Saturday, 30 June 2012

Hectic..

Hdup sekarang tengah tak menentu sikit..ada banyak gak benda dan gambar yang nak di share..tapi tak de masa nak menulis dan tengah serabut sikit..Insyaallah bila keadaan dah kembali stabil boleh lah menulis semula macam biasa balik..

Thursday, 28 June 2012

Avillion Admiral Cove Port Dickson..

Last holiday aku pegi Avillion Admiral Cove..aku suka hotel ni sebab kawasan sekeliling dia cantik..dan yang paling utama sebab ada banyak kapal layar..jadi view dia lain dari hotel lain..stay dekat sini satu malam je..

Sebelum ni pernah datang sini makan-makan dengan en.bf..bawak adik-adik dan adik sepupu minum petang..datang jalan-jalan masa hantar zack balik Port Dickson..enjoy gambar-gambar view masa dah senja ye..hehe..

 trun dari counter
 
 dekat pool..keliling ni ada meja..dekat hujung sana dekat atas ada restaurant..dekat bawah pun ada..ramai la lepak-lepak minum-minum.. ni kalau dating dengan bf petang-petang syok je kan..hehe..

 kapal layar yang ada..

 lobby untuk ke kapal layar..

 lagi gambar kapal layar..



gambar atas ni masa dan makin malam..lampu pun dah pasang..

Malam-malam ada jugak ditayangkan perlawanan untuk EURO dekat Sailor Drink Shop..boleh lah kalau nak tengok bola ramai-ramai kan..

Bila tengok meja pool ni rasa nak main je..dah lama betul tak main pool atau snooker..tak de lah pandai sangat main pun..men suke-suke je..

Next holiday entah bila..ada gak rasa nak pegi holiday dengan kawan-kawan tak pun dengan family ke..last pegi holiday bawak family tahun lepas..pegi A'Famosa Melaka..tempat tinggal not bad..walaupun luar nampak teruk tapi dalam die ok..harga ok..dan dapat murah untuk ke water park kalau booking awal..kalau booking awal pun dapat tak payah beratur beli tiket..datang-datang je pegi dekat depan sekali..hehe..Insyaallah kalau dah kerja atau ada duit lebih nanti boleh bawak family pegi holiday lagi..

Wednesday, 27 June 2012

Keliru

Aku memang ada buat perniagaan kecil-kecilan..sebab rasa berminat juga berniaga..cuma sebab kerja tetap kadang-kadang agak membataskan sedikit masa dan komitmen aku..Perniagaan ni pun kecil-kecilan je..perlukan masa juga untuk jumpa dengan supplier..ambil barang..

Salah satu nya ialah produk kristal yang di tempah khas mengikut kehendak pelanggan..boleh pilih design dan warna mengikut kehendak pelanggan sebab produk ni di buat sendiri menggunakan tangan..

Dah dua kali order sejak tahun lepas..hari tu jumpa dengan k.mie dia bagi tau ada orang nak order lagi..sambutan agak menggalakkan walaupun agak perlahan..tapi ada je orang nak order..setakat ni pun pelanggan puas hati dengan produk ni..harga dan kualiti agak berpatutan..

Ni lah contoh barang-barang yang ditempah oleh pelanggan..


Ni beberapa contoh barang-barang kristal yang ditempah..banyak lagi gambar..cuma bila ada orang nak order lagi ni tak tau aku boleh manage atau tidak..sebab jauh dah lepas ni..selalunya bila barang sampai aku check condition barang dulu ok ke tak..kalau ada yang longgar sikit ke aku akan betulkan sikit-sikit..rapat kan..maklumlah buat pakai tangai..mungkin ada yang terlepas pandang..ambil gambar untuk reference lagi..Selain barang-barng ni ada jugak barang lain yang dijual..kalau ni yang baik untuk aku semoga Tuhan permudahkan urusan aku..Amin..Harap sangat dapat buat dua-dua seklai..dua-dua aku minat..

Begedil dan Sotong Goreng Tepung..

Tadi macam biasa..bangun lambat..hehe..sementara ada peluang bermalas-malasan ni guna kan peluang dengan sebaik-baik nya..hehe..wan pegi tolong masak-masak dekat surau..ada ceramah Isra' dan Mikraj malam ni..Arsyad nak keluar dengan jiran sebelah..nampak zack goreng telur dekat dapur..lepas tu nampak zack makan nasi lauk goreng telur dengan kicap..alolo sedih nye..die kata nasi banyak tapi tak de lauk..

Plan nak masak..tapi tak tau nak masak apa..rasa-rasa nak masak begedil yang tertangguh hari tu..tak lama lepas tu wan balik bawak lauk..ada gulai telur itik campur mangga..my feveret kalau campur-campur mangga ni..hehe..ada goreng sayur kobis..ada rendang daging..Jadi makan dulu lauk yang wan bawak..dah lapor..hehe..Sementara tu rebus kentang dan sempat lah remdam sotong yang ada dalam freeze..

Jadi malam ni makan begedil..rasa die sedap je..orang lain pun bagi feedback yang bagus..sedap katanya..hehe..tapi mungkin ada cara lain yang boleh di cuba..mana tau rasanya lagi sedap..

Begedil yang dah di goreng..senang je nak buat kalau ikut cara aku..hasil nya pun boleh tahan..cuma mungkin kene bentuk tebal sikit lepas ni..

Dan satu lagi hidangan untuk malam ni..

Sotong goreng tepung..rangup dan sedap..pun nak kene try and error lagi untuk dapat kan rasa yang lebih mantap..

Makan malam ini makan nasi panas dengan begedil dan sotong goreng tepung..ada sape-sape nak resepi?..hehe..
 


Wordless Wednesday..

Guess what..


Tuesday, 26 June 2012

Makan Malam saya..

Sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa..kalau cerita pasal benda yang serius mesti banyak yang akan ditulis..tapi selalunya tanpa sedar menulis dengan panjang..hehe..

Malam ni tetiba rasa nak makan meggi..maka masuk dapur bukak kabinet tengok betul-betul tinggal sepeket je lagi meggi..terus jerang air dalam kuali..nampak bawang lebih mak tak guna atas meja potong-potong masuk kan dalam kuali..masuk kan cili api dan telur..bukan peti sejuk amik dan potong-potong kobis dan tomato..finally masukkan maggi..tara..

nampak sedap kan..hihi..separuh lagi tomato yang tak di masukka makan mentah je..

maggi di makan bersama minuman feveret..susu rendah lemak Dutch Lady..:))

Beria bagi tau bahan-bahan macam lah orang lain tak tau masak maggi kan..hahaha..sekarang tengah makan cekodok pisang..makan je lah kan..tak pelah..sementara boleh makan ni makan lah..nanti dah duduk jauh makan dekat kedai je lah hari-hari..huhu..



