Tuesday, 2 October 2012

Yayasan Bank Rakyat 2012 (2)

Assalammualaikum..

Aku dah start cuti sem dari hari khamis minggu lepas..26hb tu last paper..27 siang ada setelkan hal dekat kolej untuk transfer kredit..harap sangat boleh transfer lagi..boleh kurangkan lagi yuran..dapat gak jimat kan tempoh pengajian aku..Amin..Petang tu sempat lagi pegi karaoke dengan Zila, Amani, Faiz dan Alet..berkali-kali terjatuh cinta bila dengar Faiz dengan Alet nyanyi..hehe..Lepas karaoke pegi makan beramai-ramai..Malam nya en.bf datang amik dalam pukul 11 untuk balik KL..

29hb kene pegi Petrosains la pulak..punya la banyak plant dekat Terengganu kenapa lah nak buat lawatan dekat Petrosains..pelik betul aku..dalam pukul 12 lebih aku kuar dari rumah..naik LRT dekat Setiawangsa..Faiz dengan Alet tunggu dekat KLCC..jadi sama-sama pegi dengan dieorang..kita orang keluar dalam pukul 3 setengah..ada setengah jam lagi..boleh pulak kene kumpul ramai-ramai nak amik gambar pukul 4..dah nak keluar tu aku sms Haziq..ajak dia datang KLCC jumpa dekat sana..sebab lepas balik dr KLCC aku dah nak balik kg..sempat la makan waffles dengan ice cream yang sedap..nanti nak datang makan lagi la..teringat-ingat aku..huhu..

Jadi dari hari sabtu aku dah duduk dekat rumah..broadband pulak tak beli baru lagi..sebelum ni kan modem aku tercicir..huhu..jadi semalam ialah tarikh tutup untuk Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat..aku pernah share dulu kalau nak baca balik dekat sini.

Malam semalam aku pegi CC..tapi tak de pape maklumat aku aku dapat lagi..mungkin baru tutup kan..petang tadi aku bertolak dari rumah ke Johor Bharu..sekarang aku berada di Johor Bharu untuk hantar ayah pergi keje esok..mak dengan wan ikut sekali..sementara ayah pegi keje sampai petang esok kita orang tinggallah sini jalan-jalan..kalau sempat boleh lah lawat hakim dekat sekolah esok..huhu..

Jadi aku gunakan internet dekat hotel ni untuk akses internet..bukak email tadi tengok ada satu unread email..dari Yayasan Bank Rakyat..bukak je tulis..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saudara/Saudari telah disenarai pendek untuk mendapat tajaan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU). Sebagai syarat saringan seterusnya, saudara/saudari dikehendaki menduduki ujian.


Alhamdulillah..aku di senarai pendek..aku tersangat la perlukan tajaan ini untuk menampung kos pengajian aku..Seterusnya aku dikehendaki menduduki ujian bermula 9 Oktober 2012 sehingga atau sebelum jam 11.59 tengah malam, 22 Oktober 2012. Ada 5 bahagian pecahan soalan..jadi cuti ni aku nak prepare untuk ujian ini..Doakan aku berjaya dalam ujian ini dan dapat tajaan ini..Amin..


1 comment:

  1. assalam.... dapat tak pinjaman bank rakyat tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...