Monday, 18 February 2013

iPANEMA Sandal..

Assalammualaikum..

Selain beli pencuci muka..
Aku pun beli sandal semalam..

Sandal ni adalah untuk dipakai pegi kelas dan kalau keluar jalan-jalan..
Biasa nya aku keluar pakai seliper je..
Tak kisah la keluar dekat-dekat macam pegi makan atau pegi pasaraya..
Pegi kelas pun aku pakai seliper je kadang-kadang..
Aku pakai kasut kalau kelas tu kene pakai pakaian formal..
Kalau tak aku memang tak berapa rajin nak pakai kasut..
Sampai ada orang kata aku sempoi sangat pegi shopping mall pakai seliper je..
Kalau pegi KLCC sekalipun aku pakai seliper apatah lagi East Cost Mall dekat Kuantan..

Jadi sebab aku memang guna seliper aku dengan semaksimum yang mungkin..
Seliper pilihan aku yang aku rasa sesuai dari segi design dan kualiti ialah seliper dari jenama iPANEMA..
Aku guna seliper dari jenama ni memang dah bertahun..
Sejak duduk Penang lagi..
Kalau dah rosak pun biasa nya aku beli dari jenama ni jugak..

Selalunya aku beli seliper dia je..
Tapi sebab aku selalu pakai pegi kelas dan hari tu pun aku pakai pegi exam..
Kene tegur dan kad matrik dan slip aku kene tahan la pulak sebab pakai seliper..
Disebabkan tak nak masalah lagi lepas ni..
Aku pun pilih untuk beli sandal..
Seliper yang ada sekarang ni pun dah agak uzur sikit..huhu..
Aku pakai seliper ni dari start belajar bulan 7 tahun lepas sampai sekarang..
Dah 8 bulan pakai..
Dan guna setiap hari kemana sahaja..hehe..


Dekat Mid Valley semalam ada beberapa kedai yang jual produk jenama ni..
Pilihan sandal tak berapa banyak..
Lagi senang nak beli seliper..
Ada satu semalam design dan warna dah ok..
Tapi tak da saiz pulak..huhu..

Last sekali pilih yang ni je..

 Design yang sangat simple..
Warna pun..

Aku memang suka design yang simple-simple pun..hehe..
En.bf pun kata ok je dengan aku..
Nak pakai pegi kelas dan jalan-jalan pun ok la..

Semuanya fully getah..
Bila fully getah pakai dia memang selesa la..
Tak perlu fikir pasal melecet ke apa..
Ada sesetengah seliper tu agak keras..
Bahagian atas atau tapak die keras..
Boleh sebab kan melecet dekat celah jari dan dekat tepi..
Tapi kalau pakai jenama ni memang sangat ok dengan kulit..

 Selain dari tu boleh pakai kemana sahaja dengan senang hati..
Kalau masa hujan jalan basah ke..
Bawak pegi toilet ke..
Memang tak da masalah..
Kalau sandal biasa mungkin senang terkopak tapak die sebab selalu kene air ke kan..
Atau atas di tu kain..
Kene air karang dah lembab pulak ke..

Kalau tengok gambar dekat atas betul-betul..
Nak kancing die pun senang..
Bukan macam sandal biasa..
Ada lubang-lubang je..
Mula-mula nampak macam pelik je dan macam kelakar sikit..hehe..
Tapi bila dah pakai dekat kaki nampak biasa je..

 Bahagian tapak dia..

Satu lagi yang aku suka pakai seliper jenama ni ialah memang tak pernah licin pun..
Kalau seliper lain tu bila dah haus sikit mulalah licin bukan main kan..
Sampai mengancam keselamatan pulak..hehe..
Tapi seliper aku memang steady je..hehe..

Biasanya kalau dah pakai lama masalah dia ialah akan nipis pada bahagian tumit dan bawah tulang kaki dekat bahagian atas..
Bila dah nipis sangat memang kene tukar baru lah..
Tapi kalau bahagian dekat jari atau tepi tu tak pernah tercabut la macam seliper lain..

 Ni seliper yang aku guna sekarang..

Dah guna 8 bulan tu..hehe..
Masih steady dan anggun kan..haha..
Lagi anggun bila ambil gambar dekat pantai macam ni..haha..
Tapi dah mula menipis dan corak pun macam dah pudar..
Tapi aku masih guna lagi ye..:))
Tak ingat dah ni seliper iPANEMA aku yang ke berapa entah..
Sebelum ni ayah ada beli kan aku seliper Nike..
Jadi ada guna tu sebelum ni..

Setakat ni aku memang puas hati guna seliper dari jenama ni dari segi design dan kualiti..
Berbaloi la beli dengan harga dia bole guna semaksimum yang mungkin..
Kalau seliper atau kasut keselesaan dan ketahanan tu sangat penting selain rekabentuk yang menarik..
Lagi pun beli sandal macam ni tak payah risau tapak nak tercabut ke apa..

Sandal tu berharga RM52.00
Kalau harga seliper aku tak ingat pulak..
Semalam pun lupa tengok harga..
Setakat ni aku memang berpuas hati dan highly recommended jenama ni kalau nak beli seliper..

Rasanya yang dalam range jenama ni ialah Crocs..
Tapi aku tak pernah cuba Crocs lagi..

Ni 1st time aku beli sandal..
Harap nya performance dia sama macam seliper nya..:))
Sapa-sapa berminat bole dapatkan ye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...