Monday, 17 December 2012

Permohonan Pengeluaran Pendidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) FINALE

Assalammualaikum..

Agak lama tak menulis..rindu jugak nak menulis..tapi sekarang ni agak sibuk..huhu..kalau ada masa terluang pun digunakan untuk buat apa-apa aktiviti yang sepatutnya..Macam aku bagi tau sebelum ni..Sem ni aku ambil lapan matapelajaran dengan 23 jam kredit seminggu..ada hari yang aku ada empat kelas dalam satu hari..selain kene pegi kelas aku pun ada kene buat CBL (Computer Based Learning)..nak kene buat short course..ni pun kad pelaut tak pegi buat lagi..Jangan kan kata kad pelaut medical check up pun tak buat lagi..huhu..

Biasanya aku memang akan pegi kolej pukul 8 pagi sampai lah petang..aku balik lepas habis semua kelas..kalau dah balik rumah rehat-rehat kadang-kadang tertido..lepas tu terlajak tak pegi kelas..baik lepas habid semua kelas untuk hari tu baru aku balik..dah macam office hour pulak dah..huhu..kalau ada gap tu biasanya aku duduk dekat library je la..buat ulangkaji atau siap kan assignment..prepare untuk quiz dan final..prepare untuk presentation la..

Kadang-kadang tu tak cukup masa jugak..balik rumah sambung study lagi..bole kata tiap malam aku study..kecuali weekend..weekend tu boleh la rehat sikit..bangun lambat..malam biasanya aku study..ye lah untuk jawab assigment pun kene la study kan..dan aku memang nak sentiasa ulang kaji untuk memudahkan aku kalau ada quiz, test dan final nanti..jadi aku sentiasa update knowledge tu..masa final nanti tak la beban sangat..lagi pun kene score betul-betul untuk dapat 4.0 lagi sem ni..:))

 Selain tu aku pun kene uruskan beberapa hal..contohnya permohonan untuk keluarkan duit KWSP aku untuk tujuan pendidikan aku ni..sebelum dapat submit 3 kali aku datang..huhu..

  1. Pertama - Untuk buat pertanyaan mengenai perngeluaran duit KWSP untuk pendidikan..dapat borang pengluaran dan senarai semak dokumen yang diperlukan untuk proses pengeluaran ini..
  2. Kedua - Nak submit borang..tapi amount untuk jumlah pengeluaran tu salah..dan ada dokumen yang tak lengkap..masa aku pegi kali pertama ada dokumen yang die tak bagi tau pun aku kene prepare..huhu..
  3. Ketiga - Dah prepare dokumen yang diperlukan..amount pun dah betul..resit pun dah betul..sekali nombor IC aku dekat Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal salah..huhu..kene balik dan betul kan lagi..huhu..
  4. Keempat - Semua dokumen OK..dan boleh hantar borang permohonan dan dokumen..:))

Aku akan kongsikan cara untuk memohon..dan supaya korang tak buat kesilapan macam aku..huhu..

