Tuesday, 31 July 2012

11th Ramaadhan 2012

Hari ni pun tak de cerita menarik..Tapi hari ni berbuka diluar..sebab roomate yang lain tak de..ada berbuka ramai-ramai dekat luar..Jadi decide dengan Zila nak buka dekat luar jugak la..

Menu untuk hari ni..

Honey Lemon

Seafood Fried Rice

Menu berbuka pasangan berbuka plak..hehe..

Apple Juice

 Chicken Chop

Ada menu tambahan fries..order lepas makan..Lepas makan pegi pasaraya kejap..Zila nak beli Ayamas hot & crispy..sambil tu aku beli la snek feveret aku..hehe..suka makan benda ni kalau rasa nak kunyah sesuatu..haruslah bukan makanan berat..

Pek besar..dalam dua ringgit lebih je..hari tu beli pek besar yang dalam die ada pek kecik-kecik tu..tak berbaloi lansung..baik beli pek yang ni..lagi besar dan banyak..lagi puas makan..

Sebelum balik sempat timbang berat badan..sebab rasa dah kurus sikit..hehe..walaupun tak skipping bulan puasa ni..hasil nya berat turun 3kg lebih..happy giler..terus bersemangat nak turunkan lagi berat 3-4kg lagi..:))

Monday, 30 July 2012

10th Ramadhan 2012

Hari ni hari ke sepuluh puasa..dalam pukul empat lebih tadi pergi bazar..hari ni kenapa lah rasa penat sangat..kepala pening..rasa dahaga sangat..kadang-kadang rasa nak muntah..sementara tunggu Zila nak pergi bazar tadi buat kerja kejap..tapi boleh fokus kejap je..lepas tu rasa semacam..semalam tak bangun sahur..tidur lambat tengok cerita Vanilla Coklat..lepas tu sebelum tidur dalam pukul empat lebih dah minum air dah..

Balik dari bazar tadi letak barang atas meja..solat Asar jap..lepas tu panjat katil..baring-baring jap..rasa tak larat sangat..Zila dengan Nadia sempat pulak tidur..Ish3..Lagi lima minit baru bangun..kejutkan dieorang..baru nak tuang air..bila dapat air rasa lega sikit..tapi kepala masih lagi sakit..tadi pegi dapur rasa bergoyang..huhu..

Hari ni buka puasa nasi..beli lauk ikan keli sambal dengan sup sayur dekat bazar tadi..lepas tu beli roti jala..tak makan lagi pun..kejap lagi makan tuk second round..beli air bandung cincau..dari haritu teringin nak minum air bandung cincau..tapi air yang beli tadi cincau dia sikit je..huhu..

Zila pulak beli macam-macam..tapi ada satu yang menarik..first time aku jumpa tapi tak makan lagi..jap lagi baru nak makan..

Puding buih..

Luas perjalanan luas pengalaman jugak kan..antara benda baru yang aku belajar dekat tempat baru..

Sunday, 29 July 2012

MT BUNGA ALPINIA II

Hari ni hari ke puasa..dah empat hari tragedi kapal MT Bunga Alpinia..Alhamdulillah empat orang mangsa yang hilang telah ditemui dan telah selamat dikebumikan..tinggal seorang lagi mangsa yang masih hilang..sangat berharap agar mangsa dapat ditemui secepat yang mungkin dalam keadaan selamat..Sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T..setiap perkara yang terjadi ada hikmah nya..Sentiasa bersangka baik lah dengan Dia..

Hari ni nak kongsikan gambar kapal ni hasil dari letupan tersebut..Gambar-gambar ni di ambil dari blog KPM dan diambil oleh ahli-ahli KPM yang terlibat dalam operasi ini..Sangat bagus group ni..ikatan antara ahli sangat kuat..saling membantu antara satu sama lain..berkongsi informasi terkini..Sangat berfungsi..ini lah salah satu contoh menggunakan teknologi dengan cara yang betul..

Contohnya macam semalam..adik kepada mangsa yang hilang update status mohon jasa baik kedua ibu bapa nya memerlukan dua naskah Al-Quran di Labuan..response dari ahli sangat cepat dan sangat ramai yang nak menghulurkan bantuan..bantuan dari sokongan moral..idea dan secara lansung..Tanpa menunggu masa yang lama kedua ibu bapa dia dapat Al-Quran tersebut..dan banyak lagi kebaikan yang lain..

Ni ada gambar dan video kapal hasil dari kejadian..





Kalau tengok dari fizikal kapal memang teruk..Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dan semoga mangsa yang masih hilang dapat ditemui..Takziah untuk mangsa dan keluarga mangsa..Semoga tabah menghadapi ujian Allah ini..Tuhan tidak menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka..

Kalau ada kesilapan berhubung kejadian ini, informasi atau term-term yang digunakan aku mintak maaf sangat dan sila beri teguran..sebab aku bukanlah expert dalam bidang perkapalan ni..:))

Saturday, 28 July 2012

8th Ramadhan 2012

Tak sedar dah 9 hari berpuasa..macam-macam pengalaman baru bulan puasa ni..lagi aku dekat tempat baru..kawan-kawan baru..dekat kawasan rumah kitaorang ni banyak mangga..sekarang ni tengah musim buah..ramai yang rajin ambil buah die..lepas tu buat cicah dia letak gula campur dengan kicap..letak cili sikit..makan ramai-ramai dekat depan rumah..

Ni pun baru habis makan..tapi tak sempat nak ambil gambar..syok sangat makan..hihi..dah habis baru teringat..hehe..

Hari ni sebab cuti rajin sikit nak masak..lagi pun bangun awal tadi..hehe..hari ni buat samosa..inti aku yang buat..bila part melipat tu ajak ramai-ramai tolong lipat..time goreng ak yang goreng..sebab roomate goreng fail..huhu..

Main course pulak..ceh beria je main course kan..haha..padahal masak goreng sardin campur cendawan butang dalam tin je..Lepas dah makan nasi makan samosa..Alhamdulillah kenyang sangat..malam nye pulak makan buah..sampai tak larat nak habiskan..ada yang belum potong lagi..makan malam lain lah pulak..kenyang sangat makan buah..jangan cirit esok dah la..Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan ni memang sangat murah kan..

 Samosa yang kami lipat ramai-ramai..

Dapat la dua pinggan..goreng separuh je..separuh lagi simpan dalam peti sejuk..nak makan nanti baru goreng..kalau goreng banyak-banyak tak makan nanti lemau..tak sedap dah..

