Assalammualaikum..
Masa cuti tempoh hari aku dah pegi buat quiz untuk Tajaan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat (YYB) yang aku pohon..disebab kan takde internet masa cuti hari tu jadi untuk online aku kene la pegi cc..tapi cc yang aku pegi tu internet nye lembab..masa dapat email dari YYB memang die dah inform awal-awal kalau masa buat ada masalah internet memang dieorang tak tanggung risiko..huhu..dieorang recommend guna TM streamyx atau Unifi..atau boleh datang dekat YYB dekat Jalan Tangsi untuk buat quiz ni..
Aku rasa memang perlukan talian internet yang elok..pegi cc Taman Bandar Senawang pun macam tak ok..punya lah ramai budak sekolah main game..dengan bising nye..kalau nak buat quiz memang tak sesuai..ada satu cc ni je yang macam ok skit masa aku pegi..bila tanya pendapat en.bf die pun cadangkan buat quiz ni dekat YYB je..malas nak amik risiko..
Lagi pun masa tu cuti aku pun rasa ok je nak pegi buat dekat KL..dapat gak jalan-jalan..hehe..aku pegi petang..sampai dekat Sg. Besi hujan punya lah lebat..tapi sampai dekat CM mendung je..tak hujan lagi..sekali sampai dekat Masjid Jamek tengah jalan nak ke YYB hujan turun..huhu..redah je lah..
Soalan die ada 5 bahagian..
Bahagian A: Soalan berkaitan Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat
Bahagian B: Bahasa Inggeris
Bahagian C: Matematik
Bahagian D: Pengetahuan Am
Bahagian E: Soalan Kreatif
Semua calon dinasihatkan supaya
membaca maklumat dengan membuka laman web Bank Rakyat dan Yayasan Bank
Rakyat sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Bakal calon juga dinasihatkan mengulangkaji soalan-soalan
Peperiksaan PMR dan SPM bagi menjawab ujian Bahasa Inggeris dan
Matematik.
Soalan Pengetahuan Am menjurus kepada subjek sejarah negara, sejarah dunia, isu-isu semasa dan sebagainya.
Calon dibenarkan menduduki ujian ini bermula 9 Oktober 2012 sehingga atau sebelum jam 11.59 tengah malam, 22 Oktober 2012.
Anda perlu menjawab hanya 52 soalan yang
meliputi semua topik yang dinyatakan seperti di atas. Diingatkan
bahawa soalan-soalan adalah berbentuk dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Tempoh masa yang dibenarkan untuk menjawab semua
soalan adalah selama 32 minit
Calon boleh memilih untuk menduduki ujian saringan ini di pejabat
Yayasan Bank Rakyat beralamat seperti mana di bawah dan YBR tidak akan
menanggung sebarang perbelanjaan bagi menduduki ujian ini.
YAYASAN BANK RAKYAT
TINGKAT 17, BANGUNAN BANK RAKYAT,
JALAN TANGSI, PETI SURAT 11024,
50732 KUALA LUMPUR
MASA: 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
HARI : ISNIN HINGGA JUMAAT (HARI BEKERJA SAHAJA)
Bagi yang memilih untuk tidak menduduki ujian ini di pejabat
YBR calon digalakkan menggunakan TM Streamyx atau Unifi. YBR tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang risiko seperti talian internet
tergendala dan bekalan elektrik terputus sewaktu kuiz saringan ini
dijalankan di luar pejabat YBR kerana kuiz ini hanya boleh dijawab SEKALI SAHAJA dan TIADA PELUANG KEDUA DIBERIKAN BAGI MENJAWAB KUIZ INI.
Masa pegi tu aku siap bawak note yang aku ambil dari internet mengenai Bank Rakyat dan YYB..bawa kamus untuk soalan Bahasa Inggeris dan bawa kalkulator untuk soalan matematik..semangat sungguh kan..hehe..orang lain aku tengok datang rilek je..lenggang kangkung je..tak pelah mungkin la sebab dieorang bijak..baru lepas SPM jadi masih fresh lagi..aku memang perlukan sangat PPBU ni untuk tampung pengajian aku..jadi kene usaha sungguh-sungguh..huhu..
Quiz dia lebih kurang macam ambil test berkomputer JPJ tu..cuma yang beza nya soalan die keluar satu-satu..lepas jawap satu soalan baru soalan seterusnya keluar..jadi kalau tak tau kene hentam je lah..huhu..kalau tak banyak lagi soalan nak jawab kan..macam aku ni pulak masa soalan mengenai Bank Rakyat dan YYB tu siap check note..bukak web YYB la nak confirm kan jawapan..dah la internet dieorang pun tak la jau mana..lepas dah klik jawapan tu loading jugak nak ke soalan seterusnya..sabar je lah ak..masa mula-mula jawab memang aku banyak bazir masa..check note, bukak web confirmkan jawapan..masa soalan English siap bukak kamus la nak confirmkan meaning..sebab pada aku tiap soalan tu bernilai..karang fikir kejap main hentam je rugi pulak kan..
Jadi memang awal-awal tu banyak buang masa..patut nya satu soalan berapa lama je masa kan..lepas tu kene la buat laju-laju..huhu..soalan mathematics nasib baik aku bawak kalkulator..ble kira pakai kalkulator je..lepas-lepas tu memang baca soalan tengok jawapan terus jawab je.. huhu..dengan loading lepas jawab soalan agak lama nye..jadi aku sempat jawab 47 daripada 52 soalan je..huhuhu..sedey giler..5 soalan tak jawab..yang jawab pun belum tentu betul kan..huhuhu..
Sedey je lepas tu..dah la ramai yang pohon..tu yang kene buat quiz nak shortlist kan nama..nanti nama kene bawak meeting dulu die kata..Balik tu pun hujan lebat lagi..lama jugak tunggu hujan reda..Insyaallah bulan depan tau keputusan dapat ke tak..aku harap sangat dapat loan ni..huhu..kalau ada rezeki dapat la kan..Amin..