Sunday, 25 November 2012

Demam

Assalammualaikum..

Hari ni masuk hari ke-3 aku demam..huhu..minggu depan penat sangat kot..tambah cuaca yang tak menentu sekarang..kejap hujan kejap panas..lepas tu duduk dalam air cond lama-lama..tambah pulak hari khamis lepas aku tertinggal hand phone dalam kereta budak kelas yang aku tumpang..aku nak pinjam telefon orang lain call no aku sendiri sementara dieorang nak sampai rumah tak dapat pulak..aku pun jalan kaki je lah panas-panas pekul 1 masa tu..huhu..

Malam tu tidur tekak dah rasa perit..memang tanda-tanda nak demam..huhu..hari Jumaat tu boleh je lagi jalan-jalan pegi Kuantan..padahal selesema dah meleleh-leleh..dapat pulak malam tu berjimba balik pagi..aku malas nak layan sangat..bawak je lah jalan-jalan..kalau duduk dekat rumah je lagi la lesu..dalam badan pun panas..aku pun minum la air masak banyak..asyik nak ken tandas je terkencing..masa keluar tu ada jugak beli panadol soluble 4 biji..balik malam tu dalam pukul 4 minum sikit lepas tu makan panadol dengan harapan dapat tidur dengan nyaman sebab ada orang advice aku kata ok..tapi pukul 4 lebih aku tido pukul 8 lebih dah bangun hidung tak selesa dengan nak terkencing nya lagi..pukul 9 lebih pun aku bangun..pukul 11 lebih pun aku bangun..memang penat..huhu..

Petang semalam keluar makan..keluar jauh la pulak dieorang ni..ingatkan nak pegi makan dekat-dekat je..lepas tu boleh pulak nak tengok wayang..aku memang cakap tak nak la..dah la dengan hidung penuh dengan selesema lepas tu dengan sejuk nya lagi dalam panggung wayang tu karang..sabar je lah..aku kata malam tu memang nak pagi klinik jugak...tak kisah la nak kata mahal ke..kalau tak sembuh cepat nanti nak pegi kelas pun susah..nak buat keje pun susah..mengganggu mood aku..nyesal jugak aku ikut kuar semalam..kalau tau baik aku pegi klinik malam tu boleh jugak lepak dengan besfren..semalam dah la tak dapat jumpa besfren..huhu..nampak die nak jalan nak pegi naik boat je masa aku balik dari mall..

Lepas hantar 2 orang lagi balik aku pun ajak roomate aku pegi klinik..punya lah nak carik klinik yang 24 jam..sebba masa tu pun dah 11 lebih..banyak klinik yang dah tutup..nasib baik jumpa satu klinik..aku pun memang nak jumpa Dr..masa Dr amik suhu kata demam aku agak panas..tekak pun merah je..aku memang mintak ubat yang kuat dan boleh bagi mengantuk supaya aku boleh tidur dengan aman sikit..kalau tak asyik terbangun je..Alhamdulillah bangun pagi ni rasa lega jugak walau pun selesema masih meleleh-leleh lagi..hari ni dah start batuk berkahak..tapi badan tak panas sangat lagi aku rasa..mungkin sebab malam tadi tidur dengan tenang sikit kot..lepas balik kelas tadi aku balik makan ubat..nak rehat..supaya cepat sembuh..huhu..ada quiz dan test minggu ni..

Kalau makan tak payah cakap la..memang tak rasa pape..telan je lah..hari ni aku cuma makan nestum, susu dan buah je..elok jugak demam dan tak de selera sangat nak makan ni..turun sikit berat badan..kalau tak makan ikut nafsu je..aku pun dah lama tak demam..sakit tu kan penghapus dosa..juga peringatan dekat diri sendiri kalau aku terleka..nasib baik jugak aku tak pening kepala demam ni..Semoga cepat sembuh..boleh pegi kelas dengan tenang..tadi pegi kelas selesema meleleh-leleh..huhu..nak study untuk quiz dan final..nak dapat result yang mantap lagi..Amin..:))


Macam-macam..

Assalammualaikum..

Minggu lepas memang penat sangat..jadual yang padat lepas tu banyak assigment sebelum cuti yang kene hantar..dengan presentation nye lagi..dapat pulak ahli kumpulan yang kurang memberi komitmen..sabar je lah..untuk sedap kan hati aku selalu la fikir positif..sampai malas nak amik tau hal budak-budak ni dah..tak matang sangat ke kenapa entah..aku cuba untuk tolong tapi masing-masing memang jenis ambil mudah..kalau benda individu aku memang tak kisah..ni benda berkumpulan..walaupun aku cuba untuk ambil berat dan guide dieorang tapi perangai masing-masing agak menyakitkan hati..huhu..

Presentation 1

Nak discuss pasal presentation sampai aku kene datang dekat rumah..lepas tu boleh pulak nak keluar ada benda nak settle dengan kawan-kawan la..kalau masing-masing pro tak pe jugak..cuti hari tu pun tak balik..

Presentation 2

Masa presentation 1st ak tak satu group dengan ketua aku ni..ada orang bagi feedback yang tak baik pasal die..jadi aku dah berhati-hati dari awal..lepas presentation 1 aku terus tanya status preparation group..dia kata dah ada bahan dan dah buat slide..die boleh settle kan..esok nak discuss..jadi aku pun mintak slide dan note supaya aku boleh prepare..bila tengok slide agak simple je..
Esok nya lepas kelas aku pun tanya bila nak discuss..dieorang kata lepas ni..aku tunggu dekat cafe lama tak nampak batang hidung..hntr sms lepas tu reply kata nak balik..bila nak discuss nya..adeh..petang tu nak present kot..kata nak discuss lepas kelas lagi satu..aku pulak ada kelas lepas tu..tapi kelas habis awal..aku pegi library nak ajak discuss sementara aku kelas seterusnya..aku call masing-masing tak berangkat..dah la part pun tak bahagi lagi..panas betul hati aku..nasib baik aku dah baca 1 chapter..budak yang tak hadir padahal satu group dengan kitaorang pun die tak inform..ketua yang sangat teruk..
Masa present aku tak pakai pun slide dieorang..aku terang pakai marker je..masa contoh je aku guna apa yang ada dekat slide dieorang..memang bosan dengan perangai masing-masing..ketua aku ni dah r kantoi meniru masa exam sem lepas..tak pasal-pasal fail..apa punya attitude la..

