Monday, 3 December 2012

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Pendidikan..

Assalammualaikum..

  Status permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat (YBR) aku masih tak tau lagi walaupun dah masuk Disember..Masa pegi quiz tempoh hari staff YBR tu bagi tau mungkin bulan November dah tau keputusan..pasrah je lah..huhu..walau pun harap sangat dapat..huhu..

Sebelum Januari aku kene bayar yuran untuk Sem 1 dan Sem 2..jumlah yuran pengajian yang perlu dibayar bagi kedua-dua Sem ni ialah rm6000..huhu..banyak nye lah kan..tu belum masuk lagi yuran asrama yang kene bayar tiap-tiap bulan, pengangkutan, belanja makan tiap bulan dan keperluan lain..

Masa buat ijazah dulu pun jumlah yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian sampai habis rm7000++ je..Sebab tu lah aku sangat perlukan PPBU ni untuk tampung yuran pengajian aku..untuk belanja harian Insyaallah boleh lah di usahakan..sebab ni jugak lah aku nak sangat habis awal..boleh cepat-cepat keje balik..huhu..

Jadi alternatif sementara tunggu keputusan PPBU ni aku bercadang nak keluarkan duit EPF aku dalam KWSP aku untuk tampung sikit-sikit perbelanjaan harian aku..tak banyak pun duit aku..yelah keje pun tak lama..

Untuk Pengeluaran KWSP ni hanya boleh keluarkan simpanan dari akaun 2 sahaja..Macam aku cuma keluarkan balik duit yang aku dah gunakan untuk bayar yuran pendaftaran masa daftar awal-awal dulu..Boleh jugak keluarkan duit untuk bayar yuran..bagi tau KWSP berapa jumlah yuran yang perlu dibayar dan boleh lah keluarkan duit tersebut..die boleh bagi duit tu pada kita atau bayar terus dekat tempat kita belajar..

 Ni borang untuk pengeluaran pendidikan..boleh dapatkan dekat pejabat KWSP..

Dokumen yang diperlukan tak banyak pun..macam aku cuma perlu sediakan salinan kad pengenalan sahaja..Surat tawaran belajar ni dapat masa awal-awal dulu..tapi masa mintak dokumen dari unit data dia bagi aku jugak surat tawaran..Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal dan Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian tempat belajar aku yang buat..

Bagi tau dieorang nak nak dokumen untuk keluarkan duit KWSP dieorang dah siapkan dokumen..macam aku nak refund balik duit yang aku dah guna bayar pendaftaran dulu perlukan resit-resit bukti pembayaran aku dulu..

Dokumen aku dah siapkan..tinggal nak hantar borang ni ke pejabat KWSP je lagi..hantar lambat sikit lambat sikit jugak duit habis..hehe..kalau dah ada duit karang ada je benda nak guna nak pakai duit..kalau tak de duit tak de pulak nak macam-macam kan..biasanya dah submit dokumen dalam dua minggu dah dapat duit..Insyaallah kalau dah submit document aku akan update..Harap apa yang kongsikan ni membantu orang yang baca yang ada masalah macam aku jugak..diaman ada kemahuan Insyaallah ada jalan..Tak silap aku kalau untuk pendidikan anak-anak pun parents boleh keluarkan duit untuk pendidikan anak-anak..

37 comments:

  1. Salam..nk tye,kalau nk kuakan duit kwsp tp blum dftr g cmne ye?boleh o x? Dftr bln 2...

    ReplyDelete
  2. tak daftar lg mksud die mcm mna tu ye?..
    lg 1 utk pengeluaran pndidikan jugak ke?..

    ReplyDelete
  3. Salam Didie. Saya nak tanya. Kalau saya nak beli laptop untuk tujuan menyenangkan pembelajaran, bole ke keluarkan duit KWSP ne? Kalau bole, macam mana caranya? Saya kena dapatkan quotation utk laptop tersebut dulu ke? And, saya kena tunjuk bukti yg saya sedang belajar ke? Sbb actually saya tak dapat surat tawaran lagi. Intake bulan September nanti. Harap dapat bantu.

    ReplyDelete
  4. Salam..Untuk pengeluaran duit KWSP bagi tujuan pengajian ni macam case saya, saya dah masuk belajar dan dah bayar dulu..Contohnya saya dah bayar yuran pengajian, hostel dan transport..Lepas tu saya bawa resit dan pegi ke KWSP..saya macam claim balik duit yang saya dah bayar..Lepas tu KWSP beri dalam bentuk cash ke dalam akaun saya..Bila dapat duit tu terpulang pada kita untuk guna buat apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. tk bole ke kalau sy keluarkan sebelum masuk belajar? sebab sy nak keluarkan pun untuk yuran pendaftaran.

      Delete
    2. wassalam..tu sy x pasti la..mungkin bole rujuk kwsp untuk keterangan lanjut..kalau xnak direct ke kwsp bole call je..insyaAllah dieorang cuba bantu..kalau perlukan duit utk mulakan belajar mngkin bole cuba minta sumbangan dr pihak tertentu yg sy pernah kongsikan..

      Delete
  5. kalau akaun 2 kita tidak mencukupi utk satu semester ...macammana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm case sy..amaun dlm akaun 2 sy mmg kurng dr yurn 1 semester..jd sy cuma claim byaran yg sy dah dah buat..eg; yurn pendaftaran, yuran hostel..sy rasa kalau utk yuran yg akan dibayar..mngkin awak boleh keluarkn semua dalam akaun 2 dan tambah yang tak cukup utk yuran awak..tapi kalau nak lebih pasti lebih baik call KWSP atau pegi terus dekat pejabat KWSP..:)

      Delete
  6. salam....lama x process die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua doc ok sekejap je process die..

