Wednesday, 16 January 2013

Awal 2013 yang sangat sibuk..

Assalammualaikum..

Bulan ni rasanya aku sangat sibuk..huhu..terkejar-kejar nak buat macam-macam benda..lebih-lebih lagi awal bulan depan bermula dari 1hb dah start final paper untuk semester ke dua ni..sekejap je dah nak habis semester dua..Jadi makna nya aku dah nak habis dua semester dan tinggal semester je lagi untuk aku habis belajar..sangat tak sabar nak untuk habis belajar dengan keputusan yang sangat cemerlang untuk setiap subjek..keputusan tu juga mestilah selari dengan ilmu yang aku dapat juga..kalau keputusan je cemerlang tapi aku tak faham apa yang aku belajar tak guna juga kan..huhu..Ilmu nilah yang aku guna bila nak keje nanti dan sepanjang hidup aku..

Cuti ni pun aku tak pegi kemana-mana pun..masa di habiskan dengan mengulang kaji pelajaran dan baca bahan-bahan yang ada..selain nota-nota yang slide yang lecturer bekalkan, aku pun suka ada baca bahan bacaan lain yang aku mintak dari lecturer..contohnya sumber asal dia buat nota..Antara bahan bacaan lain yang aku dapat dari lecturer ialah tecnical bulletin pasal corrosion, ada bahan bacaan dari NACE ( yang mana Standard Recommended Practice - Corrosion Control of Steel Fixed Offshore Platforms Associated with Petroleum Production dan lain-lain..

Selain daripada tu ada beberepa benda lain yang aku kene uruskan berkaitan dengan pengajian aku..bila compress tempoh pengajian aku, secara automatik nya aku pun ter 'compress' sama..tak pe lah..aku redha je setiap ketentuan yang Tuhan dah tetapkan..yang penting aku dah cuba usaha yang terbaik..Kalau aku dah usaha yang terbaik kalau memang rezeki aku dan baik untuk aku Tuhan izinkan lah..kalau tak sama ada benda tu tidak baik untuk aku atau belum masa nya untuk aku dapat..

Ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan..tapi dah jarang sikit menulis sekarang..huhu..Aku sentiasa harapkan Tuhan beri yang terbaik untuk aku..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...