Wednesday, 19 September 2012

Sahabat..

Assalammualaikum..
Aku rasa semenjak dua menjak ni semangat aku makin hilang..atau aku ni jenis yang sensitif sangat..sebab tu lah aku lebih suka berada dengan orang-orang yang aku rapat..orang-orang yang dah memahami aku..mungkin jugak sebab dah lama tak balik rumah..rindu dengan keluarga..dengan en.bf dan kawan baik aku yang hensem ala-ala model tu..kadang-kadang nak menulis pun macam tak de idea da..selalu sangat tulis benda yang serius orang pun bosan pulak nak baca kan..

Tapi kadang-kadang tu masa awal-awal nak tulis macam tak de idea je..tapi bila dah start menulis macam-macam benda sangat pulak nak cerita..kalau boleh tu semua benda nak cerita..haha..bercerita mengenai kawan-kawan aku memang selesa berkawan dengan orang yang aku dah kenal lama..baru la aku senang sikit nak bercerita..dan kadang-kadang aku tak perlu pun nak bercerita lagi sebab die sebahagian dari hidup aku..die sebahagian dari hidup aku..watak-watak yang penting dalam kisah hidup aku..sebab kalau orang yang aku baru-baru kenal ni aku memang ok je untuk berkawan..tapi aku akan cuba kenal dia macam mana dan sesuaikan dengan keadaan..mungkin ada cerita yang tak sesuai untuk dibincangkan bersama..untuk berkawan boleh tapi untuk berkongsi kisah peribadi memang sangat susah dan sangat selektif..

Tapi kebanyakan kawan baik aku memang aku dah kenal lama la..berkawan rapat dari sekolah..aku kami membesar sama-sama..aku pun kenal dengan keluarga dia..Contohnya dalam berpasangan..aku start berpasangan selepas aku habis sekolah..itu pun tak disengajakan kot..hehe..dan aku harap dia adalah jodoh aku..Insyaallah..sebelum tu aku memang berharap aku dapat pasangan yang aku dah kenal lama..dah tau serba sikit perangai dan sikap dia..aku kenal keluarga dia macam mana..sekurangnya aku tau la serba sikit mengenai keluarga dia..dan Alhamdulillah pasangan aku sekarang orang yang aku kenal sejak aku tingkatan 1 la..masa aku baru kenal apa itu sekolah menengah..kami sekelas masa form dua dan tiga..tapi form 4 die dan aku bersekolah di sekolah yang berbeza..jumpa balik masa matrik walaupun berlainan matrik dan sejak tu dia sebahagian dari hidup aku dalam beberapa fasa sampai la sekarang..

Best Friend Forever (BFF) aku yang hensem ala-ala model tu pun aku kenal dari tingkatan 1..kami sekelas dulu..tapi lepas tu die pindah kelas lain..masa form 4 pun tak sama sekolah..tapi satu matrik..amik pulak sama-sama sains fizikal..sekelas pulak dengan kawan baik satu course satu dorm masa aku form 4 dan 5 dulu..lepas tu memang rapat giler..ber outing sampai ke melaka dengan family aku sama-sama..tukang teman aku kalau ada kenduri dekat rumah..sampai family aku pun tanya tu boifren aku ke..masa dekat matrik pun ramai yang ingat aku couple dengan die..tapi kami cuma kawan baik..kalau bab shopping memang die la partner aku..hehe..suka window shopping dengan dia..aku pun agak rapat dengan mak die..dan ok je dengan adik beradik die..aku suka sebab die jenis yang terbuka dan memahami aku..kalau aku cerita pape pun feedback die agas bagus walaupun mulut agak pedas..penghibur hati aku..harap persahabatan kita kekal walaupun masing-masing dah ada pasangan masing-masing nanti..Amin..

Sorang lagi pulak BFF aku perempuan..aku kenal masa dekat Penang dulu..die ni memang simple orang nya..mungkin tu sebat kita orang ni sesuai..dengan dia memang sangat mudah..sebab tu la bila die dah habis atau masa nak tu tak habis lagi tapi dekat-dekat nak habis dah..aku ajak dia keje dengan aku..sebab aku kenal die macam mana..keje tu pun agak sesuai dengan die..dan die jenis tak banyak hal..jadi aku ajak keje sekali..selalu pegi makan sama-sama dekat Penang dulu..boleh kata tiap hari..boleh berkongsi masalah..tan berdendam orang nya..kadang-kadang aku ni bercakap tak fikir perasaan orang sikit..huhu..aku lagi suka direct to the point..kalau aku salah betul kan apa yang aku cakap tu..masa duduk dekat KL sama-sama memang banyak berkongsi suka dan duka..kongsi stress pasal keje sama-sama..hehe..tak berkira pasal duit..dan sampai sekarang selalu jadi tukang dengar masalah dan kalau ada kemusykilan selalu jugak la berbincang dan tanya pendapat dia..sabar melayan emosi aku yang selalu tak menentu ni..huhu..

Dan ada beberapa orang lagi kawan yang agak rapat la..walaupun jarang berjumpa tapi masih keep in touch..Hafez yang tak pernah miss datang rumah aku kalau raya..aku pun selalu datang rumah die masa raya gak..hehe..Kalau nak beli rumah boleh contact die..hehe..Hendry yang tak balik-balik lagi..tak berkira orang nya..sanggup ajar aku bawak superbike dengan Ninja dia walaupun aku tak pernah bawak motor yang ada clutch..huhu..minyak pun di sponsor..hehe..mak dan ayah die pun memang baik dan sporting..kalau pegi rumah die memang selesa je..kadang-kadang satu family lepak borak sekali..mak die pun ingat je aku..smsa datang rumah tunggu Hendry pegi isi minyak motor jiran die datang siap ingat aku bakal menantu lagi..gelak je mak die..marah awek Hendry kalau tau..haha..

Pape pun aku harap hubungan kami kekal elok sampai bila-bila walaupun masing-masing dah ada pasangan masing-masing..tipulah tak pernah berbalah..tak pernah bergado..selalu je..silap..selalu sangat..lagi-lagi dapat kawan yang keras kepala dan sensitif macam aku ni..huhu..tapi apa yang menarik nya bila cara dieorang handle aku..keserasian kita orang..berterus terang nya bagi aku faham dan nasihat dan bertukar pendapat untuk kebaikan aku..Itulah yang dinamakan SAHABAT..


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...