Saturday, 20 October 2012

Yayasan Bank Rakyat (Quiz)

Assalammualaikum..

Masa cuti tempoh hari aku dah pegi buat quiz untuk Tajaan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat (YYB) yang aku pohon..disebab kan takde internet masa cuti hari tu jadi untuk online aku kene la pegi cc..tapi cc yang aku pegi tu internet nye lembab..masa dapat email dari YYB memang die dah inform awal-awal kalau masa buat ada masalah internet memang dieorang tak tanggung risiko..huhu..dieorang recommend guna TM streamyx atau Unifi..atau boleh datang dekat YYB dekat Jalan Tangsi untuk buat quiz ni..

Aku rasa memang perlukan talian internet yang elok..pegi cc Taman Bandar Senawang pun macam tak ok..punya lah ramai budak sekolah main game..dengan bising nye..kalau nak buat quiz memang tak sesuai..ada satu cc ni je yang macam ok skit masa aku pegi..bila tanya pendapat en.bf die pun cadangkan buat quiz ni dekat YYB je..malas nak amik risiko..

Lagi pun masa tu cuti aku pun rasa ok je nak pegi buat dekat KL..dapat gak jalan-jalan..hehe..aku pegi petang..sampai dekat Sg. Besi hujan punya lah lebat..tapi sampai dekat CM mendung je..tak hujan lagi..sekali sampai dekat Masjid Jamek tengah jalan nak ke YYB hujan turun..huhu..redah je lah..

Soalan die ada 5 bahagian..
Bahagian A: Soalan berkaitan Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat
Bahagian B: Bahasa Inggeris
Bahagian C: Matematik
Bahagian D: Pengetahuan Am
Bahagian E: Soalan Kreatif
Semua calon dinasihatkan supaya membaca maklumat dengan membuka laman web Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Bakal calon juga dinasihatkan mengulangkaji soalan-soalan Peperiksaan PMR dan SPM bagi menjawab ujian Bahasa Inggeris dan Matematik.

Soalan Pengetahuan Am menjurus kepada subjek sejarah negara, sejarah dunia, isu-isu semasa dan sebagainya.

Calon dibenarkan menduduki ujian ini bermula 9 Oktober 2012 sehingga atau sebelum jam 11.59 tengah malam, 22 Oktober 2012.
Anda perlu menjawab hanya 52 soalan yang meliputi semua topik yang dinyatakan seperti di atas. Diingatkan bahawa soalan-soalan adalah berbentuk dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tempoh masa yang dibenarkan untuk menjawab semua soalan adalah selama 32 minit
    Calon boleh memilih untuk menduduki ujian saringan ini di pejabat Yayasan Bank Rakyat beralamat seperti mana di bawah dan YBR tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan bagi menduduki ujian ini.
    YAYASAN BANK RAKYAT
    TINGKAT 17, BANGUNAN BANK RAKYAT,
    JALAN TANGSI, PETI SURAT 11024,
    50732 KUALA LUMPUR
    MASA: 8.00 PAGI – 4.00 PETANG
    HARI : ISNIN HINGGA JUMAAT (HARI BEKERJA SAHAJA)
    Bagi yang memilih untuk tidak menduduki ujian ini di pejabat YBR calon digalakkan menggunakan TM Streamyx atau Unifi. YBR tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko seperti talian internet tergendala dan bekalan elektrik terputus sewaktu kuiz saringan ini dijalankan di luar pejabat YBR kerana kuiz ini hanya boleh dijawab SEKALI SAHAJA dan TIADA PELUANG KEDUA DIBERIKAN BAGI MENJAWAB KUIZ INI.
Masa pegi tu aku siap bawak note yang aku ambil dari internet mengenai Bank Rakyat dan YYB..bawa kamus untuk soalan Bahasa Inggeris dan bawa kalkulator untuk soalan matematik..semangat sungguh kan..hehe..orang lain aku tengok datang rilek je..lenggang kangkung je..tak pelah mungkin la sebab dieorang bijak..baru lepas SPM jadi masih fresh lagi..aku memang perlukan sangat PPBU ni untuk tampung pengajian aku..jadi kene usaha sungguh-sungguh..huhu..