Ada sorang ni masa kene buat assignment math aku tanya kenapa tak nak buat..die jawab tak reti buat..nanti tiru je budak lain..sabar je lah jawapan tu..huhu..

Aku pernah jugak belajar sebelum ni..tapi rasanya kali ni agak bebeza sikit..kalau dulu memang tak pernah berani nak meniru..dapat berapa pun tak kisah lah..pada aku itu tahap kefahaman kita..tak guna dapat markah banyak..nampak gah depan orang tapi hakikatnya tidak..masing-masing lagi berbangga kalau dapat result yang baik atas usaha sendiri dan daya saing masing-masing lebih tinggi..dengan cara yang betul..disebabkan aku da bosan nak layan kerenah masing-masing..aku sampai malas nak amik tau..masa depan masing-masing..harap masing-masing sedar nanti dan berubah..mungkin sekarang sebab belum matang..kalau ada assignment aku buat sendiri cepat-cepat dan terus hantar..kalau tak manjang nak pinjam nak meniru je..kalau nak pinjam jawapan untuk compare jawapan ke ok la jugak..ni tak de nya..

Lepas tu dengan tak datang kelas nya..bila tanya kenapa tak datang..boleh pulak bagi jawapan tak de mood nak datang kelas..tapi selalu pulak jumpa berdating dekat luar..macam mana tu..haishhh..Aku harap dieorang berubah..demi masa depan masing-masing jugak..Amin..

Akhirnya...Lega..

Assalammualaikum..

Hari ni hari khamis..akhirnya minggu yang sangat memenatkan ni dah pun berakhir..lega sangat..minggu ni minggu pertama aku dengan jadual yang padat..rasa macam masa keje dulu..kelas start dari pagi sampai petang..lepas tu dengan assignment yang banyak nye lagi..assignment sebelum cuti tambah lagi dengan assigment lepas cuti..bertimbun keje..sabar je lah.

Tambah lagi dengan perangai masing-masing yang satu group assignment dan presentation yang sangat tak professional dan tak de perasaan..aku pun pernah melalui peringkat umur macam dieorang dan situasi yang sama..cuma berbeza tempat..tapi rasanya aku tak de lah buat perangai macam ni..huhu..kalau aku nak susah pun aku susah kan diri sendiri je..tak de lah nak susah kan orang lain..huhu..harap-harap dieorang berubah dah bersikap lebih professional lepas ni..terutama masa keje..kalau kita tak pandai pun tak pe..janji kene rajin, semangat keje berkumpulan dan professional..attitude tu penting juga..attitude + smart insyaallah boleh berjaya..





 


Wednesday, 21 November 2012

Wodless Wednesday..

Assalammualaikum..







Perlu dan mampu kah aku melangkah lebih jauh lagi..Tuhan berilah petunjuk apa yang terbaik untuk aku dan permudahkan setiap yang baik untuk aku..Amin..

Tuesday, 20 November 2012

Hari-hari yang memenatkan..

Assalammualaikum..

Minggu ni aku rasa sangat penat..sebelum ni jadual rilek je kan..sem lepas kelas pun tak banyak..jadi sebelum ni dah biasa bersenang hati je kan..banyak tidur..banyak beronggeng..hehe..sebelum cuti hari tu dah confirm boleh pendekkan sem kan..dah tambah 3 subjek lagi untuk sem ni..jumlah jam kredit aku untuk sem ni ialah 23jam seminggu dengan 8 matapelajaran..

Naik cuti lepas cuti Deepavali ni la minggu pertama aku dengan jadual macam ni..ada satu hari sampai kelas empat jam..masa cuti dah bincang dengan en.bf..Insyaallah ok die kata sebab memang lah subjek banyak tapi workload untuk satu-satu subject tu tak berat sangat..Insyaallah semua akan ok..

Sebelum cuti hari tu lecturer bagi banyak jugak assignment..assignment berkumpulan dan juga individu..yang berkumpulan banyak assignment kene present..dan semua terlonggok minggu ni..huhu..disebabkan ahli kumpulan aku yang lain adalah  lelaki jadi malam kene lah keluar buat..tak pun kalau ada gap antara kelas ke pegi lah buat dengan dieorang..jadi dari pagi sampai petang memang penat..kalau gap rehat antara kelas kene bincang pasal assignment..lepas tu dah lama tak sibuk macam ni..jadi rasa agak penat la..petang balik dari kelas je kadang-kadang terlelap..sebab sekarang kelas memang pagi pukul 8 dan sampai petang..huhu..

Lagi bila buat keje ramai-ramai..konon nak bincang malam ni..lepas tu dah kumpul sekali maklumat tak cukup la..lepas tu perbincangan tak de hasil pun..lepas tu nanti kene kumpul lagi..Jadi aku nak elakkan aku penat dan serabut sangat aku pun selalu siapkan assigment awal-awal..kalau ada gap atau dekat rumah aku buat assignment individu awal-awal..tak kisah la nak hantar bila pun..

Plan nya ada masa macam gap sejam dua duduk dekat library lepas tu buat assignment atau study..dalam kelas kalau boleh aku memang tak nak lost..masa ajar aku nak faham masa tu jugak..baru la berbaloi aku datang..nanti tak delah ambil masa lagi nak baca nak faham kan..tak faham bole tanya lecturer terus..dan kira nya aku buat preparation untuk test dan final terus la..memang malas nak tangguh-tangguh macam dulu..kalau tak serabut nanti..Insyaallah semua akan baik..walaupun agak penat dan serabut tapi untuk kesenangan di masa depan tak pelah..bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan..en.bf pun agak sibuk dengan keje dia..

