Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434..

Assalammualaikum..

Salam Maal Hijrah 1434 kepada semua Islam dan selamat bercuti sekali lagi kepada semua yang bekerja..yang cuti boleh lah buat macam-macam aktiviti..macam semalam masa aku keluar shopping complex ramai orang..nak makan pun meja banyak penuh..susah nak dapat meja kosong..bawak family jalan-jalan agaknya..

Serba sedikit sejarah hari ni..

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
 
Kira dah hujung tahun..Tahun Masihi pun dah bulan November kan..tinggal sebulan je lagi nak masuk tahun 2013..
 
Secara keseluruhannya aku agak berpuas hati dengan pencapaian pada tahun ni..walaupun pada awal nya banyak dugaan, cabaran, rintangan yang kami lalui yang membawa kepada kekecewaan, kesedihan, kesakitan tapi pada hujung tahun ni Alhamdulillah satu persatu masalah selesai dan nampak nya keadaan bertambah baik..Banyak sangat perkara yang kami pelajari dan capai tahun ni..semakin matang rasanya..hehe..
 
Kami pun sangat bersemangat untuk menghadapi tahun baru yang akan mendatang..setiap tahun memang kalau boleh kami nak ada improvement atau pencapaian dalam hidup..dari segi asset, pertambahan gaji, atau apa-apa pencapaian..tahun ni pun aku buat perkara yang aku sendiri tak rancang..
 
 Ada beberapa yang kami dah rancang dan azam untuk tahun baru..
 
  1.  Nak mantap kan agama..muhasabah diri dan terlalu banyak kesilapan yang kami buat..tapi selagi kita hidup selagi tu ada peluang untuk bertaubat dah berubah kan..terutamanya nak jaga bab solat..
  2. Nak turut kan berat badan kepada berat yang memang ideal..
  •  Kalau boleh nak puasa sunat setiap Isnin dan Khamis..selain dapat buat ibadat sunat, boleh jugak jaga kesihatan, dan boleh jugak kurangkan belanja..
  • nak bersenam selalu untuk kesihatan
jaga permakanan - aku selalu makan dengan banyak nya..keinginan untuk makan tu memang sukar nak di kawal..walau pun dah kenyang tapi bila tengok ada makanan aku mesti nak rasa..kalau benda aku suka dan mak atau M.Long masak lagi la..dah tau rasa tu sedap ke tak..selain tu banyak sangat makan benda berminyak..nak cuba kurangkan..kalau dengan budak-budak ni pun banyak betul makan..dah sarapan, makan tengah hari, kadang-kadang petang pegi minum makan goreng pisang, keropok lekor la, makan malam..tak cukup lagi makan malam la..pegi makan keropok lekor, roti kukus la malam-malam..macam mana tak naik nya kan..huhu..
  
3. Nak fokus lebih dalam pelajaran..masa susah bukan main berkobar..bila dah selesa sikit kadang-kadang tumpuan terganggu..huhu..dengan credit hour yang banyak memang perlukan lebih tumpuan..nak maintain kan result..nak cepat-cepat siapkan short course..masa tak banyak..kene manage betul-betul..kalau boleh nak tolong budak lain jugak..aku nak kuat macam awal-awal..tak nak kata-kata orang menggangu pendirian aku dan melemahkan semangat aku..apa pun perkara tempuhi dengan tenang..kadang terfikir takut tak boleh nak in dengan budak kelas lain ke..tapi awal-awal aku tak de malasah pun..semangat kuat je..walaupun ada suara-suara sumbang kadang-kadang..hahaha..tapi sekarang terfikir-fikir..hoi mana hilang semangat..tak kan benda macam ni pun goyang kot..belum pegi keje lagi..lagi mencabar kot..nak maintain result..nak belajar banyak..nak habis cepat..
 
4. Ada beberapa perancangan dengan en.bf..nak beli asset untuk kami..Insyaallah permudahkan lah..
 
Sesungguhnya kita hanya merancang tapi die yang menentukan..dan sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang..hidup memang kene ada target..kene ada matlamat..kene ada arah tujuan..baru la kita lagi bersungguh-sungguh..produktif..jadi kami memang sentiasa inginkan pencapaian setiap tahun..Semoga semuanya dipermudahkan..Amin..tahun depan pun Insyaallah akan menjadi tahun yang sibuk untuk kami berdua..disamping dengan hidup masing-masing harap hubungan dengan keluarga, en.bf dan kawan-kawan masih baik..Amin..
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...