Nak buka tadi ada drama sikit..tapi malam ni dah settle dah..hehe..perempuan memang emosional sikit kan..huhuhu..cepat terasa..tapi cepat gak baik..hihi..Ada siapa-siapa nak resipi samosa ke?..hehe..


Friday, 27 July 2012

7th Day Ramadhan dan Sexual Harrasment..

Semalam dikejutkan dengan Tragedi MT Bunga Alpinia..Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..kepada yang masih hilang aku doakan yang terbaik..berkerja tu satu ibadah kan..mencari rezeki untuk keluarga, isteri dan anak-anak..aku ikuti perkembangan kejadian dari Group KPM dekat facebook..

Memang kental semangat pelaut-pelaut ni..aku memang kagum dengan semangat pasukan, setiakawan diaorang..Yelah bila berada dekat laut masing-masing kenelah saling membantu untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan hidup..Memang lah orang kata gaji orang yang bekerja agak lumaya..tapi berbaloi lah dengan pengorbanan mereka meninggalkan keluarga, isteri dengan anak untuk jangka masa yang lama..berdepan dengan risiko yang sangat tinggi..kalau ada apa-apa terjadi mereka saling membantu..maklumlan jauh di tengah laut..bekerja di kapal mahupun di pelantar minyak memang sangat lah berisiko tinggi..Sebab tu la SAFETY FIRST..

Kita cuba usaha yang terbaik..kalau ditimpa musibah jugak tu memang Allah dah tentukan la..usaha ikut procedure dan sentiasa lah berdoa kepada Allah agar sentiasa dilindungi..Rezeki, ajal dan maut kita Allah yang tentukan..kalau dah Allah tu memang dah tentukan rezeki kita di laut nak buat macam mana kan...Semua orang dah kerja dekat darat tak de sape pulak nak kerja dekat laut..Lagi pun kalau memang dah ajal kita dekat mana pun kita meniggalkan kan..tak kira la dekat darat atau pun laut..

.....................................................................................................................................................................

Ok cerita pasal puasa hari ni pulak..Dari semalam dah plan nak pergi beli barang untuk masak..jadi pukul 5 tadi kami berempat pun bersiap-siap nak pegi kedai dekat hujung taman ni..banyak jugak lah beli..beli baha-bahan untuk buka petang ni dan stok barang-barang kering untuk masak..pergi jalan kaki je..Syok jugak lah petang-petang jalan kaki sambil borak-borak..Masa pergi tu agak panas la lagi..tapi nasib baik berangin..

Balik tu cuaca ok la..redup je..ngam-ngam je ada empat plastik..jadi sorang bawak satu..sambil jalan-jalan tu borak-borak..tengah elok-elok aku bercerita pasal pergi matrik wafi..tetiba aku ternampak ada sorang lelaki ni naik motor..park tepi jalan pandang dekat kitaorang..sebab masing-masing jalan pandang depan tetiba aku nampak sesuatu yang agak pelik..perlakuan tangan die dekat posisi yang pelik..tetiba terus terganggu..nak bercerita pun tak fokus da..ak terdiam..aku malas nak tanya budak-budak ni sebab takut aku yang tersalah pandang atau tersalah tafsir..

Hanis tanya aku apa aku nak cerita..suruh aku sambung cerita..aku pulak dah tak fokus..fikiran dah terganggu..aku tengok muka budak-budak ni pun dah semacam je..aku pun terus tanya..batul ke apa yang aku nampak..rupanya yang lain pun nampak..sangat menjijikkan bulan puasa ni..Lelaki tu berenti park tepi jalan pandang kita orang senyum-senyum keluarkan !@#$%^ dia lepas tu main die punya tu depan kitaorang..nasib baik kitaorang tak nampak die punya !@#$%^ tu..cuma nampak tangan dia je..sebab tu mula-mula tu aku confuse..takut aku je salah pandang..tapi bila yang lain pun nampak benda yang sama memang confirm la..

Terus rasa nak muntah..jijik betuk perangai..dah lah bulan-bulan puasa ni..lepas tu dia terus pergi dengan motor dia.. memang mental agak nye orang tu..dah lah kawasan perumahan..bukan kawasan tersembunyi pun..kitaorang memang terkejut sangat..laju-laju jalan nak cepat sampai rumah..

Lepas tu dah sampai dekat jalan besar sikit..tetiba nampak die balik..duk pusing-pusing dekat taman ni lagi..mula-mula die kearah jalan lain..tetiba die ada dekat hujung jalan..berenti kan motor die dekat hujung jalan..buat benda yang sama tapi lebih teruk dari tadi..Adoi apa masalah dia ni..tapi tak ramai sangat orang petang tadi dekat tepi jalan..ada pun naik motor..terus tanya yang lain..tak de kawan lelaki duduk dekat taman ni..rasa nak suruh panggil je g pukul orang tua tu..Bodoh gila kan..nasib baik jalan besar..die berenti pun ak lama..start moto terus jalan..kami pun laju-laju je balik..Rasa trauma la pulak..tak pernah hadapi benda bodoh macam ni lagi..

Sekali lagi..Al-Fatihah untuk mangsa tragedi MT Bunga Alpinia..semog dietempatkan bersama orang beriman..sedih sangat dengar berita ni..kepada yang masih hilang sangat berharap mereka masih selamat..selagi tak jumpa mayat nya masih ada harapan..dan kalau berjalan-jalan tu berhati-hati lah ya..jalan ramai-ramai..kalau ada pape jadi Insyaallah lebih baik dari seorang atau berda je..Semoga kita dilindungi Allah dari perkara-perkara yang tidak baik..Amin..




Thursday, 26 July 2012

MT BUNGA ALPINIA

Semalam en.bf dah balik dari Labuan..Flight die pagi semalam..Pagi ni bila bukak group Komuniti Perkapalan Malaysia dekat Facebook dapat berita ni..Maklumlah bila duduk sendiri jarang tengok TV..biasa online je..Berita dan gambar-gambar ni aku ambil dari KPM..sebab info ni dan gambar ni datang dari pihak yang terlibat..

Kapal MT Bunga Alpinia Terbakar
Posted on 26 Julai 2012
bookmarks

Kejadian dipercayai diakibatkan sambaran kilat sewaktu proses pemunggahan kargo methanol. Kebakaran yang bermula daripada kawasan dek (depan atau tengah, forward or amidships), diikuti beberapa siri letupan telahpun merebak sehingga ke accomodation.


Kebakaran bermula sekitar jam 2 pagi, dipercayai ketika kargo sudah hampir penuh. Merujuk kepada gambar terbaru pagi ini, api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, tetapi kapal dilihat telah rosak teruk dan menyenget ke tepi sebelah kiri (listed to portside).

