Wednesday, 19 December 2012

Proud of My Besties..

Assalammualaikum..

Hari ni aku sakit tekak..tak tau lah kenapa..tambahan cuaca sekarang pun tak berapa baik kan..musim tengkujuh..memanjang hujan je..memang tak elok untuk badan..lebih-lebih lagi untuk orang yang tak tahan sejuk macam aku ni..bila dah kene hujan lepas tu kelas pulak dalam air cond memang lagi sejuk..memang senang nak sakit..bila pakai kasut lepas tu jalan tenggelam dengan air kasut basah masuk pulak kelas ber aircond memang senang la nak demam..huhu..

Hari ni balik kelas petang aku terus tidur..biasa nya kalau dah hujung-hujung minggu memang penat..bila bangun dari tidur rasa sakit je dekat tekak..bukak sakit tekak yang perit tu..biasa nya kalau lelangit dan tekak perit nak demam dan selesema kan..tapi ni sakit tekak yang rasa macam bengkak dalam tekak lepas tu sakit bila nak telan..even nak telan air liur pun sakit..huhu..redha je lah sebab sakit boleh menghapus dosa kan..aku memang agak risau kalau demam..sebab banyak keje dan nanti takut tak larat..huhu..Alhamdulillah setakat ni ok lagi..

Esok ada quiz..quiz yang dah dua kali delay..1st time delay sebab ada orientasi..kene delay sebab arahan pihak atasan..kali kedua delay semalam sebab ramai sangat tak datang..3/4 kelas yang tak datang..ada seorang class mate accident..nasib baik orang nya tak de apa-apa..cuma kereta je rosak teruk..bangun tadi online rehat-rehat malam ni..kejap lagi la baru nak revise balik untuk quiz esok..harap-harap tak delay lagi la..huhu..

Tengah rilek-rilek tetiba dapat panggilan dari Sen..die nak berenti keje..dah lama dia cakap nak berenti keje ni..dah hantar surat resign pun..semalam aku call die kata bos die bahagian proposal pujuk die tak payah berenti..hari ni dia call bagi tau yang CEO dia pujuk tak payah berenti..lepas tu bagi increment yang agak ok..aku pun kata tak payah la berenti dulu..keje je la dulu..lepas tu bila dah dapat tempat dekat company lain yang lebih ok dan bayar lagi ok baru la berenti..

Aku bangga dengan pencapaian dia..siap CEO pujuk tak payah berenti..maksudnya die pandai buat keje dan orang percaya kan dia..dulu kami bukan lah pelajar cemerlang pun dekat Universiti..tapi Alhamdulillah masa dan pengalaman mematangkan kami..Alhamdulillah Tuhan bagi peluang yang sangat beharga ni..Semoga karier die bertambah baik dan rezeki dia bertambah murah..

Biasanya kita orang memang sharing each other..pasal keje dan pasal life..saling beri semangat antara satu sama lain..berkongsi suka dan duka..bila susah akan cuba selesaikan sama-sama dan bila suka aku pun tumpang gembira dan bangga untuk die..beri semangat untuk die melangkah lebih jauh lagi..Sebelum aku berenti keje dan sambung belajar pun aku bagi tau die kalau ada masalah bole call en.bf untuk tanya pasal keje atau kalau ada masalah dekat KL..

Love all of u damn much..Terima Kasih Tuhan atas anugerah yang tak ternilai ni..en.bf ada bagi tau semalam mungkin die akan ke Singapore dan China..gonna miss u..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...