  1. Dapat kan Borang Permohonan Pengeluaran Pendidikan..sekali dengan senarai semak dokumen..
  2. Sediakan Dokumen yang diperlukan..
  • Kad Pengenalan diri
  • Surat Tawaran Belajar - surat tawaran ni surat tawaran kita dapat sebelum masuk..bila apply nak masuk mana-mana institut kalau permohonan kita berjaya die akan bagi surat tawaran kan..so surat tawaran tu la..
  • Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar - surat ni orang yang bertanggungjwab dalam institut kita tu yang akan sediakan..macam aku orang yang jaga Unit Data yang sediakan..banyak jugak detail dekat sini..jadi bila dah siap dan dah dapat tu sila lah cek semua maklumat tu betul-betul ye..kalau tak jadi macam aku..huhu..tapi pasal amount tu bukan salah aku..sebab mula-mula aku pun tak tau macam mana nak kira..
  • Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian - Surat ni pun orang dari Unit Data tu bagi seklai dengan Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar aku..
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan) - macam aku ni IPTS dan dah Sem 2 jadi aku kene sediakan sekali..Sila bawa yang asal sebab die nak tengok betul ke tak dan fotostat. Yang fotostat dia akan ambil..yang asal tu cuma untuk rujukan dia je..
  • Borang Temuduga - borang ni pihak KWSP yang sediakan..Masa datang kali ke-2 baru aku tau ada sesi temuduga ni..kita tak perlu sediakan..
  • Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian - Macam aku buat diploma dan masuk guna SPM aku jadi kene sediakan Transkrip Keputusan SPM aku..sama juga kene bawak yang asal dan fotostat..yang fotostat dia ambil..
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli - Macam aku ni aku cuma nak refund balik bayaran yuran pendaftaran dan yuran asrama yang aku dah buat..jadi aku mintak dia masuk kan terus ke dalam akaun aku..kene bawak buku bank sebagai bukti..tak perlu fotostat pun..sebab dekat dalam borang ada tulis nombor akaun..cuma dia nak comfirmkan je..kalau tak bayar yuran lagi kita boleh pilih untuk KWSP kreditkan ke akaun kita aku dieorang bayarkan terus ke institute terus.
  • Resit Bayaran Yuran Pengajian Yang Dikeluarkan Oleh IPT - ni bagi permohonan bayaran balik yuran pengajian yang telah dibuat kepada IPT..kene bawak resit asal yang kita dah bayar dan fotostat..dieorang akan ambil yang fotostat.kalau ada resit yang tak lengkap boleh mintak dieorang keluarkan resit untuk kita.dalam sistem ada bukti dah bayar jadi mintak dieorang keluarkan resit..suruh dieorang cop dan sign sekali..
3. Lepas dah lengkap isi borang permohonan dan semua dokumen dah dah lengkap bolehlah hantar dekat kaunter.
4. Akan ada Pegawai KWSP yang akan interview kita..tanya soalan pun senang-senang je..macam sekolah dekat mana..ada dapat pinjaman atau tajaan tak..sekejap je interview dia..
5. Dieorang akan keluarkan Notis Akuan Penerimaan Permohonan. Dekat notis ni akan ada tarikh penerimaan dan masa penerimaan..

Masa aku tanya pegawai tu die kata maksimum untuk dapat duit ialah 21 hari bekerja dan die akan SMS kita untuk beritahu yang duit dah masuk dalam akaun kita..Aku hantar permohonan aku 13/12/2012 iaitu pada Khamis minggu lepas..Hari ni en.bf masukkan duit belanja sebab dah tak de duit belanja..weekend hari tu ikut orang berjalan duit pun banyak keluar..huhu..nasib baik hari ni aku puasa..bila dah bank in kan duit en.bf SMS aku..lepas tu aku pun cek la dalam CIMB..biasa die transfer dekat CIMB je sebab die tak de maybank..aku pun jarang sikit cek akaun maybank sebab tak de duit pun dalam akaun..huhu..tapi tadi en.bf bank in dalam Maybank pulak..bila cek sekali tengok ada jumlah yang agak banyak..terkejuta gak aku..rupanya permohonan aku dah berjaya dan duit dah di kreditkan dalam akaun..aku tak dapat pun sebarang SMS atau email dari KWSP..tapi syukur sangat permohonan dan berjaya dan duit dah masuk..cepat betul kan dapat..Alhamdulillah..:))

Good Job KWSP..Terima Kasih Banyak..:))


16 comments:

  1. Berape hari ambik masa erk..

    ReplyDelete
  2. Berapa hari untuk apa ye?..

    Kalau utk proses pengeluaran ni bergantung pada dokumen kita..
    Kalau dokumen kita tak de masalah..
    Proses nya akan cepat..

    Kalau untuk dapatkan duit..
    Macam case saya..
    Saya submit pada 13/12/12 dan perasan ada duit pada 17/12/12..
    Maksudnya dalam 4 hari lepas saya submit permohonan saya..
    Kalau ikutkan pegawai tu bagi tau dalam 21 hari bekerja dan akan dapat SMS bagi tau duit dah masuk..
    Saya dapat SMS inform duit dah masuk agak lambat..
    Jadi kalau dah submit application tu rajin-rajin la check akaun yang kita hantar masa permohonan tu..