Tiada berita tentang keadaan ruang enjin.


Letupan boleh didengari hampir ke seluruh Pulau Labuan.


Sehingga jam 9 pagi, tiada lagi liputan media oleh sebarang agensi berita tempatan.


Akibat letupan, terdapat bahagian dek yang telah terbuka (peel off).


Beberapa buah bot tunda turut terlibat dalam usaha memadam kebakaran dan evakuasi krew kapal.


Gambar terbaru jam 0920 pagi mendapati Bunga Alpinia telah ditarik keluar menjauhi dermaga.


Kapal ini mempunyai krew warganegara Malaysia, Filipina dan India.


Krew dipercayai telah meninggalkan kapal setelah mendapat arahan nakhoda. Walaubagaimanapun, lima (5) orang krew dipercayai hilang akibat impak letupan. Nasib mereka masih belum diketahui.


Kemaskini Selepas Jam 1100


1115: Masih terdapat bunyi letupan yang kedengaran


1117: Sumber memaklumkan kapal tersebut telah tenggelam di hadapan pelabuhan


1142: Satu jenazah telah dibawa ke Hospital Labuan
MT Bunga Alpinia (Mar 11, 2010 - July 26, 2012). :(

Vessel's name : Bunga Alpinia Flag : Malaysia Port of Registry : PORT KELANG Type of vessel : Chemical Type of hull : Double Hull Class Society : Det Norske Veritas IMO number : 9389538 Call sign : 9MLE4 Summer DWT : 37961.0 MT Built : Mar 11, 2010 Owner / Operator : MISC BERHAD
Kepada yang masing hilang harap semuanya selamat..dan kepada yang terkorban Al-Fatihah..Aku memang kagum dengan semangat juang..kekentalan pelaut-pelaut ni..bekerja di tengah laut yang sangat mencabar..tinggalkan keluarga demi mencari rezeki..Kepada kawan baik aku yang berlayar sampai bulan depan harap-harap baik-baik je dan dijauhkan dari sebarang musibah..Amin..

5th Day Ramadhan 2012

Ni cerita pasal buka puasa semalam..rasa nya tak de cerita yang menarik sangat pun bulan puasa ni..kecuali cerita pasal makanan kan..makanan untuk berbuka dan bersahur..sebab kurang aktiviti bulan-bulan puasa ni..kalau tak de benda nak buat melepak atas katil online, baca novel ke..petang-petang masak dengan budak serumah..tu dari bebuka aktiviti nye makan je..lepas berbuka dah solat..malam sikit lepak-lepak borak-borak dekat hall makan lagi..sahur bangun makan lagi..haish..jangan la badan ni naik bulan puasa ni..baru berazam nak kurus bulan puasa ni..huhu..

Semalam pergi bazar dengan Zila..ni hasilnya..

Tembikai RM3.20 je..murah kan..baru potong separuh..hari ni makan lagi separuh..kueh tepung pelita tu sepekat ada 4 tu RM1..beli sikit je..takut tak habis..dalam plastik tu kerabu..dah dalam kertas coklat tu  nasi ayam penyet RM6.50..kueh tepung pelita tu makan masa malam..tapi tak cukup..sorang dapat satu je..jadi lah..ada yang tak dapat..nanti beli la ye..ayam penyet pulak tak berape kick la..huhu..sambal dan ayam tak berapa kick..Ayam Penyet Wong Solo dan Ayam penyet dekat Subang Jaya dengan Wangsa Maju lagi syok..hehe..

Balik-balik je tengok meriah je dekat dapur..riuh dan kecoh je masing-masing..

Bila tanya orang dekat dapur kata nak masak paprik..tapi tengok macam tom yam..Lama sikit tanya Mira sekali dia jawab Tom Prik..hahahha..ape da..layan kan je lah..janji rasa sedap..hehe..Hanis pulak yang baju purple tengah sibuk pukul telur nak goreng telur dadar..

Mira yang tengah check nasi dan sellau jadi tukang buat air..sellaunya buat dua air..air panas dan air sejuk..

Alhamdulillah Bulan Ramadhan kali ni berjalan dengan baik dan gembira..

P/S baru terbaca mengenai M.T Bunga Alpinia

Tuesday, 24 July 2012

Wordless Wednesday..

Sunrise

4th Day Ramadhan 2012

Hari ni bangun puasa tak bangun sahur pun..huhu..mula-mula terjaga sebab tersedar roomate bangun..selalu die yang kejutkan bangun sahur..tapi dia cuma bangun ke tandas..tengok jam pun baru pukul 3 lebih..biasa kami bangun sahur pukul 4 lebih..kami pun sambung tidur..bila sedar-sedar balik..hamik hari dah terang..dah pukul 7 pun..huhu..padahal dah standby kurma dengan air tepi katil..huhu..tak pelah..bukan rezeki..

Jadi bangun bersiap-siap..hari ni memang full sampai petang..sampai masa nak balik tu cuba membaca bahan-bahan ilmiah rasa tak mampu dah..badan rasa penat..otak pun tak mampu nak cerna apa yang dibaca..huhu..sampai rumah terus mandi..naik atas katil online..kemas barang dalam bag..baca novel sikit-sikit..tengok jam pukul 6..rasa nya sempat lagi nak tidur..sebab rasa penat sangat..pesan dekat roomate mintak kejutkan pukul 7..nak tidur kejap..

Baru nak terlelap tiba-tiba rasa henfon vibrate..ada message masuk..bila bukak je..terus segar..hilang mengantuk..mata terus segar..kenapa?..

En. bf dah turun dari Offshore..Yeay..tapi dia ada dekat Labuan lagi..esok pagi flight die balik KL..

Terus sms dengan dia dan siap-siap untuk buka..hari ni buka puasa dengan housemate..seronok buka ramai-ramai sambil sembang-sembang..
Lepas dah siap solat..Zila kata dia lapar dan bosan..ajak keluar..terus masuk bilik ajak yang ada dalam bilik keluar..kita lepas-lepak..hehe..jadi malam ni kami  lima orang pegi minum-minum sambil makan rojak buah..3 pinggan habis..sedap..ada mangga, jambu batu dan nenas..maaf tak de gambar sebab cepat sangat habis..hehe..

Hari ni jugak saya belajar benda baru..baru tau dan kenal apa itu Plimsoll Mark..


Ok lah harus tidur..esok kene bangun awal..menaip post ni sambil makan kurma tau..memang sedap..kalau lah tau dari dulu lagi makan..hehe..\

Selamat malam semua..



Monday, 23 July 2012

3rd Ramadhan 2012..