Aku pun dah kene pegi daftar untuk short course dan module lain..ada kene dapatkan sign lecturer yang dah pernah mengajar sebelum ni la..apa yang aku boleh selesaikan aku nak selesaikan cepat-cepat..semua dah settle nanti tak la pening kepala..hujung-hujung serabut itu ini tak siap kan..

Thursday, 15 November 2012

Perihal Kenduri..

Assalammualaikum..

Insyaallah bulan depan kenduri kawen sepupu aku..tarikh yang di pilih ialah pada 25 Disember..sama hari dengan hari lahir ayah aku dan tarikh kawen mak dan ayah kepada bakal pengantin a.k.a M.Bong aku..sepupu aku ni lelaki dan sebaya dengan aku..ni jugak menantu pertama m.cik aku ni..kakak die tak kawen lagi..

Aku rasa dalam family aku ni yang perempuan nya memang lambat sikit kawen..yang lelaki nya pulak selalu kawen awal..jodoh masing-masing kan..tapi sape nak kawen dulu kita orang memang tak de masalah pun..tak de nye nak ikut turn ke apa..

M.cik aku ni dah belikan kain pasang sedondon untuk di pakai masa kenduri nanti..semua yang perempuan termasuklah wan, mak, dan adik beradik aku dapat..makcik-makcik aku yang lain dan jugak sepupu sepapat..

Ni lah kain nya..kemungkinan warna tema nya ialah warna purple..aku pun tak pasti..haha..jadi ni lah pakaian rasmi keluarga pihak lelaki nanti..aku ni pun tak tau lah dapat balik ke tak kenduri nanti..kalau dapat balik pegi la kenduri nanti kot..kalau tak balik tak de rezeki la..dah bercadang nak ajak BFF pegi kenduri tu nanti..haha..

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434..

Assalammualaikum..

Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua Islam dan selamat bercuti sekali lagi kepada semua yang bekerja..yang cuti boleh lah buat macam-macam aktiviti..macam semalam masa aku keluar shopping complex ramai orang..nak makan pun meja banyak penuh..susah nak dapat meja kosong..bawak family jalan-jalan agaknya..

Serba sedikit sejarah hari ni..

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
 
Kira dah hujung tahun..Tahun Masihi pun dah bulan November kan..tinggal sebulan je lagi nak masuk tahun 2013..
 
Secara keseluruhannya aku agak berpuas hati dengan pencapaian pada tahun ni..walaupun pada awal nya banyak dugaan, cabaran, rintangan yang kami lalui yang membawa kepada kekecewaan, kesedihan, kesakitan tapi pada hujung tahun ni Alhamdulillah satu persatu masalah selesai dan nampak nya keadaan bertambah baik..Banyak sangat perkara yang kami pelajari dan capai tahun ni..semakin matang rasanya..hehe..
 
Kami pun sangat bersemangat untuk menghadapi tahun baru yang akan mendatang..setiap tahun memang kalau boleh kami nak ada improvement atau pencapaian dalam hidup..dari segi asset, pertambahan gaji, atau apa-apa pencapaian..tahun ni pun aku buat perkara yang aku sendiri tak rancang..
 
 Ada beberapa yang kami dah rancang dan azam untuk tahun baru..
 
  1.  Nak mantap kan agama..muhasabah diri dan terlalu banyak kesilapan yang kami buat..tapi selagi kita hidup selagi tu ada peluang untuk bertaubat dah berubah kan..terutamanya nak jaga bab solat..
  2. Nak turut kan berat badan kepada berat yang memang ideal..
  •  Kalau boleh nak puasa sunat setiap Isnin dan Khamis..selain dapat buat ibadat sunat, boleh jugak jaga kesihatan, dan boleh jugak kurangkan belanja..
  • nak bersenam selalu untuk kesihatan
jaga permakanan - aku selalu makan dengan banyak nya..keinginan untuk makan tu memang sukar nak di kawal..walau pun dah kenyang tapi bila tengok ada makanan aku mesti nak rasa..kalau benda aku suka dan mak atau M.Long masak lagi la..dah tau rasa tu sedap ke tak..selain tu banyak sangat makan benda berminyak..nak cuba kurangkan..kalau dengan budak-budak ni pun banyak betul makan..dah sarapan, makan tengah hari, kadang-kadang petang pegi minum makan goreng pisang, keropok lekor la, makan malam..tak cukup lagi makan malam la..pegi makan keropok lekor, roti kukus la malam-malam..macam mana tak naik nya kan..huhu..
  
3. Nak fokus lebih dalam pelajaran..masa susah bukan main berkobar..bila dah selesa sikit kadang-kadang tumpuan terganggu..huhu..dengan credit hour yang banyak memang perlukan lebih tumpuan..nak maintain kan result..nak cepat-cepat siapkan short course..masa tak banyak..kene manage betul-betul..kalau boleh nak tolong budak lain jugak..aku nak kuat macam awal-awal..tak nak kata-kata orang menggangu pendirian aku dan melemahkan semangat aku..apa pun perkara tempuhi dengan tenang..kadang terfikir takut tak boleh nak in dengan budak kelas lain ke..tapi awal-awal aku tak de malasah pun..semangat kuat je..walaupun ada suara-suara sumbang kadang-kadang..hahaha..tapi sekarang terfikir-fikir..hoi mana hilang semangat..tak kan benda macam ni pun goyang kot..belum pegi keje lagi..lagi mencabar kot..nak maintain result..nak belajar banyak..nak habis cepat..
 
4. Ada beberapa perancangan dengan en.bf..nak beli asset untuk kami..Insyaallah permudahkan lah..
 
Sesungguhnya kita hanya merancang tapi die yang menentukan..dan sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang..hidup memang kene ada target..kene ada matlamat..kene ada arah tujuan..baru la kita lagi bersungguh-sungguh..produktif..jadi kami memang sentiasa inginkan pencapaian setiap tahun..Semoga semuanya dipermudahkan..Amin..tahun depan pun Insyaallah akan menjadi tahun yang sibuk untuk kami berdua..disamping dengan hidup masing-masing harap hubungan dengan keluarga, en.bf dan kawan-kawan masih baik..Amin..
 
