Tuesday, 20 November 2012

Hari-hari yang memenatkan..

Assalammualaikum..

Minggu ni aku rasa sangat penat..sebelum ni jadual rilek je kan..sem lepas kelas pun tak banyak..jadi sebelum ni dah biasa bersenang hati je kan..banyak tidur..banyak beronggeng..hehe..sebelum cuti hari tu dah confirm boleh pendekkan sem kan..dah tambah 3 subjek lagi untuk sem ni..jumlah jam kredit aku untuk sem ni ialah 23jam seminggu dengan 8 matapelajaran..

Naik cuti lepas cuti Deepavali ni la minggu pertama aku dengan jadual macam ni..ada satu hari sampai kelas empat jam..masa cuti dah bincang dengan en.bf..Insyaallah ok die kata sebab memang lah subjek banyak tapi workload untuk satu-satu subject tu tak berat sangat..Insyaallah semua akan ok..

Sebelum cuti hari tu lecturer bagi banyak jugak assignment..assignment berkumpulan dan juga individu..yang berkumpulan banyak assignment kene present..dan semua terlonggok minggu ni..huhu..disebabkan ahli kumpulan aku yang lain adalah  lelaki jadi malam kene lah keluar buat..tak pun kalau ada gap antara kelas ke pegi lah buat dengan dieorang..jadi dari pagi sampai petang memang penat..kalau gap rehat antara kelas kene bincang pasal assignment..lepas tu dah lama tak sibuk macam ni..jadi rasa agak penat la..petang balik dari kelas je kadang-kadang terlelap..sebab sekarang kelas memang pagi pukul 8 dan sampai petang..huhu..

Lagi bila buat keje ramai-ramai..konon nak bincang malam ni..lepas tu dah kumpul sekali maklumat tak cukup la..lepas tu perbincangan tak de hasil pun..lepas tu nanti kene kumpul lagi..Jadi aku nak elakkan aku penat dan serabut sangat aku pun selalu siapkan assigment awal-awal..kalau ada gap atau dekat rumah aku buat assignment individu awal-awal..tak kisah la nak hantar bila pun..

Plan nya ada masa macam gap sejam dua duduk dekat library lepas tu buat assignment atau study..dalam kelas kalau boleh aku memang tak nak lost..masa ajar aku nak faham masa tu jugak..baru la berbaloi aku datang..nanti tak delah ambil masa lagi nak baca nak faham kan..tak faham bole tanya lecturer terus..dan kira nya aku buat preparation untuk test dan final terus la..memang malas nak tangguh-tangguh macam dulu..kalau tak serabut nanti..Insyaallah semua akan baik..walaupun agak penat dan serabut tapi untuk kesenangan di masa depan tak pelah..bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan..en.bf pun agak sibuk dengan keje dia..

Aku pun dah kene pegi daftar untuk short course dan module lain..ada kene dapatkan sign lecturer yang dah pernah mengajar sebelum ni la..apa yang aku boleh selesaikan aku nak selesaikan cepat-cepat..semua dah settle nanti tak la pening kepala..hujung-hujung serabut itu ini tak siap kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...