Hari ni mood memang gembira je..selain sebab en.bf call..hari ni pun dapat duit dari orang yang order barang..dah lama dah..ada baki bayaran tapi baru dapat hari ni..

Hari ni berbuka dekat luar..hari ni jugak la pertama kali pergi bazar ramadhan..Lepas booking tempat dan order makanan nak berbuka dekat Secret Recipe kami pegi keluarkan duit dan pergi pergi bazar..

Ramai nya orang dekat bazar..Hasil untuk hari ni ialah..

Durian selonggok RM10

Kurma sekotak RM13..biasa harga memang macam ni ke?  1st time beli kurma..malas nak compare dengan jual dekat pasaraya atau tengok banyak-banyak tempat..masa ni dah lewat..dekat pukul 7 dah..lepas tu nak singgah banyak-banyak tempat..beli je lah dekat sini..Haziq suggest kan beli kurma yang ada tangkai..so pilih yang ni..hehe..tak rasa lagi pun..

Pegi buka dekat Secret Recipe ternampak ni pulak..ambil satu..hehe..

Grand Prize x 1
Ruby & Diamond Ring and Pendant Set
worth more than RM 11,000

Special Prize x 8
Pink Sapphire & Diamond Love Pendant 
worth more than RM 1,000 each

Menarik kan hadiah dia..hehe..ada dua part..Part 1 cuma kene kira jumlah berlian HABIB dalam gambar kek dekat belakang ni..Part 2 ni yang lemah sikit..Cipta Ucapan Hari Raya yang tidak melebihi 30 perkataan..Ada sapa-sapa nak tolong cipta Ucapan Hari Raya ni tak..hihi..

Sekarang ni perut tengah penuh sangat..nak tidur pun risau..takut makin buncit..huhu..Lepas makan tiga biji durian tadi sambung makan-makan dekat meja pulak sambil borak-borak..masing-masing beli makanan sikit-sikit bila dah campur jadi banyak kan..Mira beli 2 keping murtabak daging, Zila beli roti john, tart telur dengan kek..Aku beli popia..Memang full..huhu..macam mana azam nak kurus bulan puasa ni..huhu..jangan makin naik dah la..huhu..Tapi tu lah murah nya rezeki bulan Ramadhan ni kan..

I got the call..

Semalam kan bangun-bangun je dari tidur terus on kan henfon..ada tiga miscalled dari nombor yang tak dikenali..call balik memang nan hado lah..tak berjawab..sampai malam tau aku call kejap line busy..kejap tak berangkat..aku tau tu mesti en.bf yang call..cuma berharap dia call aku balik..kecewa:((

Hari ni aku free se free nye..pagi aku memang free..agenda petang pulak cancel..dari pagi bukan men lagi masing-masing sms..Amar siap call lagi..caring sungguh..hehe..jadi hari ni melepak je atas katil online..baca novel..ada buku fizik dengan math atas katil ni gak..

Tapi tadi tetiba dapat call dari nombor yang sama..bila tengok je nombor laju je angkat..happy je dengar suara en.bf..bertanya khabar dan macam-macam berbual..tapi tak boleh borak lama kan..

Alhamdulillah die sihat je..suara pun ceria je..makanan tak berapa sedap die cakap..hehe..tapi layan je la kan..makan free..Insyaallah kalau tak de pape dia akan balik esok atau rabu..

Sunday, 22 July 2012

I miss my boo damn much..

Isnin pagi 16hb Julai en.bf ke Labuan..Mula-mula dia bagi tau pegi hari ahad..tapi tak jadi..pegi flight 1st hari Isnin pagi..tengah hari dia sampai sana..Isnin pagi tu jugak la aku tak boleh nak guna internet..nak settle kan part ni punya masalah..tapi en.bf sempat settle kan..balik bilik petang tu dah boleh guna..Alhamdulillah..

Malam tu ak siap kan drawing dan dia nak tido awal..esok nak bangun pagi..dalam pukul 4 pagi ke 4 lbh die sms ak dah nak naik laut..Ikut plan, sebelum dia naik tu dia bagi tau die mungkin akan balik hari Sabtu..semalam la makna nya..tapi tak balik lagi..huhu..

Sekarang duk layan lagu Dadali - Disaat aku mencintaimu..rindu dia sangat..huhu..tadi lepas balik aku charge henfon..so aku off je henfon..bila bangun on kan henfon tengok-tengok ada 3 miscalled..nombor Labuan..mungkin en.bf call..alahai rindu nya..dah la tak dapat cakap dengan die..bila call balik tak berangkat..huhu..bila nak balik ni..huhu..

Kenapa aku selalu perlukan dia?..1st love aku dan Insyaallah sampai bila-bila..semoga jodoh aku dengan dia..

Kenapa aku selalu perlukan dia?

  1. Sahabat terbaik aku..susah senang sama-sama..bab ni memang tak boleh nak dipertikaikan lagi lah..kami kenal dari Tingkatan 1..mula berpisah masa tingkatan empat..kisah di matrik, U dan sekarang di alam pekerjaan.
  2. Sahabat untuk aku berkongsi masalah..mintak pendapat..dalam apa hal sekali pun..kehidupan harian mahupun karier..Terutama pasal karier..memang selalu la refer dekat dia..
Sekarang tengah rindu sangat sebab;

  1. Tak boleh nak beli tiket nak balik raya..kene tanya die dulu tarikh dan medium yang sesuai..hehe..
  2. Nak tanya pasal fluid mechanic.. discuss dengan dia dulu..nanti baru ak senang nak discuss dengan senior tu..at least aku dah ada gambaran dan reference..en.bf bole guide aku..kalau ada ilmu atau info lebih masa aku discuss bole share dengan en.bf jugak..
  3. Nak discuss pasal PDMS-AVEVA dengan en.bf..aku dah cari info dekat internet..jadi tinggal nak discuss dengan dia..
Harap dia sihat selalu dekat sana..dapat bekerja dengan baik..Semoga jodoh aku dengan dia..Memang lah lagi lama pergi income lagi banyak..Harap en.bf  berada dalam keadaan yang baik dan cepat-cepat lah balik ye..I miss u every single second and I want u always by my side..:))



p/s - maaf kalau ada yang tak suka pasal post ni..citer pasal bf kan..kalau tak suka tak payah lah baca post ni..


Saturday, 21 July 2012

My Dinner..

Minggu ni memang ramai yang balik kampung..tinggal berapa orang je yang tak balik..termasuk aku..rumah ni pun sunyi je..jadi start hari Khamis aku duduk rumah je..nasib baik lah dah ad beli stok makanan mentah dengan Zila..jadi aku makan makanan yang ada dekat rumah ni je lah..