 

Pokok Unik..

Assalammualaikum..

Semalam aku kuar dengan en.bf..die ada nak ajar pasal corrosion dan bagi beberapa note yang die rasa penting untuk aku..mula-mula janji dengan sen nak jumpa Deepavali ni..tapi tak jadi sebab kesuntukan masa..nak balik hari macam tak sempat je kalau jumpa Sen..kalau nak tidur dekat rumah die pun tak kenal housemate die..takut dieorang tak selesa..kalau die duduk satu bilik tu sorang je tak pe gak..ni share dengan orang lain..

Semalam pun pegi rumah P.Long lepas jumpa en.bf..dan semalam pun banyak betul makan..sampai hari ni aku cirit birit..huhu..tak tau la silap makan yang mana..tengah hari makan dekat chicken rice shop..masa en.bf bagi note pegi Mc.D senang nak access internet..sebelum balik pegi makan sup utara..M.Long pulak bila dengar aku nak datang beli satay dan buat nasi goreng..aku makan nasi goreng die berapa sudu dan makan satay..nasib baik awal lagi masa tu..sempat jugak perut nak rehat sebelum tidur..sebelum tidur tu memang aku cirit-birit..

Pagi tadi bangun awal..sarapan karipap dan donut..lepas tu M.Long buat burger..tak lama lepas makan aku membuang lagi..cirit-birit tak habis lagi..huhu..tapi elok jugak..perut rasa bersih..lagi-lagi lepas makan dengan banyak nya..hehe..P.Long suruh aku stay sehari lagi..balik esok..tapi rasa macam malas pulak..aku bawak beg laptop je semalam..pencuci muke semua tak bawak..pakaian pun..nasib baik memang ada baju aku dekat rumah P.Long..

Masa nak balik aku terperasan pokok ni dekat depan rumah P.Long..

Cantik dan unik pokok ni..aku pun berminat..daun die masa muda atau kita panggil pucuk warna merah atau pink..macam gambar di atas la senang kata..hehe..bila dah tua daun die warna hijau..cantik je warna die kan..unik..berseri je nampaknya..

Sampai rumah dalam tengah hari..tapi perut rasa tak ok lagi..lepas makan pape perut memulas dan membuang..aku cuma makan biskut gula dan susu je..lepas tu sambung tidur..hehe..sedar pun bila mak call tanya shampoo apa nak beli..

Patang tadi wan pesan suruh goreng nasi..nasi tengah hari banyak lagi..tapi adik bongsu mengidam nak makan nasi ayam sangat..haha..nasi ayam yang di masak di rumah ye..bukan di kedai..hari isnin hari tu die keluar dengan mak..semangat giler beli bahan-bahan nak buat nasi ayam..patut nya masak semalam..tapi aku kan keluar..bila dia bagi cadangan tadi macam best gak makan nasi ayam malam ni..punya semangat bila bahan tak cukup siap gi kedai naik basikal nak beli halia ngan serai..haha..

Best masak ramai-ramai..adik bongsu potong bawang, tomato, timun, salad..bela ayam, buat sup dan nasi aku la buat..dengan bantuan adik pempuan..taste die tajam sikit bab merasa-rasa..

Nasi ayam kami..rasa memang tak mengecewakan..sedap..belajar dari kesilapan sebelum ni..haha..1st time buat nasi ayam, nasi aku lembik giler..huhu..

Jo pulak tak membantu pun masa masak..tapi tolong basuh pinggan lepas makan..memang seronok ada dekat rumah..:))


Buah-buahan..

Assalammualaikum..

Balik cuti ni bertambah seronok sebab banyak buah-buahan..atau dengan kata lain banyak pokok buah yang mengeluarkan hasil..hehe..Ini jugak lah sebab kenapa aku suka duduk rumah yang ada halaman..sebab boleh tanam macam-maca keliling rumah..boleh tanam pokok buah, sayur-sayuran dan pokok hiasan..

Macam rumah aku ni banyak jugak lah pokok buah keliling rumah ni..dan sayur-sayuran dan pokok hiasan..pokok hiasan ni termasuk la pokok bunga dan pokok tak berbunga..hihi..

Jadi kebetulan ramai yang ada dekat rumah ni memang sesuai sangat la..banyak pokok buah yang berbuah..ramai la yang dapat rasa..syok betul perasan dapat makan buah direct dari pokok..nak makan je pegi dekat pokok petik terus makan..memang fresh sangat kan..hehe..

Nama pokok ni rambutan anak sekolah..pokok die masa kecik pun dan berbuah..buah nya pun manis..walaupun buah die warna hijau dah boleh makan..tak delah manis sangat tapi dah boleh makan..kalau warna dah warna merah memang manis..

Buah dia memang sampai atas tanah..kene tupang dengan kayu sebab bila berbuah jadi berat..tapi ok gak..senang nak ambil..hehe..

Buah mangga..dekat rumah ni ada beberapa pokok mangga dan rajin berbuah..kalau teringin nak makan petik je makan dengan kicap campur gula..lepas tu letak cili sikit..pergh memang sedap..tak pun aku suka campur mangga kalau goreng sardin..

Pokok betik yang yang buah nya panjang-panjang..kalau buah dah masak manis..kalau muda lagi besa nya buat rendang betik..feveret aku tu rendang betik..hehe..

Limai kasturi..ni aku suka ambil 2 biji pagi-pagi..tiap kali bangun pegi petik..hehe..letak dalam air sejuk untuk minum bangun dari tidur..banyak buah dia..kalau teringin nak minum sirap limau, buat air limau pun pegi je ambil..senang kan..hehe..

Buah manggis yang baru nak berbuah..harap sempat rasa sebelum balik..hehe..aku suke manggis..tapi poko ni kecik lagi..jadi buah pun tak berapa banyak..

Pokok pisang..pisang pun best jugak..makan pagi-pagi sebagai sarapan..elok untuk bantu proses penghadaman..boleh goreng untuk minum petang..dan hari tu baru lepas buat kerepek pisang..sikit punya banyak kerepek pisang tapi kejap je dah licin..sambil tengok tv makan..snek terbaik..tak pandang dah keropok lain..