Monday, 25 June 2012

Permohonan Sumbangan bagi Melanjutkan Pengajian (Part 2)

Mula-mula sekali aku rasa malas nak tulis pasal benda ni..tapi bila fikir-fikir balik aku rasa aku patut tulis benda ni..share dengan orang lain dekat luar sana..mungkin maklumat ni berguna dekat orang-orang yang akan sambung belajar..

Awal bulan enam hari tu masa pegi kenduri B.wan, k.mie bagi tau yang dia dah dapat duit sumbangan untuk k.tih..nak belajar memang banyak kene pakai duit kan..nak bayar yuran..bayar buku..seminar lah..masa aku submit surat kerani YB amik no fon dan kata nak call kalau YB dah sign..tapi bila k.mie pegi pejabat YB surat dah sign pun..tapi tak call pun..mungkin busy agak nya..

Jadi minggu ni aku nak settle kan hal aku..beli barang keperluan..finalize dokumen..petang tadi aku pegi pejabat YB dan kebetulan jumpa k.mie dekat situ..betul-betul kebetulan..hehe..die temankan aku pegi pejabat YB..surat dah di sign (seperti yang dijangka) dan dapat lah sedikit duit sumbangan..walaupun tak banyak tapi sangat lah membantu..

Borak-borak dengan k.mie dan k.mie lepak-lepak dekat rumah..k.mie pun bagi tau die ada dapat sumbangan dekat ada Dato' Ketua Bahagian UMNO..rumah die dekat je dengan rumah aku..malam ni k.mie hantar aku pegi rumah die dan dapatlah lagi sikit sumbangan..Khamis ni nak pegi jumpa ada dua orang ADUN kawasan..k.mie ada dapat sumbangan..

Untuk pengetahuan semua sebagai wakil rakyat mereka ni memang ada peruntukan pendidikan untuk disalurkan..cuma perlu tunjukkan surat tawaran dan copy IC..mungkin ada yang nak surat permohonan rasmi sebagai rujukan..tak kira siapa pun memang akan dapat..ni ramai yang tak tau..

Ada juga Yayasan Negeri Sembilan..tapi dia tengok gaji parents..tu selektif la sikit..cuma sekarang tinggal nak settle kan untuk Permohonan Sumbangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan hari tu yang tertangguh sebab tak de surat pengesahan dah belajar dari tempat belajar..bila aku call tempat belajar lepas dah register dah masuk baru dieorang boleh keluarkan surat..kene masuk dulu lah nampak nya..

Pada aku sumbangan mereka ni agak banyak jugak dan sangat membantu ak..Terima Kasih banyak..

K.mie bagi tau ada orang nak tempah serkup lagi..makin panjang pulak tempahan ni..sampai ada Doktor dekat Port Dickson nak tempah..tak kisah soal bayaran..Alhamdulillah..harap ada masa untuk ini semua..Amin..

related post

 

A Part of You, A Part of Me..

Every moment that we are together, I am learning something an that knowledge becomes a permanent part of me. Every thing we share and communicate become permanent part of my growth process. Though my feelings will be different a year from now, or ten years from now, part of difference is you.

Because of you, I am a different person, and the person I will grow to become, with or without you by my side will have gotten there partly because of you. If you were not in my life right now, I could not be who Iam right now. Mow would I be growing in exactly the same way.

Much of what I grow toward and change within myself, has to do with what I respond to in you, what I learn from you, what I understand about myself through you, and what I learn about my feelings in the dynamics of our relationship, I do not worry about our future together, since we have already touched each another and affected each other's lives on so many levels that we can never be totally removed from each other's thoughts.

A part of me will always be you, and part of you will always be me, that much a certain, no matter what else happens.

Larry S. Chengges


 tHANK eN. bF sEBAB bARANG yANG pALING dISAYANGI sEBAGAI hADIAH



Sunday, 24 June 2012

i really need this..

Sangat perlukan khidmat tali skipping kesayangan ni untuk membakar lemak-lemak berlebihan..huhu..dengan harga seringgit lebih sahaja memang sangat berbaloi kalau nak kurus..hehe..nak membentuk semula potongan badan..

Kuatkan semangat..start disiplin skipping balik..jaga makan..kuarngkan makan nasi..lebihkan sayur dan buah-buahan..dan nk start puasa isnin khamis..


All the best..:))

Kucing..

Aku memang lah bukan percinta kucing..jadi kepada percinta kucing maaf la ye..mungkin apa yang aku citer ni pada korang perkara biasa..tapi tak pada aku..mungkin korang dah biasa dengan situasi ini..

Dekat rumah aku ada je kucing..ada dua ekor kucing..tapi dah tua..dah tua pun tetap comel..hehe..kalau dah mengiau-ngiau nak makan tu aku tuang jugak la makanan kering dia atas lantai..kucing ni memang makan makanan kering tu je..kucing dekat rumah ni memang tak makan makanan mentah-mentah..rendam ikan nak makan pun selamat je..biasa berak dekat luar..atau kadang-kadang dekat tandas..memang aku panggil la pencinta-pencinta dekat rumah ni buang..kalau kencing ok lagi..siram je..

Tapi ramai jugak la ahli keluarga aku yang memang suka sangat beli kucing..elok memang la elok..tapi menjadikan aku agak tak selesa bila ada dekat rumah masing-masing..mungkin jugak faktor keadaan rumah..rumah ak ada halaman..berbanding rumah teres dan apartment..

Dekat rumah M.cik ada enam ekor kucing..ada seekor memang duduk dekat dalam rumah full time..lima ekor lagi dekat dalam sangkar dekat luar..yang dekat dalam rumah tu kucing die memang jiwa kacau sikit..kalau silap sikit memang boleh tercedera..hanya baik dengan m.cik sahaja..aku memang tak pandai main dengan kucing..huhu..pernah lah kene cakar..sebab kan orang dekat rumah tu dah biasa mungkin tak berapa kisah..tapi pada aku yang tak biasa bila keluar masuk je rumah memang bau kucing..bulu kucing tak payah cakap la..memang banyak di merata tempat..kucing die pun suke membuang dekat tandas..kadang masuk-masuk je tengok selonggok..huhu..pernah terserempak kucing m.cik terkencing dalam sinki dekat dapur..even atok dengan en.bf pun cakap tak berapa selesa kalau datang..mungkin yang duduk dekat rumah tu hidung nya dah imune kot..kalau aku kayuh basikal pagi-pagi tu dekat sebelah sangkar bau die lagi kuat la..sabar je lah..huhu..dapat pulak sekor ni suka nak main dengan orang.masuk je dalam rumah melompat-lompat dekat orang nak main..selalu buat aku terkejut..huhu..bila dah duduk dekat-dekat tu menghidu-hidu lepas tu menjilat-jilat orang..memang aku angkat letak jauh la..tapi jap je dah datang balik melompat-lompat..ada kucing yang memang suka duduk atas meja makan..dan makan atas meja makan..