Bila sorang-sorang memang malas nak keluar kan..walaupun keluar nak cari makanan..minggu lepas Zila balik..tapi Mira ada..tu yang pegi jalan-jalan dengan Mira..pegi pantai..pegi makan dekat depan ni..tak delah bosan sangat..sambil tu dapat gak pegi makan kan..

Semalam aku keluar jugak lah kejap pegi kedai beli barang-barang sikit..beli ayam segera Ayamas, ais krim, beras dan roti..jadi dah dua hari jugak lah tak makan nasi..sebab nya aku malas nak masak nasi dan lauk..dah masak nasi kenelah masak lauk jugak kan..tak kan makan nasi kosong je..kalau masak lauk nanti tuk sorang je macam rugi pulak..tu yang aku masak naget, ayam goreng, roti telur je tadi..

Disebabkan esok nak puasa..dan aku tak biasa tak makan nasi..jadi malam ni aku guna jugak la beras..bukan masak nasi..tapi masak ni..

Bubur nasi letak kicap..

Boleh pulak lupa nak nak beli kurma..tapi kalau dekat kedai pun memang tak pulak nampak kurma..senang sikit nak sahur kalau ada kurma..khasiat dia pun elok..walaupun sebelum ni aku tak pernah suka kurma..walapun tiap kali bulan puasa banyak kurma ayah beli tapi tak pernah sentuh pun..tapi tahun ni aku nak start makan kurma..harap-harap berjaya..

Kalau boleh nak bulan puasa ni nak turunkan berat badan..berat sangat dah ni..hehe..

1st Ramadhan 2012

Untuk hari pertama Ramadhan kali ni tak de aktiviti yang menarik pun..bangun pun lambat..dah la tak de air sebab paip dekat meter depan rumah ni patah..kene motor roomate..dari malam tadi tak de air..tadi tumpang mandi dekat rumah sebelah..tapi sekarang dah ada air..ssah tak de air..nak ke tandas susah..nak masak pun susah..

Di hari pertama puasa ni mak ada call petang tadi..chat dengan adik-adik dekat fesbuk..semua ada dekat rumah kecuali aku..huhu..

Jadi menu untuk hari ni..

Tiga keping roti telur..telur hancur..dan ayam goreng hot and crispy..

Wall's Selection cookies & cream..tapi sebab freeze kecik..nak masuk dalam frozen pun tak muat..cair je ais krim aku..huhu..

Selamat Berbuka kepada semua..

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan 2012..

Ramadhan datang lagi..Ramadhan kali ni pun aku experience benda yang berbeza dari sebelum ni..Kalau tahun 2010 aku dekat Penang, masih student lagi..jadi tak de la beza sangat

Tahun lepas, tahun 2011 pulak masa tu aku kerja dekat TI..masa tu kerja shift..pengalaman buka puasa dan sahur dekat sana..syok jugak la..masa ni jugak pengalaman buka puasa dekat luar dengan budak kerja..kitaorang pilih Bora Ombak dekat Ampang..memang makan besar free..Masa ni jugak en.bf masih kerja dekat Sg. Buloh lagi..First day puasa buka sama-sama dekat One World Hotel sebelah OU..lepas tu ada jugak lah lagi buka sama-sama..Masa nak raya xde lah shopping sangat..last minit shoping kot..seminggu nak raya baru beli baju raya..en.bf tak beli pun sebab tahun lepas abang dia kawen..dah buat baju melayu siap-siap..

Raya tahun lepas pun cuti kejap giler..ape punye sengal la soh masuk kerja cepat tapi mastu tu banyak tester tak running lagi pun..tapi raya kedua ke raya ketiga aku dah kene start kerja..masa raya tahun lepas pun dapat bonus..tapi sebab masa tu aku baru lagi kerja..tak dapat la bonus full..tak dapat full pun Alhamdulillah ada jugak la boleh sumbang sikit dekat family..hehe..

Tahun ni pulak aku berhijrah lagi..puasa dekat tempat orang..pengalaman baru jugak..weekend ni first puasa tak balik rumah pun..en.bf dekat laut..hendry pun dekat laut bulan lapan nanti baru balik die kata..tak tau la sebelum atau selepas raya..sebab masa nak start kerja die kata tahun ni die raya dekat laut..raya ni aku cuti seminggu..dekat nak raya nanti baru balik..yang penting sekarang tiket nak balik raya kene booking cepat-cepat..cepat lah balik en.bf..huhu..untuk persiapan raya tak fikir pape pun lagi..harap-harap ada masa untuk shopping sama-sama dengan die nanti..Semalam pun aku ada usaha kan sesuatu..mencuba nasib..mana tau ada rezeki aku..lebih-lebih lagi sempena bulan yang mulia ini..

Alhamdulillah..setakat ni semua berjalan dengan lancar..semoga tuhan permudahkan yang terbaik buat kami dan murahkan lagi rezeki kami..Memang bersyukur dengan apa yang kami dapat sekarang dan berusaha untuk dapat yang lebih baik..Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini meninggalkan banyak kenangan yang lebih manis..Amin..




Its My life..

Post ni mungkin agak carca marba..carca marba tu maksud nya bercampur aduk..nk share apa yang jadi past few day..kalau sebelum aku ada blog ni..selalu baca blog org lain dieorang selalu kata..bila menulis orang tak nak baca atau tak suka baca pun tak pe..apa yang di tulis tu sebagai catatan harian tetapi yang dikongsi untuk bacaan orang lain..sebagai kenangan kehidupan..sekarang bila menulis aku memang admit..apa yang aku tulis ni adalah untuk dikongsi dengan orang lain yang berminat nak baca dan untuk bacaan aku sendiri..kenangan pada peristiwa yang aku tulis dan pada gambar-gambar yang aku post..suka duka jatuh bangun aku dalam menjalani hidup aku ni..

First sekali nak share pengalaman bila hidup dikelilingi lelaki-lelaki..bila mana aku the one and only perempuan..Sangat terharu sebab mereka sangat lah mengambil berat dan caring pasal aku..bila aku tak de note pagi semalam tengah breakfast tetiba bagi aku note..terkejut dan terharu sangat sebab prihatin nya..tanpa disuruh ok..lepas tu bila nak bayar pulak die tak nak pun terima duit aku..bila ak tak dapat makanan dieorang bagi makanan dieorang dekat aku..bila aku tak de SMS aku..lepas tu setiap kali jumpa semua tanya kenapa aku tak da..mereka buat aku sangat selesa dan sangat mengambil berat..