Memang banyak pokok keliling rumah ni..pokok kelapa la..wan aku ada jugak pegi jual kelapa dekat kedai bila dah banyak..selain bagi suasana segar keliling rumah..banyak pokok jadi karbon dioksida diserap dan pokok-pokok hijau ni melepaskan oksigen..beri kesegaran..rasa redup je..keliling rumah tak panas sebab pokok-pokok ni jadi shield dari cahaya matahari..dan boleh nikmati hasil buah-buahan die yang sangat lazat..kalau nak banding buah import aku memang lagi suka buah tempatan..

Monday, 12 November 2012

Happy Deepavali..

Assalammualaikum..

Happy Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini..Semoga kita boleh hidup dengan harmoni, hormat-menghormati, dan bertolak-ansur walaupun berlainan bangsa dan agama..Jauhi peperangan dan persengketaaan..Amin..




Sunday, 11 November 2012

Kau Di Hati Ku..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada..tu rezeki yang Tuhan beri dekat kita..bila susah tu sebenarnya peringatan dan pengajaran kepada kita..jadi kan kita lagi kuat..tanda Tuhan masih sayang kan kita..nak kita dekat dengan die..walaupun en.bf dah dapat keje baru dan gaji nya agak ok dan Insyaallah aku pun makin ok..memang bersyukur sangat-sangat..

Mcm en.bf tahun lepas keje dekat tempat lama gaji 1.2k je..dengan environment keje yang kurang baik..pegi sembahyang dan sembahyang jumaat pun kene tolak gaji..siap ada staff lama perempuan yang jadi tukang report dekat boss..die tengok dekat cctv pergerakkan staff..memang kaki kipas boss..sabar je lah..sebab kan gaji kecik dengan selalu kene potong nye..nak makan pun susah..keje kilang kecik je..kebetulan ada abang yang sama keje dengan en.bf bawak bekal pegi keje wife die surirumah hari-hari masakkan bekal..en.bf tu tempah bekal dekat abang tu..dengan gaji banyak tu duduk dekat kl..dengan sewa rumah nya..lepas tu ada masalah dengan sewa rumah pulak lepas tu duduk sekejap dengan adik beradik..aku memang harap sangat die dapat keje lain..Alhamdulillah die dapat keje lain sebelum raya tahun lepas..

Dan banyak lagi dugaan dan cabaran yang menguji tahap kesabaran kami..dan Alhamdulillah di hujung setiap dugaan dan cabaran nya tu ada penyelesaian nya..dan sebagai pasangan adalah perlu kita saling mengingati dan saling menyokong antara satu sama lain..mungkin apa yang kami hadapi ni hanya sebahagian kecil je dari masalah orang lain yang lebih besar dugaan dan cabaran nya..lebih rumit..pape pun kita kene lah berusaha dan sentiasa dekat dengan Allah..kami pun selalu berharap agar tak mudah lupa diri andai dah berjaya dan di kurniakan rezeki yang banyak agar dapat bantu orang lain yang memerlukan..Amin..

Lihat lah apa sahaja di sekeliling anda dan pelajari lah perkara di sekeliling anda walau dari sekecil-kecil perkara..sentiasa berfikir dan bersyukur..semua ni peringatan untuk diri sendri jugak..sebab aku cuma insan yang lemah..

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

( korus )
Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

2
Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

( ulang korus )

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

( ulang korus, 2 )

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya


Dah lama lagu ni..tapi bait lirik die bermakna..

Saturday, 10 November 2012

Cuti lagi..

Assalammualaikum..

Sem ni banyak betul cuti..lepas daftar hari tu cuti raya AidilAdha dalam seminggu..ni cuti lagi seminggu lebih..patutnya cuti minggu depan bermula 12hb sampai 17hb..dah siap beli tiket 13hb..ingatkan ahad dan isnin ada kelas..lagi-lagi nak settle kan pasal pengajian aku..kot-kot HOD call minggu depan ke..lepas tu tengok naik notis cuti mula hari isnin 12hb..hal pengajian pun dah settle minggu ni..subjek dah tambah..jadi aku pun malas nak stay untuk pegi kelas satu hari je hari ahad nanti..tapi risau jugak la sebab hari ahad tu banyak subjek..

Sem ni lepas ni memang kene fokus betul-betul..dengan workload yang makin bertambah..dengan banyak cuti nya..lepas tu ad subjek yang tak de lecturer lagi..hari tu en.bf datang..sehari lepas tu pulak petang tu Hendry call bagi tau die dah naik kapal..malam tu pegi jemput die dan hantar die pegi hostel..jadi fokus tu agak lari..huhu..

Lepas tempoh pengajian aku berjaya di pendek kan..aku pun pilih lah beberapa matapelajaran yang tak clash dengan jadual aku..course aku agak leceh jugak sebab ada prasyarat..HOD aku mintak aku buat course structure aku sendiri..tapi aku pulak fikir tak boleh buat dulu sebab jadual lepas ni tak tau lagi..tapi bila dah balik rumah aku terus fikir aku memang patut buat course structure aku sendiri dan kalau boleh bila dieorang buat jadual akan consider subject yang aku patut ambil..macam mana aku pun aku kene ikut course structure aku sebab jadual die memang dah pack untuk aku..balik tu aku memang buat course structure aku setiap sem yang terbaik..memang betul-betul fit..kalau tak memang habis aku..huhu..dah naik sem nanti aku memang kene bagi course structure aku dekat HOD dan bincang dengan die..harapnya semua dipermudahkan..Amin..