Kalau dekat rumah kakak sepupu pun lebih kurang la..dekat ruang tamu memang ada meja letak tv dan tv je..dekat rumah dia kucing bulu panjang..jenis-jenis kucing mahal tu..bulu die yang gugur tak payah cakap la..langsir pun selalu kene kencing.. dekat hall memang tak boleh letak barang..nanti kene kencing..kalau datang rumah dia pun pintu bilik memang sentiasa kene tutup..sampai-sampai je kene letak bag cepat-cepat dalam bilik..kalau tak kene kencing..satu bilik dekat rumah die memang untuk letak meja..makanan..lagi duduk apartment..tak boleh gi mana-mana la..

Sorang lagi abang sepupu..pun banyak kucing gak..periuk nasi sampai rosak..kucing die kencing dalam tu..adeh..pun duduk apatrment..barang-barang pun selalu kene kencing..

Dieorang ni kalau pegi mana-mana memang tak boleh lama-lama..nanti kuncing tinggal lama-lama tak terurus..dah banyak jugak spend duit hantar kucing g cucuk la..mcm m.cik cuma ada sorang anak..dah form 5..mungkin ada enam ekor kucing tu lagi meriah..kakak sepupu tak kahwen lagi...duk rumah sorang-sorang..abang sepupu lak baru je kahwen..

salah seekor kucing dekat rumah..gemuk..hehe..

Nasib baik lah aku dan en.bf memang bukan percinta kucing..kalau die percinta kucing haru gak aku..hehe..tapi die bukan setakat bukan percinta kucing..takut kucing ada la..hahaha..
 
Maaf ya percinta kucing..walaupun dekat rumah ni ada dua ekor kucing..tapi aku memang tak selesa duduk dengan kucing..




Friday, 22 June 2012

Nyata dan Maya..

Masa carik lirik lagu yang ada keluar dekat tv terjumpa lirik lagu ni..tak pernah dengar lagu ni rasanya..tapi bila baca lirik die menarik jugak..internet plak slow giler..internet dah ok nanti nak search la lagu ni dengar..

Tajuk Lirik/Lagu: Nyata Dan Maya
Artis: Search

Ku lihat indah hari depanmu
Mentari sentiasa menerangi
Bumi indah di telapak kakimu
Kan terbentang menjadi, Oh milikmu

Cekallah sayang
Dalam menempuhi dunia ini saban hari
Adakalanya mendung jua kunjung
Bersabarlah…

Ku kan selalu denganmu, kasih
Dalam jasadku yang nyata atau maya
Kerana ku terlalu mengendah
Suka dukamu setiap ketika
Ku kan selalu denganmu, kasih
Dalam kau bertatih atau kau berlari
Andai kau jatuh ku bantu bangun semula
Ku tahu kau pastikan bersinar
Bagai sebutir bintang gemerlapan
Keyakinan kau bukannya kosong
Lahir dari hati yang kenalimu

Ku kan selalu denganmu, kasih
Dalam kau bertatih atau kau berlari
Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula
Dalam kau bertatih atau berlari (Oh sayang…)
Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula…

Thursday, 21 June 2012

Forum Remaja..

Hari ni kene bangun awal..5.30 pagi lagi M.Long dah ketuk pintu bilik..siap-siap turun bawah sarapan sekeping roti dan dalam pukul tujuh dah bergerak ke sekolah amer untuk hantar die ke sekolah..lepas tu amik mak dan zack bergerak ke Sek.Men. Pasir Panjang Port Dickson untuk Pertandingan Forum peringkat Negeri Sembilan..

Sekolah amer dapat giliran ke lima dari lapan kumpulan..lama jugak la menunggu sebab satu kumpulan akan persembahkan forum mereka lebih kurang setengah jam..termasuk soalan spontan berdasarkan tajuk forum masing-masing..

Secara keseluruhannya persembahan sekolah pertandingan biasa-biasa ja..mungkin sebab aku dah lama tak pegi sekolah..agak bosan jugak lah..makin lama pun perut agak lapar..huhu..dah habis lapan kumpulan pukul 1 ptg kene tunggu wakil pengarah untuk rasmikan majlis..ada ucapan pengetua dan wakil pengarah..lama jugak berucap..tambah dengan microfon tak berapa ok..suara tak jelas..lagi lah aku bosan..dah duduk dari pukul 9 sampai pukul 2 + ucapan + lapar..sabar je lah..

Lepas ucapan perasmian masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah..Pasukan dari sekolah amer diumumkan sebagai Johar pertandingan..seterusnya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan nanti..

pasukan sekolah amer buat persembahan..amer yang paling sihat sekali..hehe..

Pemenang pertandingan..Tempat ketiga- Sekolah Tuanku Kursiah, Kedua-Sek. Men. Keb. Batu Kikir
dan Johan Sek. Men. Keb. Seri Pagi..Lebih manis amer dinobatkan sebagai pengerusi terbaik dan wakil sekolah mereka juga dipilih sebagai ahli panel terbaik..sapu bersih nampak..hehe..

Semua penyokong Sek.Men Keb. Seri Pagi..bawak satu bas penyokong..hehe..pak cik sponsor bas untuk bawak penyokong dari sekolah amer..termasuk cikgu..semua naik bas..pasukan dengan penyokong paling ramai..hehe..nasib baik menang..pegi peringkat kebangsaan nanti sponsor bawak penyokong satu bas lagi ke?..hehe..dengar nya peringkat kebangsaan nanti akan diadakan di Terengganu..

Family yang datang satu kereta bagi sokongan..hehe..Mak dan ayah yang berbangga dengan pencapaian anak mereka..

Balik tu P.Long belanja makan dekat Nasi Ayam Gemas..boleh tahan la rasa dia..tapi Nasi Ayam Mustafa dekat Gemas lagi sedap pada aku..aku dengan zack beli kek ais krim..sedap..Esok malam P.Long nak belanja makan ikan bakar sempena meraikan kejayaan amer..semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti..amin..



