Sunday, 25 November 2012

Macam-macam..

Assalammualaikum..

Minggu lepas memang penat sangat..jadual yang padat lepas tu banyak assigment sebelum cuti yang kene hantar..dengan presentation nye lagi..dapat pulak ahli kumpulan yang kurang memberi komitmen..sabar je lah..untuk sedap kan hati aku selalu la fikir positif..sampai malas nak amik tau hal budak-budak ni dah..tak matang sangat ke kenapa entah..aku cuba untuk tolong tapi masing-masing memang jenis ambil mudah..kalau benda individu aku memang tak kisah..ni benda berkumpulan..walaupun aku cuba untuk ambil berat dan guide dieorang tapi perangai masing-masing agak menyakitkan hati..huhu..

Presentation 1

Nak discuss pasal presentation sampai aku kene datang dekat rumah..lepas tu boleh pulak nak keluar ada benda nak settle dengan kawan-kawan la..kalau masing-masing pro tak pe jugak..cuti hari tu pun tak balik..

Presentation 2

Masa presentation 1st ak tak satu group dengan ketua aku ni..ada orang bagi feedback yang tak baik pasal die..jadi aku dah berhati-hati dari awal..lepas presentation 1 aku terus tanya status preparation group..dia kata dah ada bahan dan dah buat slide..die boleh settle kan..esok nak discuss..jadi aku pun mintak slide dan note supaya aku boleh prepare..bila tengok slide agak simple je..
Esok nya lepas kelas aku pun tanya bila nak discuss..dieorang kata lepas ni..aku tunggu dekat cafe lama tak nampak batang hidung..hntr sms lepas tu reply kata nak balik..bila nak discuss nya..adeh..petang tu nak present kot..kata nak discuss lepas kelas lagi satu..aku pulak ada kelas lepas tu..tapi kelas habis awal..aku pegi library nak ajak discuss sementara aku kelas seterusnya..aku call masing-masing tak berangkat..dah la part pun tak bahagi lagi..panas betul hati aku..nasib baik aku dah baca 1 chapter..budak yang tak hadir padahal satu group dengan kitaorang pun die tak inform..ketua yang sangat teruk..
Masa present aku tak pakai pun slide dieorang..aku terang pakai marker je..masa contoh je aku guna apa yang ada dekat slide dieorang..memang bosan dengan perangai masing-masing..ketua aku ni dah r kantoi meniru masa exam sem lepas..tak pasal-pasal fail..apa punya attitude la..

Ada sorang ni masa kene buat assignment math aku tanya kenapa tak nak buat..die jawab tak reti buat..nanti tiru je budak lain..sabar je lah jawapan tu..huhu..

Aku pernah jugak belajar sebelum ni..tapi rasanya kali ni agak bebeza sikit..kalau dulu memang tak pernah berani nak meniru..dapat berapa pun tak kisah lah..pada aku itu tahap kefahaman kita..tak guna dapat markah banyak..nampak gah depan orang tapi hakikatnya tidak..masing-masing lagi berbangga kalau dapat result yang baik atas usaha sendiri dan daya saing masing-masing lebih tinggi..dengan cara yang betul..disebabkan aku da bosan nak layan kerenah masing-masing..aku sampai malas nak amik tau..masa depan masing-masing..harap masing-masing sedar nanti dan berubah..mungkin sekarang sebab belum matang..kalau ada assignment aku buat sendiri cepat-cepat dan terus hantar..kalau tak manjang nak pinjam nak meniru je..kalau nak pinjam jawapan untuk compare jawapan ke ok la jugak..ni tak de nya..

Lepas tu dengan tak datang kelas nya..bila tanya kenapa tak datang..boleh pulak bagi jawapan tak de mood nak datang kelas..tapi selalu pulak jumpa berdating dekat luar..macam mana tu..haishhh..Aku harap dieorang berubah..demi masa depan masing-masing jugak..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...