Sem ni pun memang perlukan fokus yang lebih..dengan 23jam seminggu jam kredit aku memang perlukan tumpuan dan komitmen yang lebih..tapi Alhamdulillah lah lecturer dan kawan-kawan ok..walaupun aku akan masuk kelas dengan bukan batch aku sahaja lagi tetapi campur dengan budak sem lain..Insyaallah semua dipermudahkan..aku pun perlu kuat hadapi semua ni..semua ni cabaran dan dugaan..dan bila fikirkan yang positif aku akan lebih ramai kenalan..boleh mintak note dan belajar dengan dieorang sebab dieorang dah belajar awal dari aku..en.bf pun banyak membantu..biasanya aku bagi tau chapter yang aku belajar atau kalau jumpa aku akan tunjukkan note aku dekat die dah die akan ajar aku sikit-sikit apa yang die tau berdasarkan pengalaman die..sama-sama belajar kan..

Cuti kali ni pun agak seronok..sebab bila balik ramai yang ada dekat rumah..Luqman macam biasa cuti hujung minggu..Wafi cuti dua minggu lepas exam sem 1..zakiah cuti seminggu study week dekat rumah dan Hakim pulak cuti hujung tahun..Jadi cuti yang sangat best..dekat rumah pun meriah je..lepas ni kene study betul..no ronggeng-ronggeng any more..banyak harapan yang aku pikul..aku tak nak kecewakan orang-orang yang aku sayang..terutama nya diri sendiri..dah sampai ke tahap ni tak kan aku nak sia-sia kan peluang yang aku ada..



Wednesday, 7 November 2012

Beautiful Day again..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ni dapat berita gembira lagi..permohonan aku untuk pendek kan tempoh pengajian diluluskan..Syukur sangat..dengan maksimum 23 jam kredit untuk semester ini..fuh mencabar jugak tu..memang kene fokus dan struggle betul-betul la..memang banyak yang aku kene blaja..jadi gunakan peluang dan masa ini dengan sebaik-baik nya..

Lepas tu kene susun jadual..tak boleh clash dengan subjek yang ada sekarang la kan..ada subjek yang ada syarat..macam dah ambil dan lulus subjek A baru boleh ambil subjek B..tu ok lagi..ada pulak tu kene lulus sampai subjek..contoh nya subjek C,D,E dan F baru boleh ambil subjek subjek G..memang kene score dan arrange batul-betul..harap dipermudahkan dan semua urusan..Amin..kene fikir masa nak ambil short course lagi..

Insyaallah untuk yang sem pendek tak de masalah..tinggal yang sem panjang ni la kene urus betul-betul..jadual pun bukan main pack lagi kan..tak pelah..No Pain No Gain..

Tinggal satu je lagi perkara yang belum tau keputusan nya..Status Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah bank rakyat aku..Mengikut kata staff masa pegi quiz hari tu bulan November ni tau..tapi masih belum ada jawapan lagi..harap sangat dapat loan ni..bila tempoh pengajian makin pendek maka makin cepat kene jelas kan yuran..yuran untuk tempoh 3 tahun pengajian kene bayar untuk setahun lebih..Permudahkan lah urusan ini Ya Allah..Amin

Malam ni akan balik kampung..cuti sampai 17hb sempena raya Deepavali dan Awal Muharam..naik bas malam sampai pagi esok dalam pukul 5 pagi..en.bf ambil dan terus balik kampung sama-sama..mula-mula nak balik Isnin depan tapi dapat tukar tiket semalam..kene caj rm3..syok sikit en.bf pun ada dekat kampung sebab die tengah cuti lagi minggu ni..




Monday, 5 November 2012

Oh my Tali Skipping..

Assalammualaikum..

Berat badan semakin meningkat..huhu..hidup hati gembira..selera makan pun bukan main lagi..hehe..Alhamdulillah rezeki murah..masa en.bf datang memang makan sedap je..die memang nak belanja sebab dapat result elok masa sem lepas..kawan keluar dengan BFF pun tak kisah la Haziq, Sen atau Hendry masing-masing nak belanja..nak berkongsi rezeki la dieorang kata, bukan selalu jumpa la..bila jumpa nak bagi aku makan banyak-banyak la..Syukur sangat..huhu..

Aku syukur sangat dengan rezeki Tuhan bagi ni..tapi kesihatan dan bentuk badan pun kene jaga jugak kan..ada nak beli seluar masa pegi Kuantan hari tu..bila try en.bf kata badan aku dah naik..dekat perut, peha dan pinggul la yang ketara..aku rajin jugak la skipping tapi kalau dah makan pun banyak naik jugak kan..kene la kawal makan lepas ni..

Nasi ayam yang mantap..makan dekat Port Dicson..P.Long belanja sempena kejayaan Amir..dekat sini ada akek ais krim yang sedap..terliur bila teringat..huhu..

Kenny Rogers yang en.bf belanja masa pegi Kuantan..dah lah amik nasi..amik lagi mashed potato & gravy..dua kali sumber karbohidrat..nafsu semua ni..huhu..lepas tu ayam tak habis..en.bf yang habis kan..huhu..

Biskut ais krim yang selalu makan malam-malam sambil minum Anlene Chocolate..atas tu gula kan..susu pun bukan men sedap lagi Anlene Chocolate..hehe..masa cuti sem mak beli susu Anlene..dua minggu aku duduk rumah dah habis..lepas tu masa balik raya haji mak beli kan Anlene Creamy..pergh bukan men sedap lagi..dekat sini pulak minum Anlene Chocolate..memang makin sihat la aku kan..kalau dulu aku memang tak suka minum Anlene..tektur die macam kasar..lepas tu rasa pun tak berapa sedap..lagi suka minum Duth lady, Nespray ke..tapi sekarang susu Anlene memang sedap la..

Lepascuti sem ke raya haji hari tu balik sini pun skipping la macam biasa bila ada masa terluang..tengah syok-syok melompat bole pulak tali skipping tu terputus..huhu..

Tali skipping yang da putus..huhu..yang sebelah lagi tu pun dah tinggal hujung-hujung je..nak putus gak..tapi aku guna je sementara ni..pegang je dekat tali tu..tapi bila pegang tali pun die macam nak patah dan nak putus gak..huhu..aku pakai tali skipping ni dah lama jugak..3-4 tahun dah kot..sejak dekat penang lagi..aku suka sebab tali die berat..dalam die ada macam apa entah berbanding kain je kan..macam dekat rumah tali die ringan sikit..

