi kulit die sampai sekarang pun masih sihat dan cantik..

Aku kongsi ni sebab mungkin ada orang yang mengalami masalah yang sama dengan aku..
 Kulit aku ni jenis yang sangat berminyak..
Lebih-lebih lagi dekat bahagian T-Zone..
Kalau dulu memang banyak sangat jerawat..
Atau dalam kata lain nya mengalami masalah jerawat yang sangat teruk..
Sekarang ni masih naik jerawat lagi terutamanya bila nak period tapi tak la sebanyak dulu..
Sekarang tinggal masalah parut pulak..
Kulit muka berlubang-lubang..

Masa sekolah dulu memang usaha bermacam-macam cara nak mengatasi masalah ini..
Tapi pada aku cara yang paling berkesan untuk atasi masalah jerawat ni ialah dengan makan ubat..
Ubat yang di ambil dekat Dr dan bawah pengawasan dia..
Berbanding dengan guna macam-macam produk tapi kurang membantu..
Ada tu lagi memburukkan keadaan..
Cara ni jugak aku apply dekat en.bf..
Ada ubat yang murah dan mahal..
Ada yang antibiotik dan ubat hormon tak silap..
Ubat-ubat ni pun boleh kita dapat dekat hospital kerajaan sebenarnya..
Kene mintak dekat Dr. tu tapi susah sikit la..
Kalau dapat dekat hospitak kerajaan free la dan kalau dekat swasta kene kuar duit la..

Masa jerawat teruk dulu kulit muka pun merah je dan rasa panas je..
Sekarang ni kulit muka tak de lah merah sangat..

Faktor lain jugak ada mempengaruhi masalah ni..
Macam pemakanan dan sistem penghadaman yang baik..
Dulu aku memang ada masalah nak buang air besar..
Alhamdulillah sekarang ni da OK.. 
Kalau ada masalah dengan penghadaman toksik dalam badan tak keluar dan boleh menyebabkan jerawat yang teruk jugak..
Tapi macam aku cakap awal-awal tadi..
Setiap individu tu berbeza..

Sekarang ni Alhamdulillah masalah jerawat aku dengan en.bf dah ok..
Memang ubati dari dalam tu lagi elok pada aku..
Walau pun masalah jerawat dah ok tapi aku masih perlukan pencuci muka untuk kegunaan setiap hari..
Lebih-lebih lagi dengan kulit muka berminyak..
Rasa tak selesa dan senang perangkap kotoran..
Aku biasa nya guna pencuci muka dua kali sehari..
Pagi dan malam sebelum tidur..

Kalau pencuci muka ni pun dah banyak jugak produk yang aku cuba..
Bermacam jenama dan range harga..
Tapi yang aku rasa sesuai dengan kulit aku ialah pencuci muka ini..

 Dari jenama Origins..

Sebelum ni aku memang pernah cuba brand ni..
Mulanya aku guna brand ni masa carik Sunblock..
Aku ni pulak memang suka benda yang berasakan organik..

Tapi brand ni susah sikit la nak beli kecuali yang duduk area KL sebab tak banyak outlet..
Pencuci muka ni memang sesuai untuk combination skin..
Combination skin ialah kulit yang berminyak tapi kering pada bahagian tertentu..
Macam aku dulu T zone memang sangat berminyak tapi dekat tepi mulut macam kering..

 Aku pernah guna Seaweed Deep Cleansing Facial Wash dari Body Shop harga RM45..
Ok jugak la sebab dia untuk Oil Control..
Dan aku suka dia punya facial scrub Seaweed Pore-Cleansing Facial Exfoliator pun RM45..
Aku suka facial wash dia sebab tekstur dia just nice je..
Tak kasar sangat biji-biji dia tu dan tak la halus sangat..
Pada aku kalau kasar sangat akan harm kulit muka dan kalau halus sangat macam tak berapa berkesan je untuk buang sel kulit yang dah mati dan tanggalkan kotoran..
 Facial scrub ni guna dalam dua kali seminggu..

Aku pun ada guna pencuci muka Simple sebelum beli ni..
Aku guna yang jenis biasa dan untuk kulit berminyak..
Tapi kulit rasa agak berminyak jugak lagi..
Aku cuba ni sebab en.bf guna yang pencuci muka biasa tu ok je..
Lagi pun senang nak beli sebab banyak jual dekat farmasi biasa..
Mungkin sesuai dengan dia..
Kulit dia pun tak berminyak sangat..
Tapi macam kurang sesuai dengan aku..
Aku rasa lebih sesuai guna produk Origins ni..
Kalau lepas basuh muka aku rasa lagi bersih..
Dekat hidung ke tak delah rasa berminyak lagi..
Lepas basuh pun ambil masa yang lama untuk rasa berminyak balik banding dengan guna Simple..

Harga untuk satu pencuci muka Origins ni ialah RM93..
Boleh guna dekat 4 hingga 5 bulan..
Letak kan sikit je dekat atas tapak tangan dan letak air lepas tu gosok dengan jari..
Keep on letak air sampai berbuih..
Buih tu je yang kita letak atas muka..

Kalau nak tau lebih lanjut cara untuk guna kan produk Origins ni boleh pegi dekat outlet dia..
Pengalaman aku pegi outlet dia dekat Quennsbay Pulau Pinang memang ok..
SA dia baik sangat..
Boleh dapat mini facial free..
Dia ajarkan cara guna produk dan demo kan dekat muka kita..
Free je..
Tak silap kene buat appointment dulu kalau nak buat mini facial..
Kalau dieorang sibuk mungkin tak dapat buat..
Boleh juga isi form nanti kalau ada promotion atau apa-apa info dieorang akan email atau SMS..
Tapi aku pun dah lama pegi yang dekat Penang ni..
Masa belajar dekat Penang dulu..
2 3 tahun dulu..
Mungkin dah tukar orang..

Aku pernah pegi beli dekat KLCC dan semalan pegi beli dekat Metrojaya Mid Valley..
Dekat dua tempat ni aku tak pernah lagi mintak buat mini facial ke apa..
 Kalau nak dapatkan produk Origins atau info ni Outlet Origins 

Lot F-225 The Gardens Mid Valley City (03-2287 4662)
Lot GF 87 Queensbay Mall Penang (04-641 1102)
Isetan KLCC (03-2382 0200)
Parkson Pavilion (03-2141 5785)
Metrojaya Mid Valley (03-2283 1003)
Parkson 1 Utama Shopping Centre (03-7725 4588)
Isetan 1 Utama Shopping Centre (03-7722 3085)
Jusco Tebrau City Johor Bahru (07-354 4049)
Parkson Gurney Plaza Penang (04-228 7863)

Apa yang aku kongsikan ni dari pengalaman aku..
Kalau ada yang kurang atau lebih kita boleh share sama-sama..
Tapi setakat ni aku memang puas hati dengan produk ni.. :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...