Wednesday, 17 October 2012

Semester Baru Semester 2..

Assalammualaikum..

Hari ni sesi pendaftaran untuk Sem baru..dah masuk Sem kedua dah aku..kejap je masa berlalu..sekarang serabut jugak la bila fikir mcam mana nak bayar yuran. sebab sem ni memang kene bayar yuran..kalau tak bayar nanti pening kepala pulak nak ke sana ni uruskan macam-macam..tak boleh ambil exam la..itu ini lah..kalau sebelum ni orang kata management dekat sini agak teruk..pada aku memang agak teruk jugak la..mungkin cara dan pemikiran dieorang ni belum betul-betul professional..ada yang 1st job dekat sini..lepas tu keras kepala pulak..orang tegur tak nak dengar..at least dengar la lpeas tu discuss la untuk kebaikan bersama..untuk grow atau develop kita tak boleh lah static je..kene la dengar pendapat orang jugak..berani ambil keputusan..cuba sesuatu yang baru..kalau tak memang statik je lah..sebab tak berani ambil risiko kan..

Aku doakan yang terbaik je lah..registration aku pun tak settle lagi..ada subject yang aku usaha untuk drop dan ada jugak subject dari sem depan yang aku bawak masuk..melalui pengalaman sem sebelum ni Insyaallah aku boleh buat..dengan tempoh semester yang lebih panjang, semangat untuk habis cepat dan kembali keberja semula yang makin tinggi dan semakin fokus..Insyaallah..banyak sangat yang aku ingin pelajari..

Esok aku akan cuba siap kan surat yang bukan sepatutnya aku yang buat pun..tapi tak pelah..aku malas nak bising layan kan je lah..harapnya semua berjalan dengan lancar..Amin..

Selain sesi pendaftaran untuk sem ni..aku pun dah dapat result untuk sem lepas..sebenarnya aku dah dapat khabar angin mengenai keputusan aku ni dari semalam lagi..kakak roomate aku kan dekat bahagian HEP..lecturer aku pun semangat je nak tengok result aku..hehe..tapi tak tengok sendiri depan mata ak malas la nak harap sangat jugak..walaupun pun sumber dari sumber yang boleh dipercayai..huhu..

Tadi aku orang pertama yang register..Ladies 1st kan..hehe..lagi-lagi seorang perempuan..layanan memang selalu terbaik..haha..lepas dah dapat jadual sem ni dan sign subject yang didaftarkan untuk sem ni..lecturer tu bagi slip result aku terbalik..yang lain memang berminat je nak tau kan..haha..muka masing-masing memang..aku bangun dan tengok dekat belakang..Alhamdulillah..


Lepas ni kene lebih fokus..nak habis cepat kan..nak dapat sponsor..tak sabar nak keje balik..belajar lah dengan penuh rasa gembira dan rasa ingin tahu yang tinggi..nak mendalami ilmu tu..dengan penuh passion..Insyaallah..berkat usaha dan doa keluarga, en.bf dan sahabat sekalian..aku akan cuba yang lebih baik lagi lepas ni..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...