Sunday, 25 November 2012

Demam

Assalammualaikum..

Hari ni masuk hari ke-3 aku demam..huhu..minggu depan penat sangat kot..tambah cuaca yang tak menentu sekarang..kejap hujan kejap panas..lepas tu duduk dalam air cond lama-lama..tambah pulak hari khamis lepas aku tertinggal hand phone dalam kereta budak kelas yang aku tumpang..aku nak pinjam telefon orang lain call no aku sendiri sementara dieorang nak sampai rumah tak dapat pulak..aku pun jalan kaki je lah panas-panas pekul 1 masa tu..huhu..

Malam tu tidur tekak dah rasa perit..memang tanda-tanda nak demam..huhu..hari Jumaat tu boleh je lagi jalan-jalan pegi Kuantan..padahal selesema dah meleleh-leleh..dapat pulak malam tu berjimba balik pagi..aku malas nak layan sangat..bawak je lah jalan-jalan..kalau duduk dekat rumah je lagi la lesu..dalam badan pun panas..aku pun minum la air masak banyak..asyik nak ken tandas je terkencing..masa keluar tu ada jugak beli panadol soluble 4 biji..balik malam tu dalam pukul 4 minum sikit lepas tu makan panadol dengan harapan dapat tidur dengan nyaman sebab ada orang advice aku kata ok..tapi pukul 4 lebih aku tido pukul 8 lebih dah bangun hidung tak selesa dengan nak terkencing nya lagi..pukul 9 lebih pun aku bangun..pukul 11 lebih pun aku bangun..memang penat..huhu..

Petang semalam keluar makan..keluar jauh la pulak dieorang ni..ingatkan nak pegi makan dekat-dekat je..lepas tu boleh pulak nak tengok wayang..aku memang cakap tak nak la..dah la dengan hidung penuh dengan selesema lepas tu dengan sejuk nya lagi dalam panggung wayang tu karang..sabar je lah..aku kata malam tu memang nak pagi klinik jugak...tak kisah la nak kata mahal ke..kalau tak sembuh cepat nanti nak pegi kelas pun susah..nak buat keje pun susah..mengganggu mood aku..nyesal jugak aku ikut kuar semalam..kalau tau baik aku pegi klinik malam tu boleh jugak lepak dengan besfren..semalam dah la tak dapat jumpa besfren..huhu..nampak die nak jalan nak pegi naik boat je masa aku balik dari mall..

Lepas hantar 2 orang lagi balik aku pun ajak roomate aku pegi klinik..punya lah nak carik klinik yang 24 jam..sebba masa tu pun dah 11 lebih..banyak klinik yang dah tutup..nasib baik jumpa satu klinik..aku pun memang nak jumpa Dr..masa Dr amik suhu kata demam aku agak panas..tekak pun merah je..aku memang mintak ubat yang kuat dan boleh bagi mengantuk supaya aku boleh tidur dengan aman sikit..kalau tak asyik terbangun je..Alhamdulillah bangun pagi ni rasa lega jugak walau pun selesema masih meleleh-leleh lagi..hari ni dah start batuk berkahak..tapi badan tak panas sangat lagi aku rasa..mungkin sebab malam tadi tidur dengan tenang sikit kot..lepas balik kelas tadi aku balik makan ubat..nak rehat..supaya cepat sembuh..huhu..ada quiz dan test minggu ni..

Kalau makan tak payah cakap la..memang tak rasa pape..telan je lah..hari ni aku cuma makan nestum, susu dan buah je..elok jugak demam dan tak de selera sangat nak makan ni..turun sikit berat badan..kalau tak makan ikut nafsu je..aku pun dah lama tak demam..sakit tu kan penghapus dosa..juga peringatan dekat diri sendiri kalau aku terleka..nasib baik jugak aku tak pening kepala demam ni..Semoga cepat sembuh..boleh pegi kelas dengan tenang..tadi pegi kelas selesema meleleh-leleh..huhu..nak study untuk quiz dan final..nak dapat result yang mantap lagi..Amin..:))


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...