Wednesday, 20 June 2012

Wordless Wednesday..


Tuesday, 19 June 2012

Ulam-ulaman..

Salah satu makanan yang aku suka ialah ulam..cuma susah sikit nak dapatkan ulam..sebab kalau nak simpan lama-lama nanti cepat rosak pulak..nak makan nya sikit-sikit je kan..bukan macam goreng sayur..masak sekali banyak..kalau makan petai tu sekali makan ada lah empat lima biji.lain lah kalau sambal tumis petai..sepapan dua petai habis..

Kalau makan nasi campur dekat luar pun aku suka ambil ulam..kadang-kadang aku lagi suka ambil ulam berbanding sayur goreng sebab pada aku ulam-ulam tu lebih segar dari sayur yang dimasak..lebih berkhasiat..nasib baik lah aku memang suka makan dan pada aku rasa ulam-ulam ni sedap je..tak de lah teruk..lebih teruja nak makan bila fikirkan khasiat die..

Antara ulam yang aku suka 

Petai elok untuk bersihkan kencing..kalau makan dekat luar aku takdelah amik petai buat ulam..kalau dekat rumah ok lah sebab bau die kuat..


 Aku memang suka makan tomato..kalau makan mentah dengan nasi memang sedap je..kadang-kadang tu aku buat telur dadar pun potong tomato dadu masukan dalam telur dadar tu..dan aku suka sangat campur tomato dalam lauk yang aku masak..goreng sardin..asam pedas..masak berlada..tengok tomato ni pun mengingatkan aku pada air asam..pergh sedap giler..



Daun pegaga pun sedap..pernah aku blend dan minum jus pegaga tiap-tiap pagi..:))




Kalau kacang botol ni memang aku pilih yang muda-muda la..lembut sikit..yang tua keras..dulu ada tanam kacang botol tapi sekarang dah tak de..sedap gak campur dalam goreng sardin..goreng kacang botol campur telur ke..meleleh air liur..huhu..




Kacang ni pun sedap kalau sekali sekala ulam..lagi-lagi cicah dengan sambal belacan ke..alolo sedapnye..




Daun ni paling banyak dan senang dapat kalau masa belajar dulu..dekat cafe sentiasa ada..tak tau namanya..tadi masa cari gambar baru tau nama nya daun cyelon..tak tau la betul ke tak..hehe..




Ulam raja yang syok..lagi gambar siap ada sambal..menggoda betul..gambar ni pun mengingatkan aku dekat kedai bawal goreng masa blaja dulu..dulu suka pegi makan dekat ada kedai ni..ada set bawal goreng..dalam set tu ada bawal goreng sekor + ulam dengan kuah kicap lada dan sambal + kuah kari..kuah kari memang aku tak sentuh pun selalunya..lepas tu order sup campur makan dengan nasi panas..memang best la..teringat sen..dulu selalu pegi makan dengan dia..hehe..

 Kebanyakan ulam ni memang sedap makan dengan nasi panas-panas dan cicah sambal..selain tu aku suka gak peria..tapi tak pernah ulam peria lagi lak..hehe..kalau masak lemak..goreng ke..memang aku suke..sampai masa kerja dekat TI dulu ada budak tegur aku suka amik lauk peria goreng campur telur..hehe..

Sekarang ni berjinak-jinak makan halia..kalau dulu kalau jumpa halia dalam lauk terutamanya masak sup selalu letak halia kan memang kutip letak tepi..tapi kalau sekang ni nampak halia potong-potong excited je nak makan..kalau dulu nak masak makanan yang ada letak halia memang tumbuk lumat-lumat tak nak bagi tergigit..nanti tengah makan sedap-sedap tergigit halia terus potong selera..macam tergigit kayu manis bunga lawang ke..sekarang tak lagi..

Tulis entri pasal makanan ni memang buat ak lapar..terbayang makanan sedap-sedap..tetiba gak rasa rindu nak masak..dah lama tak masak..













 

Monday, 18 June 2012

Batu Karang..

Dari minggu lepas memang duduk rumah P.Long..tak pelah..sementara cuti lama ni boleh lah duduk rumah dia lama sikit..nanti kalau da start belajar tak dapat dah nak duduk dekat rumah dia lama-lama..dapat jugak la rasa makanan yang M.long masak sedap-sedap tiap-tiap hari..

Cuma sejak dua menjak ni kesihatan M.Long kurang baik..M.Long kene gastrik yang teruk dan disyaki ada batu karang..dengan ada nya dua penyakit ni lagi la teruk..mungkin ubat untuk penyakit batu karang tu tak sesuai dengan gastrik..M.Long mudah mengantuk, muntah-muntah, dan pening kepala..Disebabkan M.Long tak suka pegi hospital lagi la teruk pada aku..kalau sakit selalu pegi klinik je..ambil ubat..bila da ok sikit die tak buat pemeriksaan lanjut pun..Lagi pun banyak sangat ubat yang dia makan..antibiotik la tapi tak tahu penyakit die dengan detail..

Jadi aku pun tertarik untuk tau penyakit ni dengan lebih mendalam supaya boleh share maklumat ni dengan kenalan yang ada penyakit ni dan paling penting elak kan diri dari dapat penyakit ni..

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.
(M.Long kata dia ada rasa sakit bila nak buang air besar dekat kawasan pinggang)
Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).
(M.long selalu kene kencing kotor dan pernah buat minor operation sebab jangkitan kuman tak silap..selalu kene kencing kotor sebab habit die yang tak suke minum air kosong) 

Cara Atasi penyakit Batu Karang


ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:


  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

  • Jom sama-sama amalkan hidup sihat..ber sederhana dalam pengambilan makanan..banyak kan bersenam..kepada M.Long semoga cepat sembuh..kene jaga makan untuk penyakit gastrik jugak..lagi-lagi nak puasa ni..Pada pendapat aku jugak..kalau perempuan lepas bersalin..amalan berpantang tu sangat lah penting..memang lah banyak benda yang tak boleh di makan..dan banyak yang benda boleh di makan tu benda-benda tak sedap..tapi amalakn dan makanan yang tak sedap tu lah yang baik untuk tubuh badan kita..biar la bersusah dulu tapi dah tua nanti tak sakit macam-macam..kalau nak sakit memang la tak boleh nak elak..sekurang-kurangnya kita usaha untuk elak kan penyakit tu..


    Sunday, 17 June 2012

    Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan..

