Wednesday, 14 November 2012

Buah-buahan..

Assalammualaikum..

Balik cuti ni bertambah seronok sebab banyak buah-buahan..atau dengan kata lain banyak pokok buah yang mengeluarkan hasil..hehe..Ini jugak lah sebab kenapa aku suka duduk rumah yang ada halaman..sebab boleh tanam macam-maca keliling rumah..boleh tanam pokok buah, sayur-sayuran dan pokok hiasan..

Macam rumah aku ni banyak jugak lah pokok buah keliling rumah ni..dan sayur-sayuran dan pokok hiasan..pokok hiasan ni termasuk la pokok bunga dan pokok tak berbunga..hihi..

Jadi kebetulan ramai yang ada dekat rumah ni memang sesuai sangat la..banyak pokok buah yang berbuah..ramai la yang dapat rasa..syok betul perasan dapat makan buah direct dari pokok..nak makan je pegi dekat pokok petik terus makan..memang fresh sangat kan..hehe..

Nama pokok ni rambutan anak sekolah..pokok die masa kecik pun dan berbuah..buah nya pun manis..walaupun buah die warna hijau dah boleh makan..tak delah manis sangat tapi dah boleh makan..kalau warna dah warna merah memang manis..

Buah dia memang sampai atas tanah..kene tupang dengan kayu sebab bila berbuah jadi berat..tapi ok gak..senang nak ambil..hehe..

Buah mangga..dekat rumah ni ada beberapa pokok mangga dan rajin berbuah..kalau teringin nak makan petik je makan dengan kicap campur gula..lepas tu letak cili sikit..pergh memang sedap..tak pun aku suka campur mangga kalau goreng sardin..

Pokok betik yang yang buah nya panjang-panjang..kalau buah dah masak manis..kalau muda lagi besa nya buat rendang betik..feveret aku tu rendang betik..hehe..

Limai kasturi..ni aku suka ambil 2 biji pagi-pagi..tiap kali bangun pegi petik..hehe..letak dalam air sejuk untuk minum bangun dari tidur..banyak buah dia..kalau teringin nak minum sirap limau, buat air limau pun pegi je ambil..senang kan..hehe..

Buah manggis yang baru nak berbuah..harap sempat rasa sebelum balik..hehe..aku suke manggis..tapi poko ni kecik lagi..jadi buah pun tak berapa banyak..

Pokok pisang..pisang pun best jugak..makan pagi-pagi sebagai sarapan..elok untuk bantu proses penghadaman..boleh goreng untuk minum petang..dan hari tu baru lepas buat kerepek pisang..sikit punya banyak kerepek pisang tapi kejap je dah licin..sambil tengok tv makan..snek terbaik..tak pandang dah keropok lain..

Memang banyak pokok keliling rumah ni..pokok kelapa la..wan aku ada jugak pegi jual kelapa dekat kedai bila dah banyak..selain bagi suasana segar keliling rumah..banyak pokok jadi karbon dioksida diserap dan pokok-pokok hijau ni melepaskan oksigen..beri kesegaran..rasa redup je..keliling rumah tak panas sebab pokok-pokok ni jadi shield dari cahaya matahari..dan boleh nikmati hasil buah-buahan die yang sangat lazat..kalau nak banding buah import aku memang lagi suka buah tempatan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...