Kene beli tali skipping baru la nampaknya..beli ni pun seringgit lebih je tak silap..belanja yang murah je untuk kurus kan..sangat efektif kalau nak turunkan berat..tap payah belanja beribu nak pegi slimming centre atau bayar yuran gym la..rajin dengan tak je..

P/S Tadi petang Hendry call nak die nak dtg sini petang ni..nak sign on..malam ni makan sedap lagi..hohoho..

Wrislet Roxy..

Assalammualaikum..

Weekend ni pegi jalan-jalan..jalan-jalan cari barang..cuma agak tak seronok sebab pilihan tak berapa banyak..aku pegi East Cost Mall dekat Kuantan..sebelum ni pernah datang sini sekali tapi tak beli apa-apa pun..aku macam tak boleh jalan ramai-ramai..tak fokus dan mungkin citarasa kami tak sama..paling best pegi shopping dengan en.bf dan kawan baik..taste memang sama..tau apa yang aku suka dan sesuai dengan aku..

Mula-mula masuk dekat Parkson..jalan-jalan dekat bahagian handbag..ada beberapa jenama..lepas tu pegi dekat Bonia dekat sebelah pintu masuk Parkson tu je..ada jugak la design yang ok..tapi agak mahal..tak berbaloi nak spend sebanyak tu dekat situ..Dekat dua-dua tempat ni design die tak berapa ok la..banyak design matang sangat..walaupun umur aku dah 25 tapi aku tak boleh lagi pakai macam tu..huhu..en.bf pun bagi response yang sama..hehe..lagi satu aku agak kurang berkenan dengan Promoter/Sales Assistant (SA) die..masing-masing agak kurang mesra dan membantu..bukan semua tapi rata-rata nya macam tu la..lebih-lebih lagi dekat Bonia..kalau aku tanya tu jawapan tak brapa nak memberansangkan tambah..muka pun tak mesra..nak senyum pun payah..adeh potong betul..ingat kita orang tak de duit sangat ke..tau la masing-masing nampak biasa je..

Shopping dekat KLCC pun lagi baik..aku suka promoter yang banyak membantu..kadang-kadang bila tengok-tengok kita tak perasan sangat..tapi bila kita bagi tau macam mana yang kita nak die yang tolong carikan design yang sesuai dan warna yang sesuai..sangat lah membantu..kalau barang tu biasa-biasa je pun kita jadi berminat nak membeli sebab layanan dia..dan kalau nak membeli aku lagi prefer orang tak ramai dekat kedai tu..memang die boleh entertain kita je..nak tanya pape pun senang..dan aku suka kalau ada knowledge..sama-sama bagi pendapat dan cadangan..macam pernah beli seluar en.bf dekat KLCC dan The Garden..SA tu yang bagi cadangan..cutting apa yang ok dengan en.bf..material kain yang baik..sesuai dengan keje die kalau nak bawak pakai pegi keje..masa en.bf tengah try die dengan senang hati pegi pilihkan yang lain..cadang kan kalau-kalau kitaorang berminat..dari beli seluar siap beli t-shirt sekali masa tu..

Jalan-jalan tengok-tengok kedai lain dan pegi QuickSilver..sebelum ni aku ada berkenan wrislet..tapi fikir duit dan masa tu ramai-ramai..tak terbeli la pulak..tapi pegi 2nd time ni baru beli..

Wristlet baru..

Aku suka dengan compartment die..sebab aku cari wrislet + wallet..kira 2 in 1 la..banyak benda boleh letak tapi tak tebal sangat..ada 3 compartment..yg ber zip boleh letak duit syiling..bahagian tengah boleh letak kad ada dan atas tu aku letak duit..sebab die macam dalam sikit berbanding tengah bila letak duit rasa lagi selamat..hehe..walaupun compartment die banyak tapi tak nampak tebal sangat..masa pakai memang muat letak sepit rambut aku dekat bahagian tengah dan handphone dekat bahagian atas tempat aku letak duit tu sekali..tapi tak tebal..kalau handphone bunyi pun alert je..vibrate die rasa..

Bahagian tengah aku letak kad, IC, green tea, surat MC..siap boleh letak pendrive lagi..

Yang bagus nya wrislet ni muat masuk dalam handbag aku..handbag aku kecik je..bila wrislet baru ni muat masuk lagi r syok kan..masa beli tak perasan pun..lepas tu pun die letak dalam kotak..masa makan baru transfer barang dari wallet lama ke wallet baru ni..bila masuk kan dalam handbag sekali muat..memang berbaloi-baloi la rasa..hehe..

Dan yang paling syok nya masa makan tu jugak baru perasan yang warna wallet baru ni memang sedondon dengan warna handbag..kebetulan dan pilihan yang baik..memang pilihan yang tepat..hahaha..


Ni la wallet lama aku..

Ni la wallet lama aku..aku beli masa sekolah dulu..masa form 4 ke form 5..guna sampai sekarang..warna die memang dah buruk..kusam dan pudar dah..tapi condition luar dia mash baik lagi kan..en.bf ada beberapa kali offer nak beli kan yang baru kalau dia ada dapat rezeki lebih..tapi tak jumpa lagi yang aku berkenan..dan tak rasa nak spend duit untuk beli baru lagi..

Bahagian dalam la yang macam dah teruk..zip dah lama tercabut..lepas tu dekat tempat letak duit tu dalam die pun dah koyak jugak..wallet ni dah berjasa lama dekat aku..

Ni wristlet lama aku..ni pun dapat free..ambil dalam kereta ayah..hehe..awal die warna grey..tapi warna tu pun dah tanggal..Amir siap kata wristlet aku ni dah buruk..tapi aku tak kisah pun..pakai je lah..Kebanyakkan wristlet yang aku cari biasa nya macam ni..tak de compartment dekat dalam..lepas tu agak mahal..sebab nanti kene beli wallet baru jugak..pakai separately kan..baik lak macam sekarang..hehe..

