Saturday, 16 February 2013

Nasi Lemak Pertama..:))

Assalammualaikum..

Tengok tajuk bukan main lagi kan..
Selain dari berjalan-jalan..
Masa cuti selalu di habiskan dengan masak dan makan..hehe..

Kalau dekat sana aku tak berpeluang sangat untuk masak..
Selalu berpeluang untuk makan je..hahahah..
Lepas tu selalu pulak mengidam nak makan macam-macam..huhu..
Mengidam nak makan benda yang susah nak dapat dekat sana pulak tu..

Tapi aku rasa perempuan memang kene pandai..
Belajar tinggi mana pun..
Keje hebat mana pun..
Memang aku lagi respect bila dia pandai masak dan kerja-kerja rumah yang lain..
Pandai masak pun memang elok untuk tambat hati suami bila dah kahwen nanti..
Kalau bukan hati suami pun hati mak ayah, adik beradik dan orang sekeliling..
Memang rasa seronok dan puas je masak bila orang lain makan cakap sedap dan suka apa yang kita masak..
Kalau orang kritik pun tak pe..
Cuba improve lagi..:))

Selain tu kalau tau masak pun elok..
Bila terasa nak makan pape bole masak sendiri..
Macam aku hari tu selalu mengidam nak masak maggi goreng mamak..
Balik ni try buat tak de lah susah sangat pun..
Dah bole la masak makan untuk diri sendiri..

Cuma mengidam nak makan roti tisu..
Tak pandai buat roti tisu lagi...huhu..
Hari last day en.bf cuti CNY hari tu aku pegi mamak dengan dia order sampai 2 roti tisu..
2 2 aku sorang je yang habis kan..huhu..
Sabar je kan dapat awek macam ni..haha..
Dah la dua hari sebelum tu dah makan roti tisu gak..

Pernah jugak aku teringin nak makan nasi lemak dekat sana..
Dan pernah teringin nak masak nasi lemak sebab orang kata buat dia senang je..
Aku je yang tak tau buat nasi lemak lagi..
Tak pernah cuba sebenarnya..huhu..

Bila semalam masak sambal sotong dan ada lebih dia hari ni..
Jadi aku bercadang nak masak nasi lemak hari ni..hehe..
Lepas tu ada lebih telur mata masak siang tadi..
Ada kacang tanah goreng lebih masa buat kerabu mangga hari tu..
Lepas tu ada timun Jepun dalam peti..
Memang kebetulan yang menarik kan..

Nasi lemak yang dah masak..yummy..
Alhamdulillah percubaan pertama berjaya..:))

Aku siap ambil daun pisang lagi..
Semua makan nasi lemak ni atas daun pisang ok..haha..
Sebab dekat luar aku suka makan nasi lemak kalau bungkus dengan daun pisang..Wangi..

 Zack pulak buat Oreo Cheese Cake..
Memang menggemukkan..haha..

Kejap je dah nak habis..hehe..
Tak sempat sejuk pun dah makan..:))

 Masa tengok Cerekarama mak sempat lagi goreng ni dekat dapur untuk makan sambil tengok TV..
Snek terbaik..tak da pengawet..baru dimasak dan tersangat lah sedap..:))

Alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan bagi..
Tapi berpada-pada dan amalkan lah cara hidup sihat..
Satu lagi bila masak-masak macam ni dekat rumah boleh eratkan hubungan silaturrahim antara keluarga jugak..
Bila aku masak yang agak lain dari kebiasaan dari menu biasa dekat rumah semua excited nak makan..
Lepas tu makan ramai-ramai sebab nak tau feedback masing-masing apa yang kita masak..
Dan bole berkongsi idea dan resipi dengan yang lain..

Nak masak apa lagi seminggu ni..
Esok atok balik..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...