    Semalam dating the whole day dengan en.bf..Pegi beli seliper..mungkin die kesian sebab aku xde seliper da..minggu depan dah berjauhan..huhu..

    lepas pg beli seliper pg beli pencuci muka..banyak betul jerawat naik sekarang..huhu..then pg makan tengah hari..plan nak tengok wayang..en. bf ajak tengok snow white tapi tiket available pukul 7 malam..lama lagi nak tunggu..lepas tu pg basuh kereta dia..and lastly gerak balik kl..

    Sebelum balik makan malam dekat William Corner..masa dalam kereta sempat ambil gambar dari hp en.bf..gambar masa dekat Avillion..masa nak balik en.bf nak send email pasal keja die..dieorang kata dekat cafe ada internet connection..mula-mula pegi dekat Trader's Restaurant connection low..then pegi Sailor Drink Shop pulak..send pakai broadband aku asyik fail je..tu kene cari lain..rupe-rupenye memang tak bole send guna microsoft office..So send guna yahoo mail je la..

    Dekat pintu utama ada banyak kereta mewah parking..tak tau la siapa yang punya kereta-kereta mewah ni..kalau lah dapat sebijik..tak pun dapat drive pun best gak kot..hehe..




    Tapi kalau dapat pun macam tak sanggup je..dah la roadtax mahal..minyak mahal..maintenance mahal..no no no..

    Thursday, 14 June 2012

    Hurmmm...

    Pagi ni bangun-bangun je turun bawah minum air..lepas tu exercise dengan basikal dalam 50 minit..lepas exercise sarapan lempeng kelapa dan santan durian..makan dua keping roti dengan santan durian..naik atas ingat nak mandi..tapi bukak laptop dulu..bukak fesbuk, email, twitter, ngan blog..

    Dah tu teringat contest ada masuk semalam..pasal The Sterling Hotel dekat Melaka..ingat nak buat entri pasal Melaka..rindu betul nak pegi Melaka..baru taip sikit tetiba rasa nak buat entri pasal Avillion Admiral Cove Port Dickson..Baru pegi last month tak silap..dan ada banyak gambar dekat Avillion Admiral Cove..

    Tapi entri tu pun tak habis taip lagi..save as draft je..citer mana yang best ye..hurm..

    Happy

    Malam ni memang banyak berita gembira dari kawan-kawan semenjak dua menjak ni..bila dengar berita gembira ni aku pun turut tumpang gembira dan bahagia..Lebih membahagiakan sebab berita ni dari kawan-kawan yang bermakna dalam hidup aku..kawan-kawan yang ada di saat aku memerlukan sokongan..

    1) Company en.bf dapat projek baru..boleh belajar lebih banyak lepas ni..kontrak dua tahun..selalu lah die berulang-alik ke Sabah nanti tak silap..sedih gak sebab selalu jauh-jauh nanti..huhu..

    2) Kontrak Sen di sambung lagi enam bulan..walaupun environment keje tak berapa best tapi pada aku berbaloi untuk masa depan kerjaya dia..banyak yang die boleh belajar..management and technical pada masa yang sama..berbaloi pada aku..walaupun rumah sewa dan ada masalah lain dekat ofis..kerja memang mencabar..tapi aku tau dia mampu harungi..sekarang tengah cari rumah sewa baru..

    3) Malam ni chat dengan Hendry dekat fesbuk..minggu depan dia start keje da..Alhamdulillah lepas cuti dekat 5 bulan..terima kasih jugak sebab banyak bagi semangat, sokongan dan dorongan dekat aku..sangat tak berkira..semoga lebih murah rezeki lepas ni..nak beli motor baru..motor ko motor aku gak kan..hehe..die ni yang ajar aku bawak superbike..lenjan motor dia la..hehe..dari tak pernah bawak motor ad clutch terus bawak superbike..terbaik la..hehe..orang nya pun humble je..

    4) My future senior pun dah dapat kerja..baru grad hari tu..

    Weekend ni nak lepak-lepak dengan Sen..lepas ni takut susah nak jumpa..kepada kwan-kawan dekat atas semoga lebih murah rezeki..kerjaya lebih mantap dan dipermudahkan semua urusan..

    Motor yang aku pernah bawak dan bakal dijual..owner nak beli motor baru..hehe..bole try motor baru lepas ni..:))




    Makan..makan..makan

    Banyak nye makan hari ni..ini lah untung nya mak surirumah dan rajin memasak..hehe..Sebelum tu entry ni tak da gambar..sebab kamera tinggal dekat rumah..huhu..

    Semalam M.Long buat kek coklat yang sedap..

    Menu Hari ni 

    Breakfast; lempeng kelapa..

    Lunch; Laksa

    Minum Petang; Santan durian dan roti

    Malam; Nasi goreng..

    makin gemuk la jawab nye..:))

    Wednesday, 13 June 2012

    List..

    Masa nya semakin hampir..banyak barang yang bila ak discuss dengan en.bf untuk Julai nanti kene ada..kene beli..jadi boleh lah nyanyi lagu background apprentice..hehe..Money..money..money..hehe..Barulah rasa sendiri betapa peritnya nak belajar guna duit sendiri..huhu..belanja mahal wooo..huhu..patut la sepupu yang masuk UiTM dapat duit pendahuluan 1.5k pun x cukup..bukan setakat kene bayar duit yuran je..nak beli barang..belanja nak pegi tempat belajar tu lagi..minyak..makan..setiap sen adalah sangat berharga..:))

    Kelmarin ada call KWSP..dan dieorang kata boleh guna duit EPF untuk sambung belajar..lega sikit dengar..nasib baik ada EPF yang tak seberapa tu..huhu..bila dieorang tanya nak aku bayar sendiri atau dieoranng bayar tanpa fikir terus laju je cakap nak dieorang je bayarkan terus..hehe..aku ni dah lah ada duit pendaftaran, duit yuran yang riban-riban..sampingan-sampingan lagi..harap-harap dapat la scholar tu..dan harap dapat scholar dengan wang sara diri..dan selalu tanya en.bf macam mana nak manage duit..die dah biasa hidup sendiri..

    Kalau nak apply KWSP perlu kan doc;

    1. Surat tawaran rasmi sambung belajar
    2. Fotostat IC
    3. Surat Pengesahan belajar dari tempat belajar
    4. Penyata yuran dari tempat belajar
    Untuk duit sumbangan dari MB hari tu yang pasal dapat surat doc tak lengkap tu bila aku call tempat belajar nanti dieorang kata lepas dah daftar, dah bayar yuran pendaftaran, dah masuk dah dapat resit, resit tu lah bukti pengesahan kita dah belajar..jadi dah masuk nanti baru boleh submit balik..