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. nak tanya..pengeluaran pendidikan ni hanya untuk yg bekerja dn sambung belajar jer ke.bgimana dgn ibubp yg ingin keluarkan duit untuk pendidikan anak2nya..yela..anak nak masuk u bukan sedikit jumlahnya.,krna yg jauh dr rumah..belanja besar.suami sorg jer kerja. kalau ibu yg dh xkeja nak kuatkan kwsp untuk tampung byaran belanja anak masuk u bolen ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut pengetahuan sy dr pengalaman sblm ni dan dr maklumat yg sy check dr laman web KWSP ni boleh buat pengeluaran untuk anak bagi penjaga yang ank nya nak sambung belajar..boleh refer dekat sini http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/Risalah_Pendidikan_Oktober_2012__BM_.pdf..mengikut Risalah Pengeluaran Pendidikan tersebut..pada tujuan ada mention Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anakangkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara..kalau nak tau maklumat lanjut mungkin boleh call KWSP atau pegi terus ke pejabat KWSP yang berdekatan..:)

      Delete
  9. Saya nk tanya lah, untk surt pngesahan blajar yg dy mintak 2. Mesti ke ikut format yg da ditetapkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm sy dulu..lepas dah dpt list tu sy just jmp person in charge..die yg akan prepare surat tu ikut format yg ditetapkn..pihak kolej dah ada template..just bg detail je..

      Delete
  10. Salam. Saya ni student di instep. Adakah ini diconsider sebagai pusat pendidikan / kursus vokasional. And saya nk beli laptop utk akaun 2. Apakah alasan yg munasabah nk bg? Saya risau sbb saya ni fully sponsored. Dan takut tak diluluskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rasa baik awak rujuk dekat pejabat KWSP. kalau ikutkan boleh je keluarkan untuk pendidikan..cuma case awak ni, awak fully sponsored..

      Delete
  11. Hai.. Sya pun nak tanya soal kwsp ni.. Sya sbgai anak ahli dan akan smbung di ppks kursus vokasional jga tp smua bayar sendri jadi agak nye bleh ke ayah sya apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..sy rasa boleh..tp utk confirmkan mungkin awk boleh pg dekat laman web KWSP atau pg KWSP terus..

      Delete
  12. Hai saya nak tanya kalau saya dpt Surat twaran belajar di ipts.Bolehke saya pakai duit kwsp parents utk bayar yuran kos pengajian di ipts

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut risalah ni boleh - Risalah Pengeluaran Pendidikan -

      Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara

      http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178612/Risalah_Pendidikan_Oktober_2012__BM_.pdf..

      sila bukak link di atas untuk risalah full atau dapatkan lebih banyak maklumat di bahagian Pengeluaran Pendidikan di laman web KWSP..

      Delete
  13. salam didie,sy baru 4 sem dri 6 sem.bole x sy nk claim utk for the passed 4 sems? atau cuma boleh claim dlm tempoh setahun dri tarikh mohon..sy student ipta.thanks in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap sy boleh..asalahkan ad bukti bertulis pembayaran yg telah dibuat.(resit atau penyata pembayaran)..tapi utk kepastian cuba call KWSP atau pg ke pjbt mereka..

      Delete
  14. salam didie...boleh tak kalau nak keluarkan akaun 1 untuk membuat bayaran pendidikan sebab akaun 2 dah tak cukup untuk membuat bayaran pendidikan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu pencen ler baru boleh kuar akaun 1

      Delete
  15. Salam...nk tnya sy dh tk brkrja lg tp sya nk kuar kn kwsp sya untk bli laptop ank2 untk memudah kn lg ank2 sya belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..
      Untuk beli laptop sy tak pasti pulak..
      Tak de pengalaman untuk khidmat itu..
      Mungkin bole rujuk dekat KWSP..

      Delete
  16. salam.. sy tinggal d sabah.. tapi sy ada surat tawaran d semjung tapi kos sijil kemahiran..bole ke kuar kwsp bapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..kene ada surat tawaran, surat pengesahan dan dokumen yang berkenaan..sy rasa bole keluar kwsp bapa..akaun 2..

      Delete
  17. Kalau dlm account 2 tu ada 13k je maknanya boleh keluar dlm bapa ya.. mcm saya 5 sem so x leh la nak cover semua kan.. sebb dia ambil duit simpanan kita saja kan n account 1 x leh usik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu max bole keluar 13k la..

      Delete
  18. Replies
    1. Mengikut pegawai yg incharge maksimum 14hr..
      Tp sy dpt dlm 4 hr je..

      http://mykamila.blogspot.my/2012/12/permohonan-pengeluaran-pendidikan.html

      Delete
  19. Nak tanya, kalau nak claim duit yuran yang dah dibayar sebelum ni, KWSP akan tolak daripada akaun 2 kita la kan?
    Thanks :)

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas feedback :)
    Kalau nak claim, tp jumlah yuran lebih banyak daripada jumlah duit dalam akaun 2, mcm mana ye?
    Maaf byk tanya, thanks once again :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe..sharing is caring kn..hihi..
      Kalau yuran lebih byk dr akaun 2, jd boleh keluarkan akaun 2 sampai hbs..baki yuran tu kene la byr sendiri..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...