    ReplyDelete
  3. salam didie,
    Borang Permohonan Pengeluaran Pendidikan kne amik dulu baru siapkan sume dokumen?
    klu semua doc dah ade,tros pergi pejabat kwsp,ok x?xde kne amik sign ape2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Marina Asyikin,
      Kalau semua docs dah ada bole je terus pegi KWSP bawak semua docs tu dan tunjukkan dekat pegawai dekat sana..Kalau semua docs ok boleh terus isi borang permohonan dan terus submit..Lagi cepat dan jimat masa..Tak payah ulang alik banyak kali kan..Lepas tu ada interview sikit..Pegawai KWSP akan tanya few simple question macam sekolah dekat mana,asal mana..Ada form dan guide yan die akan tanya dan isi..
      Senang je..:)..All the best..:)

      Delete
  4. Saye nak baya hutang ptptn balik so gune diploma ngan ptptn punye dokumen bole kan?,duit teros masok dalam akaun kite kan?,jumlah yang dierang nak kasik ikot kite ke or ikot jumlah pinjaman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya kalau nak bayar hutang ptptn..berhubung doc tu kene refer dekat KWSP.. mcm sy dulu duit untuk bayar duit yuran masuk dlm akaun sy terus..so lepas tu terpulang la macam mana nak guna duit tu..boleh jugak kalau nak dieorang bayarkan direct dekat kolej..jumlah yg dieorang bagi bergantung pd amount yg ad dlm akaun 2 dan jumlah yuran..harap ni membantu..

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Salam.. Duit kwsp nie memg untuk bayar balik je eh? Kalau kte nk keluarkn utk bayar yuran tros tak boleh? Makna nye, sy buat prmohonan utk keluarkn then baru sy pegi bayar yuran dkat kolej tu.. Lagi satu, kalau da mohon kwsp nie, nk mohon ptptn plak bole x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..tak silap sy masa sy pegi dulu boleh je nak keluarkan duit ni untuk bayar yuran..Instead of dah bayar lepas tu baru keluarkan duit..Dapatkan structure yuran dari kolej dan bawak ke KWSP..Kalau keluarkan duit KWSP ni bole je nak mohon ptptn lg..

      Delete
  7. Salam...terima kasih atas maklumat yang dikongsikan...tolong tanya, apakan soalan yang dikemukakan dalam temuduga itu? Soalan general atau yang berkaitan dengan pelajaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..sama-sama..harap dpt membantu org yg perlukan..soalan yang dikemukakan dalam temuduga tu soalan simple je berkaitan diri.. Contohnya sekolah dekat mana, belajar guna bantuan kewangan apa,PTPTN ke, keputusan peperiksaan..lebih kurang macam tu la..ada 1 form bersaiz A4 yang guide die apa yang die nak tanya dan die akan fill form tu..

      Delete
    2. Ribuan terima kasih =)

      Delete
  8. Salam. Kalau sy pljr matrikulasi blh ke buat pmohonan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..awk pelajar matrikulasi nak keluarkan KWSP parent ke?..mungkin boleh kalau layak..cuma yuran matrikulasi agak rendah dan pelajar metrikulasi dapat elaun kan..cuma kalau awk rasa perlu bole la tanya KWSP..kalau tak nak ke KWSP pun bole call dieorang..Insyaallah akan dapat maklumat yang lebih lengkap atau tepat..atau bole usahakn minta sumbangan dari pihak berwajib untuk topup duit belnja untuk belajar..

      Delete
  9. kalau tiada surat pengesahan blajar boleh ke? sbb baru nk msuk blajar ni. yuran dah byar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene ada surat pengesahan blaja..tak silap mmg doc listed dlm KWSP form..kalau yuran dah byr bole claim dgn kwsp..mcm i pun dulu dah byr dulu yuran semua then bole guna resit yg dah bayar tu utk keluarkan duit KWSP..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...