Sunday, 2 December 2012

Alahai Transnasional..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah pagi tadi aku dah sampai ke rumah..tapi nak balik semalam memang ada insiden yang sangat la mengecewakan..aku kongsikan dekat sini dengan harapan syarikat ni meningkatkan mutu perkhidmatan mereka..kejadian macam ni tak berulang lagi..ni jugak pengalaman pertama aku sepanjang naik bas ekspress..

Aku beli tiket pukul 1230pm dari Kemaman ke Kuala Lumpur..sebelum pukul 1230 lagi aku dah ada dekat Stesen Bas Geliga..macam biasa la bas aka sampai lambat..lagi pun untuk trip ni bas tiket pukul 1200 combine dengan bas tiket pukul 1230..jadi naik bas double decker..sebelum pukul satu bas sampai..

Mula-mula dah ada drama..aku malas nak naik atas sebab nampak ada tempat kosong dekat bawah..selalunya duduk memang tak ikut tiket pun..tapi ada mak cik ni kecoh sebab tempat aku duduk tu nombor seat anak die..tak pasal driver tu pun gelabah sama..aku pun naik atas cari seat lain..aku memang tau seat aku mesti dah ada orang duduk..nampak dekat depan sekali ada kosng aku pun duduk je la..bas pun jalan..

Dekat Cherating bas berenti untuk makan tengah hari..dalam pukul 1.15 tak silap..aku memang tak turun makan sebab sebelum naik bas aku dah makan sikit buat alas perut..kalau naik bas pukul 1230 dalam pukul 5 dah sampai KL..lepas tu aku aku akan naik train ke Subang Jaya..en.bf akan amik aku..dah plan nak jumpa Sen sekali nak pegi makan-makan..tu sebab aku tak turun makan..

Tapi aku rasa air cond bas ni makin lama makin panas..angin die kuat tapi tak sejuk..aku ingatkan sebab bas tak jalan jadi macam ni..tiba-tiba enjin bas mati..masa tu dalam pukul 2..aku pun dah pelik kenapa pulak bas ni berenti rehat untuk makan lama sangat..bila enjin bas dah mati memang panas sangat la kan..terus berpeluh-peluh..macam dalam sauna da..tunggu jugak mana tau driver nak datang cepat-cepat sebab enjin bas dah mati..ramai jugak yang dah turun dari bas..tiba-tiba ada dengar orang cakap bas rosak..disebabkan ramai dah turun dari bas dan dengar orang kata bas rosak aku pun turun..

Turun tu aku pegi toilet dan cari meja kosong..Owner restoran tu kata bas aku naik tu rosak dan driver tengah tunggu mekanik datang untuk repair..aku dengan kakak yang duduk sebelah aku masa dalam bas pun tunggu lah duduk dekat meja..aku tengok jam masa tu pukul 2.15..dalam pukul 3 rasanya mekanik datang..datang dalam setengah jam atau sejam lepas tu pegi balik..kakak yang dengan aku ni pegi tanya driver, driver bagi tau mekanik pegi cari bateri sebab bateri bas yang problem dengan timing belt..timing belt dah tukar..adoi bas nak jalan jauh tak servis ke?..tak check dulu ke?..

Tunggu, tunggu dan tunggu sampai la dalam pukul 6 rasanya mekanik datang balik..punya la lama kan nak carik bateri dan bawak jumper..sepatutnya pukul 5 lebih pukul 6 ni kita orang dah sampai KL..mekanik jumper dan cuba start tapi enjin bas masih tak hidup lagi..Masa ni masing-masing dah start bengang dah..punya la lama tunggu tapi masalah tak settle lagi..

Masa ni ramai yang dah call hotline dekat KL dan orang transnasional..aku yang mula-mula tunggu dan lihat ni pun dah mula panas hati..dah la masa bas rosak tak inform awal-awal..Lepas tu aku pun pegi tanya driver apa status bas kami ni..ye lah hari dah makin gelap masa tu..lepas tu die kata bateri problem..kalau bateri ok enjin dah hidup masalah dah settle..tapi enjin tak hidup-hidup lagi..aku tanya tak de bas ganti ke?..die pun tak tau die cakap..masa bas rosak pun bukan die yang call mekanik..tapi die call transnasional dulu..so ofis la yang call mekanik dia..dia kata kalau nak cepat kami la kene call pengurusan..aku mintak nombor orang yang sepatutnya tu..jadi apa penyelesaian dan status kami sekarang?..die kata TAK TAU..

Mula-mula aku tak call pun..tapi bila masalah bas tak fix lagi..dengan tak de penyelesaian..aku pun call nombor yang die bagi..masa tu dalam pukul 7 lebih rasanya..hari dah gelap dan tak de penyelesaian..memang la aku panas hati..aku tanya orang tu apa status kami..kenapa tak bagi bas lain awal-awal?..jawapan die kene ikut procedur..

- to be continue -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...