Wednesday, 23 January 2013

Kawan-kawan..

Assalammualaikum..

Sekarang ni dah jarang-jarang menulis..sekarang ni baru nak rilek-rilek sikit..boleh la nak menulis..

Ada beberapa benda aku nak share tapi tak berpeluang nak menulis sampai dah lupa apa benda nak cerita..haha..

Salah satu nya pasal permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah aku dekat bank rakyat..permohonan aku gagal..huhu..tak pelah..masa tau aku tak dapat tu aku tak delah sedih sangat..aku redha je..aku dah usaha lepas tu aku serah kan sepenuhnya kepada yang Maha Berkuasa..Dia lebih tau apa yang baik untuk aku..kalau bukan rezeki aku ada lah yang lebih baik yang Dia nak bagi dekat aku..

Aku ada jugak apply scholar lain..tapi masa orang tu call aku tengah test..memang tengah jawab test..aku memang tak dapat cakap..dia kata nak call balik tapi tak call..aku call pun tak berangkat..tak pelah..ada rezeki aku adalah..kalau tak de memang bukan rezeki aku..ada lah yang lagi baik untuk aku..

Lepas beberapa hari aku dapat dua berita gembira pulak..satu berkaitan dengan financial untuk aku belajar ni dan satu lagi pasal short course aku..elok jugak aku tak daftar awal-awal dulu..semua nya ada hikmah nya kan..Dia memang sebaik-baik perancang..

---------------------------------------------------------------------------

Satu lagi aku nak cerita pasal kawan..Sebenarnya aku memang suka berkawan dengan orang yang aku selesa..senang kata dengan orang yang satu kepala dengan aku..sebab kalau yang tak berapa ngam ni biasa nya aku memang malas nak amik port..

Aku memang tak kisah nak kawan dengan ramai orang..tapi kawan biasa je la..untuk kawan rapat memang ada beberapa orang je..dari dulu sampai sekarang..Alhamdulillah persahabatan kita orang baik sampai sekarang dan harapnya kekal sampai bila-bila..

Sejak aku duduk sini memang aku cuba untuk berkawan dengan ramai orang..aku masih dalam usaha mencari kawan yang sesuai..sama ada berjaya atau tak je..macam aku kata Tuhan tu tau apa yang baik untuk aku..tapi dalam usaha aku ni aku memang tengok dan tau bermacam ragam manusia..aku cuba untuk tengok setiap perkara tu secara positif..

Memang bermacam ragam yang aku jumpa..kalau rasa tak sesuai aku abaikan je..aku memang malas nak fikir banyak..aku datang nak belajar..nak cari ilmu..semoga dia permudahkan semuanya untuk aku..setiap cabaran dan dugaan aku cuba untuk hadapi sebaik mungkin..Dengan izinnya kita akan jadi lebih kuat dan tabah lepas menghadapi setiap dugaan dan cabaran tu..

Kalau dekat matrik dulu aku memang berkawan baik dengan Haziq dan Ikin..Masa dekat USM dulu pulak aku ada roomate yang sangat professional..aku ada Sen dan Hadi..dekat sini pulak environment yang berbeza..keliling aku ni lelaki je..tapi aku lebih kenal perangai lelaki dengan suasana yang macam ni..

Aku harap aku makin tabah dan kuat untuk hadapi setiap cabaran yang Tuhan berikan pada aku..Semoga usaha aku dipermudahkan dan beroleh kejayaan..Amin..

Harus diingat » kegagalan adalah batu loncatan paling hebat untuk mencapai kejayaan ;)

2 comments:

  1. kat mne nak cek keputusan PPBU tu? ada hantar kat email ke?

    ReplyDelete
  2. Macam sy dia tak da hentar dekat email pun..
    Dekat web dia pn tak boleh buka..
    Sy call Yayasan Bank Rakyat untuk cek status permohonan sy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...