Tuesday, 30 October 2012

Welcome November..

Assalammualaikum..

Hari ni hari terakhir bulan Oktober..esok dah bulan November..Tahun ni aku rasa memang tahun yang agak mencabar bagi aku dan en.bf..banyak dugaan dan cabaran yang kami hadapi..kami cuma berdoa dan berharap ada kesudahan dan penyelesaian yang baik untuk semua dugaan dan cabaran ini..tahun ni juga banyak benda jadi tanpa di duga dan di rancang..salah satu nya aku belajar balik..memang salah satu perkara yang terjadi tak pernah di rancang..keputusan dan proses nya pun cepat je..Sesungguhnya Tuhan tu sebaik-baik perancang..

Untuk bulan November ni beberapa debaran menunggu kami..memang kami harapkan yang terbaik..

1) Keputusan untuk permohonan aku nak memendekkan tempoh pengajian masih belum tahu lagi..kalau dah tau keputusan dan tempoh pengajian dapat di pendekkan memang aku bersyukur sangat..kene arrange jadual pengajian aku dengan sebaik-baik nya..

2) Mengikut kata pekerja Yayasan Bank Rakyat (YBR) keputusan bagi siapa yang dapat tajaan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah pada bulan November..jadi memang berdebar-debar lah..ni je lah satu-satunya harapan aku untuk tampung kos pengajian aku..walaupun tak cukup tampung semua tapi kalau dah boleh tampung yuran pun aku memang dah syukur sangat-sangat..

Berikutan perkara no.1 berhubung perancangan aku untuk pendekkan tempoh pengajian aku nanti akan berkaitan dengan PPBU aku jugak..sebab walaupun aku pendekkan tempoh pengajian dari tujuh semester kepada 5 semester tetapi jumlah yuran pengajian adalah tetap sama macam 7 sem..jadi aku kene tanya YBR dulu kalau-kalau perkara tu boleh di runding..

Kene usaha lebih sikit la..nak pohon pendekkan sem pun makan masa nak tau keputusan dia..kalau dapat YBR kene dan boleh pendek kan sem kene pegi YBR pulak discuss..No Pain No Gain macam atok aku kata..hehe..aku usaha je lah mana yang termampu..

3) En.bf sekarang tengah cari keje baru..hari tu ada pegi interview dekat satu company ni..sepatutnya minggu lepas dah tau dapat ke tak..tapi bila tanya status die kata KIV..HOD department tu suruh update status balik esok..

Sebenarnya die dah offer dekat beberapa orang yang lebih experience..bila en.bf tanya kalau dieorang accept kira die tak dapat ke tapi HOD tu kata tak semestinya sebab die still looking for Engineer..sabar je lah..aku harap sangat en.bf dapat keje dekat company tu..Ni pun akibat dari perbuatan silap pertimbangan dalam membuat keputusan..takpelah sekurang-kurangnya belajar lah dari kesilapan tu..memang banyak sangat pengajaran yang kami sama-sama dapat..

Untuk perkara-perkara dia atas aku memanga harapkan penyelesaian yang positif dan terbaik..Amin..doakan yang terbaik tuk kami..:))






4 comments:

  1. assalam..nak tanya, cik dapat Pinjaman BolehUbah YBR sesi 2012/2013 ke?

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    Tak dapat..:(
    Awak pun ada apply ke?..

    ReplyDelete
  3. salam.
    pinjaman boleh ubah ybr ni ada ujian kelayakan ke?Ada x kawan2 yg berjaya dapat pinjmn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..
      Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) YBR ni ada kene pegi test..
      Lepas submit online dieorang akan inform kalau berjaya untuk buat test..
      Tak de pulak sy tau siapa yg dpt..
      Sbb sy apply ni pun sblm masuk blajar..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...