Sunday, 2 December 2012

Standing In The Eyes of The World..

Assalammualaikum..

Siapa masih ingat dengan Sukan Komenwel yang di adakan dekat negara kita ni pada tahun 1998?..tahun 1998 ni aku masih sekolah rendah lagi..darjah 5 masa ni..tak silap tahun ni jugak la seluruh dunia di landa kemelesetan ekonomi yang sangat teruk..

Aku pun ada kenangan yang tak dapat di lupa kan masa tahun ni..adik bongsu lahir pada tahun ni..waktu adik aku ni lahir aku dengan kakak yang masa tu form 1 bergilir cuti sekolah jaga adik aku ni sebab mak aku tak boleh balik lagi..kene buat pembedahan..selang sehari cuti kene jaga baby..nenek aku ada sekali la..malam-malam kalau die menangis atau jaga aku tak boleh tidur..ye lah mak aku dekat hospital kan..kene buat keje-keje rumah..lagi kalau dulu baby pakai lampin kan..kene basuh lampin, pakaian baby, pakaian orang dekat rumah..kemas rumah..antara pengalaman yang tak dapat aku lupakan..

Waktu ekonomi meleset pun terasa jugak la..adik beradik aku ni ramai..7 orang semuanya campur nenek aku dengan mak 9 orang tanggungan ayah..ayah sorang je yang keje..semua pun kecik-kecik lagi masa ni..banyak nak pakai duit..masa ni pun tak de kenderaan..ada motor je..tak silap aku masa ni jugak ayah sambung belajar..berulang alik ke UPM naik motor..waktu tak de kereta ni naik bas je kalau nak keluar ramai-ramai..kalau nak beli barang pulak ayah akan bawak beg macam beg balik kampung tu..bila dah beli barang die akan letak dalam beg untuk senang bawak naik motor..Alhamdulillah makin lama kehidupan kami makin baik..aku membesar dengan ada pengalaman susah..waktu dah habis sekolah baru rasa senang sikit..

Mungkin aku tak la sesusah orang lain..orang lain mungkin lebih mencabar dari aku..dugan mereka lebih hebat..tapi kepahitan dan kesusahan ni lah yang banyak mengajar kita untuk hidup..Aku suka dengan lagu tema Sukan Komenwel ni..lagu die membakar semangat dan lirik die bila dihayati memang bermakna..sape-sape yang tak pernah dengar boleh dengar lagu ni..Enjoy..:))


Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...