Semalam ingat nak discuss pasal fluid mechanic..tapi orang nya tak de..pagi ni ble pulak cancel dan aku jumpa je orang tu personally dan berterus terang dengan die status dan condition aku..die pulak sangat membantu..berkongsi pengalaman, kisah hidup dia yang menjadi motivasi pada aku dan berkongsi idea untuk guide aku agar direction aku lebih betul..

Die berkongsi bagaimana orang yang pandai kalah dengan orang berani..dan orang yang berani kalah dengan orang yang beruntung..jangan takut mengambil risiko..hidup ni perlukan keberanian untuk kita move forward..kalau tak kita akan statik dan kekal dekat takuk tu je..mendatar je prestasi..dan bila dah ambil risiko tu kita kenelah betul-betul fokus dan buktikan pada semua orang keputusan yang kita ambil tu tak salah..walaupun menongkah arus..walaupun semua orang menentang..Buat sahaja apa yang kita rasa betul dan sentiasa berdoa pada Allah sebab dia sentiasa ada dengan kita..

Die ceritakan pengalaman hidup die..berkahwin pada usia yang muda..tanpa restu keluarga..ahli keluarga dia tak datang pun masa hari perkahwinan mereka..macam mana peritnya dia kata..lepas tu menjadi suami, pelajar, dan bekerja dalam masa yang sama..menguruskan pelajaran isteri lagi..sangat tabah..sekarang berhijrah ke negara orang demi mencari rezeki..dan berjaya mempunyai syarikat sendiri..dia kata kalau aku susah sekarang ramai orang lagi susah dari aku..

Alhamdulillah Tuhan pertemukan aku dengan orang yang memberikan motivasi, berkongsi pengalaman hidup, dan memberi panduan pada aku untuk plan selepas ini..

Terima kasih jugak dekat housemate..durian ni sangat sedap..dan ada banyak sebab nipis je kulit dia..share dengan Zila..walaupun banyak tapi tak puas makan..nak lagi..huhu..

Minggu ni ramai yang balik rumah nak sambut puasa dekat rumah..aku balik raya nanti je lah..en.bf pun tak de..rindu sangat..:)

Wednesday, 18 July 2012

Wordless Wednesday..


Please..Please..Please..

Gembira dan rindu..

Lama dah tak menulis..sibuk sikit..hehe..Mood hari ni adalah 


Alhamdulillah hal untuk part ni dah settle..semalam bukak email happy je..dapat semua doc..nak print dekat library tak boleh..PDF file pun tak boleh baca..kene pegi dekat luar..lepas print terus submit..hari ni dapat call..dah boleh transfer dan bayaran dapat dikurangkan seribu lebih jugak lah..:))..Syukur sangat..dapat jimatkan masa dan duit..beranjau jugak lah proses ni..tiga minggu ni serabut je lah selagi tak settle hal ni..bagi document asyik tak solid je..So untuk part ni dah settle..ada lagi tak settle untuk depan punya..nak buat cepat-cepat lah..nanti tak delah serabut macam ni..

Dan hari ni pun mood..


Bukan hari ni je..untuk seminggu ni..disconnected dengan en.bf selama seminggu..die outstation lagi tapi kali ni tak boleh contact terus..no SMS, no email..huhu..nak booking ticket flight balik raya pun tertangguh..huhu..nak discuss pasal fluid mechanics ngn software tangguh..Rindu giler..huhu..

Sunday, 15 July 2012

Rindu-Serindu-Rindunya..

Rindunya dekat 

Family

Semalam mak ada call..tanya khabar..dan bagi tau Luqman tak sihat..sampai berenti tidur tepi jalan tak larat memandu..muntah-muntah, sakit perut, pening kepala..call ayah tak dapat sebab hendphone tinggal dalam kereta, kakak ngan P.long pulak kerja..mak sanggup datang dekat Luqman naik motor dengan Arsyad pegi tengok Luqman..nasib baik lah lepas tu dapat call ayah dan ayah hantar pegi hospital..die kene gastrik dan jantung die kadang-kadang lemah kadang-kadang laju..Lama jugak mak kata die kene tahan dekat ER Dr. nak pantau dulu..lepas tu Dr bagi surat untuk refer dekat pakar..Itu lah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu kan..lambat lagi aku boleh balik rumah..raya nanti kot baru boleh balik..semoga Luqman cepat sembuh..

Rindu jugak dekat

En.bf

Dah lama tak jumpa..dekat sebulan kot..bukan tak biasa jauh-jauh..tapi memang rindu selalu..hehe..walaupun dah couple lama dan dah kenal lama..memang tetap rindu setiap hari..hahaha..bila jauh-jauh boleh berSMS, call dan email je lah..bila lah nak datang melawat aku dekat sini..Seorang yang ak rasa sangat sesuai dengan aku..Selalu jugak bergaduh..Cepat gaduh cepat baik..Esok flight die pagi-pagi outstation lagi..seminggu kot..macam mana lah nak contact seminggu ni..Rindu selalu..:))

Dan rindu jugak aku dekat

BFF

Kawan yang ada waktu susah dan senang aku..kami terima masing-masing seadanya walaupun banyak sangat kekurangan masing-masing..berkongsi suka dan duka..

Jarak kadang-kadang memisahkan jasad kita tapi mendekatkan hati kita..Bila berjauhan kita akan muhasabah diri..ingat waktu-waktu bahagia..menerbitkan kerinduan..kadang-kadang bila depan mata kita tak sedar pun kebaikan individu itu..tapi bila berjauhan kita baru sedar, merindui dan menghargai..

Semoga semuaNya sihat selalu, diberkati, dirahmati dan sentiasa dilindungi Allah..Amin..

Saturday, 14 July 2012

Isi dan Kulit..

Atas muka bumi ni sangat ramai umat manusia..setiap daripadanya ada perangai yang berbeza-beza..faktor persekitaran dan sekeliling turut membantu sikap dan sifat seseorang manusia itu membesar dan menjalani kehidupan seharian mereka..

Tajuk post ni berkaitan dengan penampilan dan sifat seseorang..Isi melambangkan sifat dan keperibadian (hati) seseorang manakala kulit melambangkan penampilan atau personaliti luaran seseorang seseorang..Kulit selalu dinilai dahulu oleh individu manakala untuk menilai isi nye perlu mengambil masa dan usaha..Ada empat keadaan isi dan kulit pada aku..