Quiz dia lebih kurang macam ambil test berkomputer JPJ tu..cuma yang beza nya soalan die keluar satu-satu..lepas jawap satu soalan baru soalan seterusnya keluar..jadi kalau tak tau kene hentam je lah..huhu..kalau tak banyak lagi soalan nak jawab kan..macam aku ni pulak masa soalan mengenai Bank Rakyat dan YYB tu siap check note..bukak web YYB la nak confirm kan jawapan..dah la internet dieorang pun tak la jau mana..lepas dah klik jawapan tu loading jugak nak ke soalan seterusnya..sabar je lah ak..masa mula-mula jawab memang aku banyak bazir masa..check note, bukak web confirmkan jawapan..masa soalan English siap bukak kamus la nak confirmkan meaning..sebab pada aku tiap soalan tu bernilai..karang fikir kejap main hentam je rugi pulak kan..

Jadi memang awal-awal tu banyak buang masa..patut nya satu soalan berapa lama je masa kan..lepas tu kene la buat laju-laju..huhu..soalan mathematics nasib baik aku bawak kalkulator..ble kira pakai kalkulator je..lepas-lepas tu memang baca soalan tengok jawapan terus jawab je.. huhu..dengan loading lepas jawab soalan agak lama nye..jadi aku sempat jawab 47 daripada 52 soalan je..huhuhu..sedey giler..5 soalan tak jawab..yang jawab pun belum tentu betul kan..huhuhu..

Sedey je lepas tu..dah la ramai yang pohon..tu yang kene buat quiz nak shortlist kan nama..nanti nama kene bawak meeting dulu die kata..Balik tu pun hujan lebat lagi..lama jugak tunggu hujan reda..Insyaallah bulan depan tau keputusan dapat ke tak..aku harap sangat dapat loan ni..huhu..kalau ada rezeki dapat la kan..Amin..




25 comments:

  1. salam awk.. sy nak tnye..awk dpt x ppbu nie??.. sy pom mcm awk..xsmpt jwb hbs..huhu..

    ReplyDelete
  2. awak , website mane yg saye patut pergi untuk buat ujian saringan tu . ? knpe home yayasan bank tu xde tulis pape pon mengenai ujian tersebut , kalau ade link please share , :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada submit application YBR akan inform anda melalui email detail mengenai ujian saringan ni..memang tak de dekat website YBR..mksudnye siapa yg dipilih berdasarkan application yang akan buat ujian ni..harap ni membantu..

      Delete
  3. Replies
    1. seingat sy tak susah sngt pun..general math je..cuma masalah masa je..sbb nk bc, faham dan kira..

      Delete
  4. Nak tanya..
    slain PPBU ni... boleh mohon biasiswa/pinjman boleh ubah apa je ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mksudnya company/institute lain ke?..

      Delete
  5. Nak tanye lepas ujian ni , ade interview x? Ke trus dpt loan

    ReplyDelete
  6. kalau pengajian kita 4 thun,mknanya dia akan tanggung selama 4 thun ke? lgi satu,pinjaman nih ad iv ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya mcm tu la..
      tp kalau nk info lg cepat dah sahih baik call dieorg terus..

      Delete
  7. Hai i nak tanya, boleh bagi contoh soalan bagi setiap bahagian tu? Especially bahasa english, matematik and soalan kreatif tu?

    ReplyDelete
  8. Harap dapat membantu. Just nak dapatkan gambaran soalan yg bakal ditanya nt. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  9. Semua soalan objektif atau subjektif yea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu sy dlu semua soalan objektif..

      Delete
  10. Saya nak mohon tapi saya kurang faham isi dlm borang tu...
    Boleh ke kalau kita mohon sebelum masuk u? Masuk u dlm 28/8 ni.. tapi dia tanya pasal semester kini.. apa patut saya jawab..
    Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  11. Rasanya borang sekarang lain sikit dr borang dulu..
    Mungkin bole pg ke bank rakyat terus untuk lebih penjelasan..

    ReplyDelete
  12. trima kasih saudari atas perkongsian..moga dipermudah segala hal saudari :)

    ReplyDelete
  13. Hi.. email yang awak terima daripada bank rakyat tu kan..lama x nak dapat email tersebut?
    Lepas tu cam mana nak tahu kita diterima ke x?
    thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hamizah,

      Rasanya dulu tak de lah lama sangat nak dapat email tu..
      Sy check status permohonan sy melalui call..

      Delete
  14. Salam. soalan berkenaan bank rakyat ada ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..tak de la..sbb quiz online..

      Delete
  15. Soalan dalam bahasa melayu atau inggeris?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...