Saturday, 10 November 2012

Cuti lagi..

Assalammualaikum..

Sem ni banyak betul cuti..lepas daftar hari tu cuti raya AidilAdha dalam seminggu..ni cuti lagi seminggu lebih..patutnya cuti minggu depan bermula 12hb sampai 17hb..dah siap beli tiket 13hb..ingatkan ahad dan isnin ada kelas..lagi-lagi nak settle kan pasal pengajian aku..kot-kot HOD call minggu depan ke..lepas tu tengok naik notis cuti mula hari isnin 12hb..hal pengajian pun dah settle minggu ni..subjek dah tambah..jadi aku pun malas nak stay untuk pegi kelas satu hari je hari ahad nanti..tapi risau jugak la sebab hari ahad tu banyak subjek..

Sem ni lepas ni memang kene fokus betul-betul..dengan workload yang makin bertambah..dengan banyak cuti nya..lepas tu ad subjek yang tak de lecturer lagi..hari tu en.bf datang..sehari lepas tu pulak petang tu Hendry call bagi tau die dah naik kapal..malam tu pegi jemput die dan hantar die pegi hostel..jadi fokus tu agak lari..huhu..

Lepas tempoh pengajian aku berjaya di pendek kan..aku pun pilih lah beberapa matapelajaran yang tak clash dengan jadual aku..course aku agak leceh jugak sebab ada prasyarat..HOD aku mintak aku buat course structure aku sendiri..tapi aku pulak fikir tak boleh buat dulu sebab jadual lepas ni tak tau lagi..tapi bila dah balik rumah aku terus fikir aku memang patut buat course structure aku sendiri dan kalau boleh bila dieorang buat jadual akan consider subject yang aku patut ambil..macam mana aku pun aku kene ikut course structure aku sebab jadual die memang dah pack untuk aku..balik tu aku memang buat course structure aku setiap sem yang terbaik..memang betul-betul fit..kalau tak memang habis aku..huhu..dah naik sem nanti aku memang kene bagi course structure aku dekat HOD dan bincang dengan die..harapnya semua dipermudahkan..Amin..

Sem ni pun memang perlukan fokus yang lebih..dengan 23jam seminggu jam kredit aku memang perlukan tumpuan dan komitmen yang lebih..tapi Alhamdulillah lah lecturer dan kawan-kawan ok..walaupun aku akan masuk kelas dengan bukan batch aku sahaja lagi tetapi campur dengan budak sem lain..Insyaallah semua dipermudahkan..aku pun perlu kuat hadapi semua ni..semua ni cabaran dan dugaan..dan bila fikirkan yang positif aku akan lebih ramai kenalan..boleh mintak note dan belajar dengan dieorang sebab dieorang dah belajar awal dari aku..en.bf pun banyak membantu..biasanya aku bagi tau chapter yang aku belajar atau kalau jumpa aku akan tunjukkan note aku dekat die dah die akan ajar aku sikit-sikit apa yang die tau berdasarkan pengalaman die..sama-sama belajar kan..

Cuti kali ni pun agak seronok..sebab bila balik ramai yang ada dekat rumah..Luqman macam biasa cuti hujung minggu..Wafi cuti dua minggu lepas exam sem 1..zakiah cuti seminggu study week dekat rumah dan Hakim pulak cuti hujung tahun..Jadi cuti yang sangat best..dekat rumah pun meriah je..lepas ni kene study betul..no ronggeng-ronggeng any more..banyak harapan yang aku pikul..aku tak nak kecewakan orang-orang yang aku sayang..terutama nya diri sendiri..dah sampai ke tahap ni tak kan aku nak sia-sia kan peluang yang aku ada..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...