Ni memang tak de compartment dekat dalam macam yang baru..untuk letak barang-barang dekat dalam je lah..muat letak wallet..henfon..resit-resit..sepit rambut..green tea..pendrive..etc..haha..macam-macam boleh letak kan..haha..

Aku suka pakai wrislet untuk keluar biasa-biasa..macam pegi makan ke..atau jalan-jalan biasa petang-petang..pegi kelas..kalau macam nak jalan jauh atau pegi shopping complex atau kenduri aku bawak handbag la..bole letak kamera, perfume, tisu, sunglasses, pad, sepit rambut dan lain-lain..

Alhamdulillah dapat wraslet + wallet baru..lagi syok 2 in 1..hehe..design dan warna lagi style..harga untuk Wrislet Roxy ni cuma RM 79.90..berbanding jenama lain dalam Parkson dan Bonia yang design agak matang dan harga pun beratus-ratus..aku memang berkenan dan rasa berbaloi sangat beli yang ni..:))



Friday, 2 November 2012

What a Beautiful Day..

Assalammualaikum..

Permulaan yang baik untuk bulan ni..Akhirnya selepas berusaha dan berdoa..Hari ni bangun lambat..besa la hari cuti kan..jadi tak de apa-apa komitmen untuk hari ni..tak de set jam..jadi suka hati je lah nak bangun pukul brapa kan..kalau dah terjaga pun lepas tu tengok jam awal lagi memang sambung tidur la..

Tengah sedap tidur walaupun memang dah puas tidur sekali dapat sms dari en bf..lepas tu reply suruh die tanya update die interview hari tu macam mana..Die pegi interview dekat company ni awal bulan 10 lagi..dan dekat company ni satu-satu nya tempat yang panggil die interview..Boleh kata hari-hari call nak bagi doc..lepas tu nak tanya keputusan interview dapat ke tak job tu..Sebelum hari raya Aidil Adha lagi dieorang dah finalize orang dan die dah offer dekat beberapa orang yang lebih berpengalaman..status en.bf  pulak ialah KIV..huhu..bila die tanya 'kalau orang yang die offer tu tak accept baru die dapat ke?'..kira nya nama en.bf utk reserve kepada orang yang di offer ke?..ye lah kalau dieorang accept tak dapat la die kan..tapi HOD tu kata bukan macam tu..sebab die orang masih nak cari engineer lagi..suruh call balik hujung bulan Oktober..

Memang agak serabut la kan..dah la satu tempat je yang pegi interview..Gaji dan benefit pun agak menarik..masa depan kerjaya pun agak terjamin..banyak benda yang boleh belajar..lebih-lebih lagi pada usia macam ni kan..keje susah pun tak pelah..masa muda ni lah nak blaja banyak-banyak bekalan di usia tua nanti..hehe..lagi pun pengalaman bekerja dengan company Malaysia dan luar memang keje dengan company luar la lagi baik..lagi-lagi keje dengan melayu..memang teruk..bukan tak nak support company melayu dan local..tapi sangat teruk la..banyak personal issue..management teruk..cakap pandai..janji macam-macam tapi teruk giler..gaji selalu lambat..claim berbulan-bulan pending..tapi bos-bos punya sembang tak ingat kot..citer beli kereta 3 4 biji..dengan superbike nya la..pakai R1 ducati la..sabar je lag..baik la keje dengan company luar..lagi professional..

31HB Okt hari tu dah call..HOD tu nak meeting dengan click die..mungkin die berminat nak ambil en.bf tapi tak cukup pengalaman lagi..semalam call manjang tak dapat je..adeh sabar betul lah..memang kita orang rasa tak dapat la..tapi sebab bagi harapan je kan..kalau tak dapat cakap je lah tak dapat..dengan harapan yang tipis tu la kitaorang masih berharap untuk dapat..huhu..semalam aku suruh en.bf call awal sikit..sebab biasanya die call lepas lunch..en bf bagi tau pagi tadi dieorang dah email..macam dapat je dia cakap..berbunga dah hati..

Aku pun lepas tu terus bukak laptop dan check email..tak de pun..sekali dalam spam..Dieorang dah bagi Letter of appointment..Aku pun bukak dan baca..Alhamdulillah die boleh start 12hb ni dekat company tu..Offer gaji agak ok..elaun ok..benefit macam medical semua pun ok..tapi sebelum tu kene pegi sign contract tu la..Syukur sangat..akhirnya pernantian dah berakhir dan persoalan dah terjawab..kalau dulu keje sebelum keje dengan company melayu ni keje dengan company UK..ni keje dengan company German tak silap la pulak..:))

Lepas tu check pulak email aku..Dr yang mintak surat pengesahan belajar dan surat sokongan hari tu untuk aku dapat kan sillibus dua subjek masa dekat USM dulu dah reply..dari bulan Julai pending..minggu lepas aku dah email die..minggu ni dah email lagi..takut die tak dapat email aku yang sebelum ni..tapi masih tak de response lagi..lepas tu aku pun siap call dua hari berturut-turut Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan lagi..Dr. ni memang agak sibuk sebab die pengerusi rancangan..semalam call kata die tak de dekat pejabat..pegi Sabah ada conference..tapi Alhamdulillah hari ni dah dapat..ni nak kene bagi tempat sekarang dulu..harap ada boleh transfer lagi..Amin..

Tinggal status untuk pendek kan tempoh pengajian aku yang masih tak tahu lagi..harap sangat boleh dapat kberjaya..boleh habis awal..dan status Yayasan Bank Rakyat aku..Insyaallah semua akan tau dalam bulan ni..dalam masa terdekat ni..Harap sangat dapat jawapan yang positif untuk kedua-dua perkara ni..Amin..

Jadi mood hari ni adalah sangat gembira..en.bf dapat keje baru..tapi kalau dapat keje baru komitmen pada keje pun tinggi..selalu la outstation..pegi site..kalau kene pegi site dekat luar negara ke lagi la sedey..tp Insyaallah semua akan berjalan dengan baik..banyak sangat yang kami pelajari tahun ni dan akan cuba perbaiki kelemahan kami untuk jadi insan yang lebih baik..So much pain..hopefully so much gain after this..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...