Sunday, 2 December 2012

Alahai Transnasional (2)..

Assalammualaikum..

Sambung balik cerita petang tadi..

Bila tanya status kami macam mana dan apa penyelesaian dieorang tapi tak da jawapan aku pun memang panas hati la..punya lah lama tunggu mekanik tapi bas tak dah sampai bas tak berjalan jugak..tunggu dari  tengah hari kot..dan sepatutnya waktu tu kami dah sampai KL..malam tu memang janji dengan en.bf nak balik kampong..sebab esok nya pukul 10 pagi atok nak balik dah..jadi rancangan nya aku sampai KL dalam pukul 5..lepas tu naik train ke Subang Jaya dekat dengan pejabat en.bf..die ambil aku dan kami pegi makan..Sen pulak dari Kota Damansara ke Nilai dia akan singgah dekat Subang Jaya..untuk kitaorang jumpa..tapi pukul 7lebih macam tu dekat Cherating lagi dan masih tak de penyelesaian lagi..

Lepas tu aku pun call nombor yang driver bagi tadi..jawapan die masih tak de panyelesaian lagi..die kata ikut procedure dan berkait dengan bahagian lain.. bukan die seorang yang boleh buat keputusan..Kenapa tak de bagi bas ganti?..dah tunggu dari tengah hari tadi kot..Jawapan dia Bahagian kejuruteraan kata nak repair bas..dekat kuantan tak de bas kosong..lebih-lebih lagi bas ni bas double decker..kalau bas tu enjin die boleh start pun tetiba masalah balik dekat highway malam-malam buta tu macam mana?..tak ke naya..boleh pulak lepas berapa jam die kata tak de penyelesaian lagi..berkait dengan bahagian lain la..ikut procedure la..aku cakap kalau awal-awal tadi aku boleh sabar lagi..tapi tak kan la ambil masa yang lama untuk solve masalah ni..memang tak professional lansung..nak buat procedure pun biar la smart..masuk akal sikit..habis tu kita orang ni nak tunggu sampai pukul berapa..dah masing-masing ada hal..aku siap cakap lagi die tak de dekat tempat kami memang la boleh suruh kami sabar..tapi menuggu dengan tak de harapan..entah bila bas boleh siap..sampai terkeluar ayat aku dieorang ni makan gaji buta kea pa..tak buat keje ke..

Lepas tu kakak yang duduk sebelah aku tadi bagi tau yang dia dapat maklumat dari orang yang jaga bahagian Terengganu yang aku call tadi bagi tau ada bas dari KL baru sampai Kuala Terengganu pukul 8 macam tu..jadi bas tu yang jadi bas ganti..dari Kuala Terengganu dalam pukul 8 akan sampai dekat Cherating dalam pukul 11..Jadi bas sampai dalam pukul 11 lebih..punya lah penat..dan sampai KL dalam pukul 4 pagi..

Pada aku procedure dieorang memang tak smart lansung pun..bila kata makan gaji buta marah..sepatutnya nak buat procedure fikir baik-baik la..lepas berapa jam kalau tak boleh repair hantar je lah bas lain..memang kene ada bas spare kalau emergency la..kalau tak de bas spare sewa la bas lain ke..ni tidak..kami kene tunggu dekat 10 jam..masing-masing dah la ada hal..memang ta bertanggungjawab lansung..
Macam kakak sebelah aku tu dia nak ke Subang Jaya..pukul 9 pagi esok ada meeting..sepatutnya die naik train ke Subang Jaya malam tu tumpang rumah kawan dia dan nak discuss untuk meeting esok nya..tapi dekat restoran tu la die bukak tab study untuk meeting esok nya..nak discussion tak sempat..sampai pukul 4 pagi die mandi dan tidur dekat Hentian Putra atau Stesyen Komuter untuk naik komuter 1st nak sampai Subang Jaya pukul 8 pagi..Ada jugak yang lain ada meeting esok pagi tu..ada yang ada kelas esok pagi tu..Budak yang ada kelas tu siap pegi Kuantan pegi cari tiket bas lain..Ada jugak penumpang yang baru turun dari offshore naik boat dari pukul 10 malam sampai Kemaman pukul 7 pagi lepas tu beli tiket bas balik rumah..bas pulak boleh rosak terkandas sampai 10 jam..memang penat sangat la..

Syarikat fikir tak semua ni?..ada yang balik rumah balik sebab mungkin tak de keperluan sangat untuk ke KL..ada yang suruh kawan ambil..sebab tak larat nak tunggu..lagi bila tanya status tapi jawap TAK TAU..yang balik tiket bas kira burn je..dapat duit free je..tak makan gaji buta ke tu..procedure apa macam ni?..kami pun dah rugi banyak..sepatutnya dah sampai dekat rumah..dah makan dekat rumah tapi terkandas dekat situ..makan pakai duit sendiri..kakak sebelah aku tu ada SMS orang yang jaga bahagian Terengganu tu tanya mengenai makanan..tapi jawapan die bukan bidang kuasa dia..tak ke pihak syarikat yang sepatutnya bertanggungjawab..dah lah menyusahkan kami..terpaksa bersusah payah plan dah lari..sepatutnya kene bertanggungjawab la dengan kerugian kami jugak..dah la nak pegi toilet pun kene bayar 30sen..jangan kata makanan satu sen pun tak dapat..

Dalam pukul 4 lebih en.bf amik aku untuk balik kampong..masing-masing memang penat sangat..aku penat menunggu..sepatutnya dah sampai rumah..dah bole tidur tapi baru sampai KL..en.bf pun dapat balik kampong sekejap je..nak jumpa Sen memang tak sempat dah..sampai rumah dalam pukul 6..pagi tu pun sebab penat sangat tak sempat jugak jumpa atok sebelum die balik..die pun malas kacau aku tidur agak nya..tu yang die tak kejutkan aku..nasib baik la hari Rabu atok datang Kemaman untuk jumpa aku..Sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang..agak serik jugak nak naik Transnasional lagi..tolong lah kaji dan ubah procedure tu..asyik kene maki dengan sumpah dengan orang pun tak elok..menganiaya orang lagi..kalau untuk banyak pun tapi kene sumpah dengan orang fikir sendiri la duit yang korang dapat banyak-banyak tu..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...