    Untuk belajar nanti ada module..en.bf kata nak save fotostat je module tu..sebab bahan dari lecturer..kalau boleh download lagi bagus..atau boleh mintak dari senior..benda-benda lain kene settle kan lagi;

    1. Lesen mati 16hb Jun ni..- kene hidupkan dulu
    2. Roadtax motor mati bulan depan..walaupun roadtax rm2 tapi insurans mahal..amik 3rd party je lah lepas ni..letak dekat Putra Height lama-lama tak hilang pun..stand je yang hilang..huhu..kene gi hantar dekat bengkel gak..
    3. Baju untuk daftar..-balik rumah nanti nak check detail la..
    4. Baju pegi kelas..-dah confirmkan dengan ex-student pegi kelas boleh pakai shirt n jeans je..workshop pakai ppe..
    5. Seliper..seliper yang pakai dekat dua tahun dah rosak..-kene beli baru..
    6. Kasut sukan..biasa belajar perlu..lagi-lagi kalau orientasi..mana la tau kan..- bagi tau en.bf semalam dia ingatkan aku ada kasut yang beli beberapa tahun lepas tapi tak pakai..balik rumah nanti kene cari..
    7. Pencuci muka yang last beli tahun lepas pun dah habis..huhu..-kene beli baru..
    8. Barang-barang penjagaan diri..- macam sabun, shampoo..dll
    9. Makanan..-diet..baru senang nak kurus..hehe..
    Setakat ni yang ni je lah yang aku fikir.. mungkin dah masuk nanti ada perubahan..dan tunggu scholar..

    Baru lah tau macam mana rasa mak ayah yang usaha carik duit untuk sekolah kan anak-anak..walaupun macam-macam kemudahan tapi kadang-kadang tu tak cukup lagi..kalau dulu nak apa dapat dengan sangat mudah..malah bermewah-mewah lagi..patut lah besar sungguh harapan mak ayah dekat anak-anak nak anak berjaya..Terima Kasih Tuhan sebab bagi pengajaran dekat..memang banyak sangat pengajaran yang aku dapat setahun dua ni..

    Terima kasih keluarga yang sentiasa beri sokongan dan sentiasa risau kan aku..Insyaallah semua tu jadi penguat semangat untuk aku lebih berjaya..Untuk en.bf pun terima kasih sentiasa ada dengan aku dan memberi sokongan waktu susah dan senang aku..Semoga aku menjadi insan yang lebih berjaya lepas ni..Amin..

    Monday, 11 June 2012

    Teh Hijau aka Green Tea

    Setiap kali nak tulis pasal teh hijau asyik la melencong tertulis pasal citer len..hehe..dari nak tulis citer teh hijau melencong tulis citer pasal kesihatan la..melencong tulis citer pasal susu la..

    Aku memang suka minum teh hijau..walau pun rasa die tak de lah sedap sangat..selain tu aku suka minum teh o tak pun teh o limau suam..teh susu memang aku tak minum kecuali kalau terpaksa..kalau ada kedai yang sediakan teh hijau ni memang aku order..macam dekat food court Pavillion..aku pernah minum air lemon campur madu pun sedap gak..hehe..

    Mungkin ramai tak suka sebab rasa die tak best la..rasa macam kelat sikit kan..pada aku ok je..Alhamdulillah aku ok je makan semua benda..lagi-lagi kalau benda tu berkhasiat macam peria..kadang-kadang tu kalau benda-benda rare tu aku lagi suka..hehe..barulah ada variety dalam makanan..hehe..nasib la en.bf..banyak benda yang aku suka dia tak biasa makan..hehe..

    Balik pada citer teh hijau yang aku tau memang elok untuk diet..lagi-lagi minum lepas makan..ini kelebihan teh hijau yang aku kongsi aku ambil dari sini

    1. Mampu melindungi payudara daripada serangan kanser. Kandungan polifenol (salah satu antioksida) yang banyak di dalam teh ini dikatakan dapat meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser.
    2. Menggalakkan pembakaran lemak. Bagus diamalkan untuk mereka yang ingin lansing dan menguruskan badan.
    3. Menurunkan aras kolesterol dalam badan.
    4. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
    5. Membantu mengawal paras gula darah (kurangkan gula dalam teh hijau anda, atau gantikan dengan gula stevia).
    6. Mengawal tekanan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II.

    dan juga dari sini 



    Ni teh hijau yang aku minum..kadang-kadang beli dapat free gift botol air..banyak jugak la koleksi botol air yang dah ada dekat rumah ni..hihi..selalu ayah beli dekat Jusco Seremban 2.
    Teh hijau yang dah tunggu nak minum je ni..lepas makan nasi lauk masak lemak daging campur kentang ngn telur dadar letak tomato haruslah minum teh hijau..hehe..petang tadi plan nak buat begedil..duk usha-usha resipi dekat internet..tapi tak jadi lak..lauk banyak lagi..pape pun Jom amalkan minum teh hijau..:))

    Sunday, 10 June 2012

    Masak Lemak Cili Api..

    Feveret lauk ever..masak lemak cili api..tak kisah lah masak lemak cili api daging, ayam atau ikan..so orang nogori kan..hehe..lepas ni rindu la nak makan masak lemak cili api yang terbaek..huhu..

    masak lemak daging campur kentang
    Yummy..tak sabar nak makan banyak-banyak..hehe..masak lemak mak memang yang terbaek..selain masak lemak m.long, wan dan zack..aku pandai masak lemak tak?..besa tolong-tolong je..tak pernah cuba buat sendiri sorang-sorang lagi..mak, wan ngan m.long memang chief terbaek..

    Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu ft Rossa

    Tengah baca paper online sambil dengar Era tetiba dengar lagu ni..menyentuh hati la pulak..


    Tuhan memberikanku cinta
    Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
    Dia anugerahkanku kasih
    Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

    Atas restu Allah ku ingin milikimu
    Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
    Restu Allah ku mencintai dirimu
    Ku pinang kau dengan Bismillah

    Hampa terasa bila ku tanpamu
    Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
    Hanya dirimu satu yang aku inginkan
    Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

    Atas restu Allah ku ingin milikimu
    Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
    Restu Allah ku mencintai dirimu
    Ku pinang kau dengan Bismillah
     
    Atas restu Allah ku ingin milikimu
    Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
    Restu Allah ku mencintai dirimu
    Ku pinang kau dengan Bismillah

    Elok pulak terlayan perasaan sorang-sorang..hehe..tapi masa dengar Adira dengan Syahir nyanyi dekat Mania dulu macam tak sedap je..dengar Ungu dengan Rossa nyanyi sedap la pulak..