  1. Kulit yang cantik dan isi yang cantik..
  2. Kulit yang buruk tetapi isi yang cantik..
  3. Kulit yang cantik tetapi isi yang buruk..
  4. Kulit yang buruk dan isi yang buruk..
Pada pendapat peribadi aku aku lebih suka yang pertama (1) dan kedua (2)..Hal ini juga ada bersangkut paut dengan agama..Jika seseorang individu itu berimej Islamik, sentiasa berkopiah dan bersongkok di kepala kemana-mana..Atau sentiasa bertudung kemana-mana..tetapi meninggalkan solat rasanya berada dalam kelompok ketiga (3). Bertudung dan berimej Islamik bagi yang lelaki dan mereka sering bercakap soal agama tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan pun ajaran agama itu sendiri..pada yang perempuan walaupun bertudung keluar tetapi sering mengumpat..dengki dam lain-lain sifat yang tidak baik..

Lebih baik lagi mereka yang mungkin tidak menutup aurat tetapi mempunyai hati yang yang baik..membuka aurat tu tetap salah..tetapi pada aku lebih teruk dari perkara yang aku terangkan di atas tadi..walaupun tidak mengenakan tudung keluar rumah tetapi sangat menjaga solat dan sangat baik hati..walaupun bukan islam tetapi menghormati wanita lebih baikberbanding Islam tetapi bersikap biadap dan memandang rendah terhadap wanita..Macam ayah aku pernah cerita masa nak pos motor..ada barang-barang pada motor yang hilang..Ayah cakap kadang-kadang orang yang kafir tu lebih jujur dari orang Islam sendiri..

Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja..siapa lah kita manusia yang lemah ini untuk menilai orang lain..aku menulis post ini pun berdasarkan pengalaman aku..kalau silap aku mintak maaf banyak-banyak dan tolong perbetulkan..Semoga kita saling menghormati dan hdup aman tenteram selalu walaupun berlainan agama dang bangsa..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih


P/S - Saje pilih gambar durian ni sebab rindu nak makan durian..dulu selalu beli durian dekat area Jusco AU2..dekat depan simpang depan asrama bakti Felda..jual dalam bekas polisterin..senang nak pilih..aku tak pandai pilih durian kalau sebijik-sebijik..hehe..


Friday, 13 July 2012

Overnite..

Tajuk nak gempak je kan..hehe..Sepanjang hari ni memang tak kemana-mana dan tak de aktiviti..cuma rutin biasa je..lepas breakfast skipping..lepas tu jalan kaki pegi makan..laundry..petang tadi tidur..malamnye sembang-sembang dengan housemate..bercinta dgn en.bf..Ahad ni die nak outstation lagi seminggu..dah lah susah nak contact nanti..huhu..gonna miss u damn much..hehe..

Jadi malam-malam ni layan movie dan online..baca paper..bukak Mstar tadi terbaca artikel yang menarik..Tajuk nya Jackie Chan Derma RM615,000 Kepada Mangsa Banjir Thailand..kalau nak baca yang original boleh baca dekat sini..

SEBAGAI tanda prihatin terhadap golongan miskin, pelakon Jackie Chan telah menderma sebanyak RM615,000 ($125 pounds) kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand.

Menurut laporan Daily Express, bintang Hong Kong yang juga duta muhibah UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu) itu pernah melawat beberapa rumah kebajikan, tempat mangsa-mangsa banjir ditempatkan pada sekitar tahun 2011 dan awal tahun ini.

Pelakon tersebut telah menawarkan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut menerusi Jackie Chan Charitable Foundation setelah melihat beberapa penempatan yang hancur dan ingin memulihkan semula kawasan yang berkenaan.

Jackie yang berkongsi beberapa gambar di Internet berkata dia sanggup membantu golongan yang susah kerana dia juga pernah mengalami masalah hidup yang sama pada zaman kanak-kanak.

"Saya dibesarkan dalam keadaan yang sangat miskin dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi.

"Sekarang ini, saya mempunyai wang dan akan berkongsi dengan golongan yang susah," katanya.

Bila baca artikel dekat atas ni tersentuh je baca ayat warna pink tu..Semoga aku berpeluang untuk buat macam tu jugak..Tapi kalau yang tak mampu pun tak pe jugak..tak semestinyaa kita mengumbang dengan wang ringgit..banyak cara kan..kalau tak mampu nak menyumbang dengan wang ringgit boleh menyumbang tenaga kita..berkongsi ilmu atau pendapat..tapi aku memang kagum dengan usaha dan apa yang beliau lakukan..Semoga aku dikurniakan rezeki yang banyak dan boleh berkongsi dengan orang yang memerlukan suatu hari nanti..Amin..



Wake Up by Hillary Duff..


(Wake up, wake up)
There's people talking 
They talk about me  
They know my name 
They think they know everything
But they don't know anything 
About me
 
Give me a dance floor 
 Give me a DJ  
Play me a record 
Forget what they say
 
‘Cause I need to go  
Need to get away tonight
 
I put my makeup  
On a Saturday night 
I try to make it happen 
Try to make it all right
 
I know I make mistakes 
I'm living life day to day 
It's never really easy 
But it's ok
 
Wake up! Wake up! 
 On a Saturday night 
Could be New York  
Maybe Hollywood and Vine
 
London, Paris  
Maybe Tokyo  
There's something going on  
Anywhere I go tonight  
Tonight, yeah tonight
 
The city's restless 
It's all around me  
People in motion  
Sick of all the same routines
 
And they need to go  
They need to get away tonight
 
I put my makeup  
On a Saturday night 
I try to make it happen 
Try to make it all right
 
I know I make mistakes 
I'm living life day to day 
It's never really easy 
But it's ok
 
Wake up! Wake up!  
On a Saturday night  
Could be New York  
Maybe Hollywood and Vine
 
London, Paris 
Maybe Tokyo  
There's something going on  
AnywhereI go tonight  
Tonight, yeah tonight
 
People all around you 
 Everywhere that you go 
People all around you  
They don't really know you
 
Everybody's watching 
 Like it's some kind of show 
Everybody's watching  
They don't really know you now  
(They don't really know you) 
(They don't really know you)  
And forever
 
Wake up! Wake up!  
(Wake up, wake up)  
Wake up! Wake up! 
(Wake up, wake up)
 
Wake up! Wake up!  
On a Saturday night 
 Could be New York Maybe
 Hollywood and Vine
 
London, Paris  
Maybe Tokyo  
There's something going on  
Anywhere I go
 
Wake up! Wake up!  
On a Saturday night 
Could be New York  
Maybe Hollywood and Vine
 
London, Paris  
Maybe Tokyo  
There's something going on  
Anywhere I go tonight  
Tonight, yeah tonight
 
(Wake up, wake up)

Thursday, 12 July 2012

Aktiviti Petang..

