Thursday, 13 September 2012

Rezeki..

Dalam entri post sebelum ni ada cerita mengenai cabaran dan hidup aku kan..Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan dan dikawal dengan baik..Syukur sangat..memang jadikan aku makin tabah hadapi hidup ni..

Semalam ikut Zila balik rumah dia lagi..Dalam perjalanan nak balik tu singgah dekat pasar raya dulu sebab kakak dia nak berbuka puasa..Sebut pasal puasa Alhamdulillah aku dapat puasa lapan hari berturut-turut..lepas tu dah period..jadi puasa yang tertinggal untuk Ramadhan tahun ni semua nya dah di ganti..cuma lepas ni nak puasa sunat setiap Isnin dan Khamis kalau ada rezeki..

Kalau masih ingat aku ada buat post mengenai Permohonan Sumbangan Kemasukan Pertama IPTA/IPTS Pejabat Menteri Besar NSDK & Permohonan Sumbangan bagi Melanjutkan Pengajian (Part 2) di sini dan sini..Boleh baca balik kalau nak tau..Hari tu aku call Pejabat MB melalui nombor yang ada dekat borang untuk semak status permohonan aku..Alhamdulillah permohonan aku dah diluluskan..Dapat RM500..ok lah dapat RM500 kan..tak de sape saje-saje nak bagi duit..boleh lah tampung perbelanjaan aku..tlega bila dengar permohonan dah lulus..tapi tak tau bila nak dapat check nya..kene tunggu lagi..aku dah la memerlukan duit..kalau nak bank in pun tak boleh..nak buat check tu kene queue la..call kakak aku yang biasa berurusan dekat sana untuk tanya kan..tapi tak boleh jugak..tak pelah..banyak nak guna duit..semalam pun baru naik notis untuk buat Seafarer Card..jadi kene bayar RM80 dan buat medical check up..nak buat medical check up pun kene keluar duit lagi..

Meleret-leret pulak cerita dah..padahal awal nya nak cerita pasal benda lain..selalu macam ni..huhu..Lepas makan sekali tengok hujan lebat..jalan-jalan la dulu dalam mall tu..Zila dan kakak dia nak masuk Popular cari novel..aku pulak nak pegi tukar headband yang aku beli dua minggu lepas..masa beli tu aku tengok memang ada tape..ingat kan saje la..bayar terus balik..plan nak bukak dekat rumah..sekali dah sampai rumah nak bukak bila aku bukak tape tu rupenya tempat tu putus..dia sambung kan dengan tape..sabar je lah..sedih je sebab beli tapi dah rosak..semalam aku cuba pegi untuk mintak tukar..aku pegi check dulu..Ok ada warna yang aku nak dan dalam keadaan elok..Aku pun pegi dekat kaunter tunjuk dan cerita dekat budak tu..Alhamdulillah dia bagi tukar yang baru..walaupun dah dua minggu beli..jadi dapat la yang baru..hehe..

Lepas tu aku pun pegi Popular untuk join Zila dengan kakak nya..belek-belek lah novel jugak..cuma aku kurang berminat nak lepak lama-lama dekat situ..aku suka je baca novel tapi rasa tak berbaloi nak beli..lepas tu aku jalan-jalan cari tempat buku kesihatan dan motivasi..Rasanya aku lebih berminat dengan buku-buku yang agak serius sekarang ni..lebih-lebih lagi buku mengenai kesihatan dan motivasi yang berkaitan agama..tu aku lagi suka..tak beli pun..rasanya ada benda yang lebih penting untuk aku belanjakan duit aku..tengok-tengok buku mengenai kesihatan..lepas tu buku-buku motivasi..

Aku tertarik dengan ada satu buku berjudul "Mudahnya Mendapat Rezeki"..tak silap la..sebab aku macam ingat-ingat lupa..huhu..semalam penat sangat..huhu..Aku pun belek-belek..aku tertarik dengan satu subtopik dekat isi kandungan dia iaitu 'Ilmu adalah rezeki'..aku tertarik dan tersedar..tapi tak sempat baca pun..Sekurang-kurang nya mengingatkan aku dan menyedarkan lagi aku..Rezeki Allah bukan lah bebenbentuk material semata-mata..sebab bila aku kecewa pasal kerjaya aku sebelum ni..pasal duit..rasa susah bila tak de duit nak belajar ni..tapi bila aku baca ayat tu aku sedar..mungkin Tuhan bagi aku rezeki dalam bentuk lain..tak ramai orang dapat peluang macam aku..bekerja je sekarang untuk tampung hidup..tapi aku dapat belajar lagi..belajar Insyaallah untuk masa depan aku yang lebih baik..rezeki aku menuntut Ilmu formal dan mendapat ilmu tentang kehidupan..banyak sangat ilmu tentang kehidupan yang aku dapat..rezeki aku dengan ada keluarga yang baik..ada pasangan hidup yang baik..ada sahabat-sahabat yang baik disekeliling aku..banyak ilmu yang aku pelajari dalam hidup ini..ada pada waktu susah dan senang aku..temani sepanjang hidup dan langkah aku..rezeki untuk berkongsi dengan orang lain..mungkin itu rezeki yang Tuhan bagi aku..bukan dalam bentuk duit dan material..tapi dalam bentuk lain..Alhamdulillah..satu lagi pengajaran dan ilmu yang aku dapat..Ilmu yang sangat berguna berbanding duit dan material..Ilmu yang boleh menjana duit..Ilmu yang menjadi panduan dalam aku menjalani hidup aku..orang keliling yang supportive dan baik..Alhamdulillah..aku bersyukur sangat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...