    Caroline Juara Mentor 6

    Tahniah Caroline dan Ella untuk jadi juara Mentor 6..rasanya dieorang berdua memang layak untuk menang..dua-dua sangat humble..

    Diharap lepas ni kerjaya Caroline terus bersinar..jangan lah jadi macam juara yang lepas menang sendu je..tak pun guna kan duit yang dapat tu dengan sebaik-baiknya macam bukak perniagaan ke..

    Ella dan Caroline

    Pada aku juara mentor paling berjaya ialah Black Mentor 3..Selain mempunyai suara yang bagus dan unik..nyanyi lagu apa pun sedap je dengan tak kira lagu genre apa pun..Black pun pada aku mempunyai keperibadian yang tinggi..humble dan bersederhana..ni dari apa yang aku kenal dia sebagai artis..kalau yang tersembunyi tu tak tau lah kan..Semoga lebih berjaya dan murah rezeki..amin..

    Setiap kali persembahan Black aku memang suka tengok..

    Susu..

    Kalau tanya aku air yang paling aku paling aku suka ialah air yang berasaskan susu..tak kisah lah apa makanan berasaskan susu memang aku suka..dari susu segar perisa original, perisa coklat, susu tepung, air yogurt, yogurt, nestum dan lain-lain..

    Kalau susu segar aku memang suka perisa original..perisa strawberry dan coklat aku tak berapa sangat..tapi kalau ada layan je..hehe..kalau pegi makan dekat luar pun kadang-kadang aku suka order susu..

    meleleh air liur tengok..huhu..
    Kalau air yogurt pulak aku suka suka perisa mangga dan oren..atau perisa campuran mangga dan oren..masa bulan puasa siap beli botol kecik banyak-banyak untuk buka puasa..hehe..

    perisa mangga dan oren pujaan hati..
    Jom check khasiat susu..ini dari apa yang aku tau..nak baca lebih boleh tengok sini

    Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protein dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (daily recommended intake) (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):
    • Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
    • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
    • Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
    • Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
    • Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
    • Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
    • Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
    • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
    • Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

    Susu memang banyak khasiat terutama untuk tulang dan gigi..tulang kita memang memerlukan kalsium untuk kekal kuat..kalau tak lebih senang mereput..khasiat susu ni memang tak dapat di sangkal lagi..even baby pun memang memerlukan susu untuk membesar dengan sihat..kalau sakit kronik tak mampu makan pun doktor akan salurkan susu mengikut tiub..Jadi jom amalkan minum susu untuk kesihatan bersama..tapi jangan la suka minum susu manis banyak-banyak lak..kencing manis pulak nanti..hehe..

    Bosan dan rindu..

    Masa mula-mula cuti hari tu balik rumah Jo ada dekat rumah..selain ayah, mak dan wan..tak lama lepas tu zack pulak balik cuti sem..bertambah meriah.. cuti sekolah dua minggu akim balik..lepas tu atok pun ada balik..luqman setiap weekend balik..nis jarang..

    Hari atok balik sini Jo daftar dekat matrik..tapi weekend tu dia balik..matrik die pun tak jauh..dekat je dengan rumah..cuma da start blaja sibuk la sikit..even weekend pun tak selalu dapat balik..

    Pertengahan minggu ke dua cuti sekolah atok da balik..hari ni pulak akim dah balik johor..huhu..semalam sempat hantar dia pegi beli kalkulator baru dengan beli stock makanan die..

    Nasib baik lah zack balik lepas seminggu bulan julai nanti..tapi esok kene g rumah m.long balik..sebelum tu nak pegi kwsp dan tanya pasal insurans..beria kata nak call..tak call pun..bila nak suruh orang masuk suruh orang bayar laju je..tak bayar laju je bagi surat amaran la..bila nak stop ngn nak amik duit balik kene tunggu officer la..terhegeh-hegeh pulak ko buat keje..





    Saturday, 9 June 2012

    Hati yang dilukai

    Tak sabar nak mulakan hidup baru..Semakin serabut dan banyak masalah..



    Semalam pegi kenduri dekat Shah Alam..tapi tak da gambar sebab kamera tertinggal dalam kereta..Sebab pegi kenduri tak dapat tengok Miss Ahjumma..kene tunggu Isnin nak tengok ulangan:(

    Thursday, 7 June 2012

    Kesihatan diri..

    Aku memang suke minum benda-benda panas..atau dalam erti kata lain memang tak minum ais pun sejak habis sekolah dulu..alhamdulillah..berjaya mengubah tabiat makan sebab banyak sangat keburukan yang aku dengar pasal ais..selain tu aku pun suka minum jus..

    Aku pun tak suka makan dalam kuantiti yang banyak kecuali bila dah terambil makanan tu banyak atau beli makanan yang diorder dekat luar sama ada bungkus atau makan dekat situ..kalau order nasi separuh pun degil..bagi banyak jugak..tak pun ad kedai yang siap kata tak boleh order nasi separuh..jadi makan la dengan banyak nya..kalau tak habis membazir..huhu..sejak lepas sekolah memang banyak makan dekat luar..jadi banyak jugak la makan..dan badan pun makin sihat..huhu..

    Sekarang ada dekat rumah m.long..kesian dia sebab sakit hari ni..baring je..kalau nak apa-apa call atau sms amir dekat bawah..sejak minggu lepas die mengadu sakit perut..hari selasa malam sakit perut sangat sampai kene pegi hospital malam-malam..dan sepatutnya kena tahan ward tapi die tak nak..p.long pun tak de pegi kursus..senak sangat katanya dan buang air berdarah..

    Pada pendapat aku M.long kurang menjaga kesihatan..antara tabiat buruk dia selalu skip makan..even makan dekat rumah ni teratur dan die suka masak tapi dia sendiri tak makan..jadi perut masuk angin dan asid dalam perut memburuk kan lagi keadaan sebab tak de benda nak diproses..selain tu m.long tak suka minum air kosong..suka minum benda manis..banyak sangat makan ubat..ubat kurus la..dan macam-macam ubatan lagi..tak suka minum susu..dan die cakap masa lepas bersalin dulu memang die tak suke berpantang..mungkin effect die sekarang ni la..dia pun tak suka pegi hospital..kalau sakit makan ubat dekat farmasi dan pegi klinik je..