Pagi ni bangun agak awal..walaupun semalam tidur agak lambat..pukul 10 lebih dah bangun..awal la kira untuk hari cuti kan..bagus jugak bangun awal tadi..lepas breakfast skipping kejap..lepas tu Dja dah contact untuk few thing..hal English tak settle lagi..even almost..come on la..benda simple je kot..huhu..lepas tu hal Math pulak..Dr. yang aku email Selas lepas tak respond pulak..email Dr yang pengerusi rancangan pulak..die pun forward dekat Dr. yang tak reply tu sebab dia ada dekat UK sekarang..harap semua urusan dipermudahkan secepat yang mungkin..Amin..

Lepas tu confirmkan document yang en.bf tolong faks kan..dari hari Selasa gak tak silap die faks kan tapi semalam aku call tak dapat lagi pulak..mintak en.bf tolong faks kan lagi..Alhamdulillah dah received..so boleh proceed application..

Dari malam kelmarin tak silap dah plan dengan Mira untuk pegi jogging dekat pantai hari ni..mula-mula ingat nak pegi pagi..tapi tukar plan pegi petang..tapi tak jogging pun..jalan kaki je..Mira baru lepas makan masa tu..jalan kaki pun jauh..tapi aku suka sebab mengeluarkan peluh..view nya cantik je..menikmati keindahan ciptaan Tuhan di petang hari..hehe..jom layan gambar..






 Nampak kapal-kapal yang berlabuh kecik-kecik dekat hujung sana..




 Ni dah senja..warna langit pun dan bertukar..

Indahnya alam ciptaan Tuhan..Subhanallah..petang-petang seronok jugak jalan-jalan cuci mata sambil tu elok jugak untuk kesihatan..

Wednesday, 11 July 2012

Wordless Wednesday..


Tuesday, 10 July 2012

Pesanan..

Kata-kata pesanan ini aku ambil dari blog Zelmey..Aku sangat berminat dengan kata-kata pesanan yang dia kongsikan dan aku pun ingin kongsikan di sini..

"Kita tidak perlu takut jika kita betul kerana yang Maha Kuasa bersama kita"

"Jangan takut dengan orang yang melakukan perkara yang tidak benar kerana segalanya datang dari Allah dan Allah jualah punca rezeki".

"Apa-apa yang kita hajat dan perlukan, mintalah pertolongan dari Allah kerana Dia jugalah Pencipta dan Pemberi dan juga yang Mengambil"

"Untuk melakukan perkara yang BENAR ia biasanya PAHIT"
"Manusia itu bukan Tuhan, tetapi Allah. Kalau manusia itu bertindak melewati Allah, manusia itu disuatu harinya pasti akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang keji"

Sebagai seorang yang beragama Islam aku berpegang teguh kepada ajaran agama aku..tetapi sebagai seorang insan yang lemah aku pun sering melakukan kesilapan dan khilaf..Panduan yang diberikan dalam agama Islam ini cukup lengkap dan sempurna pada aku untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian dalam hidup..

Seseorang pernah kongsikan pada aku..Jika kita ingin kan sesuatu kita haruslah berani mencuba..kalau kita tak mencuba kita tak tau keupayaan kita..apabila kita mencuba tidak semestinya kita berjaya..tapi kalau kita tak mencuba semestinya kita telah gagal..bila kita dah berusaha kita serahkan dan bertawal kepada Allah S.W.T..andai kita jatuh pun bangkit lah semula..jangan cepat berputus asa..

Dia memberi analogy menanam pokok..contohnya pokok buah atau pokok bunga..bila kita menanam pokok.. tugas kita untuk menyiram, meletak baja dan menjaga pokok tu dari anasir yang boleh merosakkan pokok itu..tapi kelebatan buah pada pokok, saiz buah dan rasa pada buah pada pokok itu luar dari kuasa kita tetapi Allah S.W.T yang menentukan..
Setelah berusaha berdoa dan bertawal la kepada Nya..sentiasa bersyukur dan andai aku berjaya semoga Tuhan rendahkan hati aku serendah-rendahnya..semua Nya adalah hak milik Nya yang di pinjam kan sementara..Kekayaan, harta, pangkat, kuasa, kecantikan..Dia boleh tarik nikmat yang diberikan tu sekelip mata sahaja..tak guna bermegah-megah..tapi kita ni manusia yang lemah kan..semoga kita sentiasa dilindungi Nya..


Saya suka melancong dan berhijrah..

Aku memang suka melancong..tengok tempat orang..belajar benda baru..belajar cara hidup dan budaya orang..lagi kalau duduk dalam satu tempoh yang lama..lebih banyak yang boleh kita pelajari dan memahami lebih dekat..

Disekeliling kita terlalu banyak perkara yang boleh kita pelajari.. Kalau kita tengok orang yang hidupnya lebih susah membuatkan kita lasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada..menimbulkan keinsafan..kalau kita tengok orang yang hidup lebih maju dan mewah pulak memberi inspirasi untuk kita berusaha lebih kuat untuk menaikkan taraf hidup dan memajukan diri kita..

Kalau pergi ke hotel-hotel aku suka dengan cara penyediaan makanan dan menu dia..menu dan makanan yang simple tapi boleh je kalau nak buat sendiri..gaya hiasan pun membangkitkan selera..lepas tu rasa nanti boleh apply dekat rumah..hehe..bila tengok hiasan bilik dan tandas di hotel pun rasa ada idea yang boleh digunakan..hiasan yang minimalis dan semua orang mampu tapi nampak ekslusif..cara susunan pun bagus..barang hiasan yang dieorang gunakan..dan jenis meja, coffea table, katil dan lain-lain..tu cara aku belajar dari pengalaman dan dari benda sekeliling aku..tak da benda yang mustahil dalam hidup ni..kadang-kadang benda nye tak la mahal sangat..setiap benda sekeliling kita kecik mahupun besar impak nya memang ada sesuatu yang kita boleh belajar..Tuhan tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia kan..

Masa mak dan ayah datang sini ada pergi ke kedai hiasan ni..

harga nya sangat lah murah dan barang-barang nya pun cantik-cantik..memang ayah beli dua paket key chain yang setiap satu ada 15pcs..so total ada 30 pcs..zack pun ada membeli untuk kawan-kawan dia..beli untuk adik beradik la..


ni pun cantik jugak..aku pun suka hiasan macam ni..lagi pun kesian tengok pak cik yang jual tu..dua paket tu pun die bagi diskaun lagi..Semoga rezeki pak cik lebih murah lepas ni..Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...