    Pada aku mencegah lebih baik dari mengubati..Alhadulillah aku tak banyak masalah kesihatan lagi..harap sentiasa sihat la..aku rasa semua orang tau amalan yang baik untuk kesihatan cuma malas nak amalkan..aku pun bukan lah pakar kesihatan tapi apa yang boleh dikongsi:

    1) Bangun je minum air kosong..elok untuk penghadaman dan mengelakkan penyakit..

    2) Sentiasa besederhana dalam perasa makanan..maksud aku perasa ni macam manis, masin, masam, pedas..aku suka benda masam..huhu..

    3) Selalu minum air kosong..ni memang banyak kelebihan..bagus untuk penghadaman, singkirkan toksik dalam dalam badan dll..

    4) Jangan skip sarapan..maksud nya jangan biarkan perut kosong lama-lama..nanti banyak asid..macam aku suka minum susu dan nestum..

    5) Banyak kan makan sayur dan buah..kalau ada ulam aku suka makan ulam..

    6) Amalkan senaman..senaman memang elok untuk diamalkan..bagus untuk buang toksik bila berpeluh, lancarkan pengedaran darah, bagus untuk jantung dll..

    7) Kalau sakit cepat-cepat jumpa doktor supaya boleh dapatkan rawatan segera..kalau bole bila sakit cuba lawan untuk kuatkan antibodi badan..contohnya bila demam banyakan minum air supaya haba dalam badan keluar..buat keje supaya keluarkan peluh daripada tidur je..kalau larat lagi la..hihi..

    Kalau nak info lebih boleh google..Aku pun suka minum teh hijau selepas makan malam..Macam aku cakap tadi..aku bukan lah pakar kesihatan..kurus sangat pun tak..aku pun cuba untuk amalkan cara hidup yang sihat..Alhandulillah setakat ni masih ada kesihatan yang baik..



    Wednesday, 6 June 2012

    Wordless Wednesday..


    Rindu nak kesana lagi..

    Penat..

    Tak baik mengeluh..tapi penat sekarang..banyak sangat benda nak buat sampai hal diri sendiri pun tak terurus..hujung bulan ni dah nak pegi Terengganu..

    Sekarang tengah tunggu m.long amik nak pegi rumah die..dari hari Isnin berjanji nak datang tak datang-datang lagi..delay sebab atok ada..dekat rumah tinggal empat orang je jadi kalau atok nak pegi mana-mana aku la bawak kan..hari ni atok dah balik kampung balik..semoga selamat sampai..:))

    M.Long tak berapa sihat..lagi pun kesian pulak dengan amir bila die mintak tolong ajar..sambil-sambil tu dapat jugak aku buat revision..tadi mak dah bising suruh pegi S.Alam jumaat malam ni..tengok lah macam mana..

    Semalam tido lambat..tolong ta buat keje sekolah..punya lah 2 minggu cuti die rilek je x buat pape dari minggu lepas..aku tanya ade sekolah ke tak die rilek je..tinggal berape hari lagi nak balik johor baru malam tadi kata ada kerja..ada dua folio kene buat..malam tadi gak aku suruh die buat sebelum tido..buat sebanyak yang bole guna laptop aku sebab kene search internet sume..last-last aku biarkan die buat..aku tido dulu sebab kene bangun awal hari ni..nak hantar atok balik, hantar barang wafi dekat matrik dan g s'ban..

    All the best untuk diri sendiri..hehe..

    Tuesday, 5 June 2012

    Hari yang sibuk..

    Hari ni boleh kata hari yang sibuk bagi aku..start dari bangun tidur sampai lah petang ni memang ada je keje yang perlu dibuat..siapa kata jadi suri rumah senang..kerja nya tak pernah habis..tapi kalau perempuan yang bekerja dan tak de pembantu rumah lagi lah aku respect..kerja dua kali ganda..mungkin jugak sebab ini lah ramai perempuan yang bekerjaya ramai jadi isteri dan ibu yang gagal..ada beberapa contoh terdekat yang anak dah besar pun tapi masak tak sedap..rumah bersepah..anak pun lagi suke duduk rumah pengasuh dari dengan mak sendiri..semoga aku mampu laksanakan tenggungjawab dengan baik nanti..amin..

    Lepas makan tadi aku pun start mop dapur, hall dan verandah..masa mop lantai wan mintak tolong hantarkan atok beli tiket nak balik kampung..sebelum tu m.long dah sms tanya jadi datang rumah die ke tak hari ni..aku bagi tau datang lambat sikit sebab nak hantar wan dan atok dulu..

    Dah dapat beli tiket perkena cendol dulu..lepas tu wan mintak aku hantar kan atok ke stesyen bas esok..sebabkan atok jarang balik sini dan tak de siapa lagi yang boleh hantar maka aku pun bersetuju untuk hantarkan esok..terpaksa postpone lagi nak pegi rumah m.long..

    Masa nak balik atok ajak ikut jalan dalam nak jalan-jalan..aku pulak ajak atok pegi tengok wafi..aku tau atok suke pegi tempat anak cucu dia blajar..hehe..wan dan atok pun setuju dan terus pegi matrik wafi..Kebetulan wafi baru habis kelas dan kelas last die cancel..planning pun last minit..nasib baik la kelas last tu cancel..

    Boleh pulak kasut die dah terkopak..towel tertinggal la..nseb bek dekat dik oi..esok lepas hantar atok tengah hari tu pegi lah hantar barang-barang die kejap..

    Balik rumah bertungkus lumus masak dengan wan..mula-mula pegi kupas dua biji kelapa..lepas tu kupas kentang..sambil tu jugak wan kukus pulut..ak pulak goreng pisang..last sekali masak lemak cili api ayam salai campur kentang..memang terbaik..hehe..

    koleksi kelapa bawah pokok manggis
    2dua biji kelapa yang diperlukan untuk masak dengan tool untuk kupas..hehe..
    sekejap je dah settle 2 biji kelapa ni dikupas..

    kentang untuk masak lemak

    sambil msak untuk dinner goreng pisang untuk minum petang

    pulut untuk minum petang gak
    ayam salai untuk masak lemak
    kecut kan ayam dengan serai, cili api, kunyit dan garam

    masak lomak yang da siap


    Mana-mana pun aku pegi..duduk johor, penang, KL masak lomak jugak yang aku idamkan..tempat lain tak bole challenge masak lomak nogori..hehe..ni hasil air tangan aku dengan wan..ada empat orang je dekat rumah ni..tapi masak beria kan..hehe..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...