Saturday, 8 September 2012

Oh My Housemate..

Aku menulis ni bukan lah nak mengaibkan sesiapa..cuma dikongsi untuk pengajaran bersama..Rumah ni ada tiga bilik..tapi budak ada satu bilik ni perangai die tak tau la nak cakap macam mana..aku dan budak lain memang bosan la..dah makan atau minum tak tau nak kemas dan basuh..Cawan dan pinggang yang dah digunakan tak dikemas balik..jangan kan kata nak basuh..tinggal atas meja dekat hall je..nak bawak pegi sinki pun tak boleh..kuali, sudip dan lesung batu dekat dapur pun tak reti nak basuh bila dah masak..

Masalahnya bila kami bilik lain protes lagi degil..tak rasa malu ke dengan perangai pengotor masing-masing..tapi nak berdegil tunjuk kan keras kepala masing-masing..Tak tau la nak cakap macam mana..mungkin bangga dengan perangai dieorang tu kot..tak nak mengalah..

Pada aku perangai masing-masing mencerminkan keperibadian masing-masing..kalau perangai pengotor macam tu tak de apa pun nak di banggakan..lagi tunjukkan sikap masing-masing yang buruk..dan disebalik sikap dieorang tu memang aku pernah baca yang tinggalkan bekas makanan tabiat yang tak elok..aku pernah baca dekat buku dulu..balik dari makan tadi aku google untuk di kongsikan dengan roommate aku..sebab bila aku cakap petang tadi die kata die tak pernah dengar..aku pun google dan tunjuk kan dekat die..dan aku rasa nak kongsikan dekat sini kalau ada yang tak tau lagi..

Aku ambil dali blog ini 

1. Segerakan Solat
ini bermakna kita jangan sengaja melewatkan setiap solat yang telah difardhukan kepada kita. Perbuatan ini tidak disukai Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya." 
(al-Ma'un:4-5).Rasulullah SAW bersabda"Yang membezakan (seorang itu mukmin) dan kufur serta syirik adalah meninggalkan solat".(Riwayat Muslim)

2. Memakai Selipar ke Tandas
Setiap kali kita hendak masuk ke tandas atau bilik air, sewajarnya kita memakai selipar. Hal ini kerana jika kita tidak memakai selipar, dikhuatiri terbawa keluar najis yang boleh mengotori seluruh rumah kita tanpa disedari. Malah kebersihan kaki kita turut terjaga.

3. Makan dan Minum
Pastikan setiap kali kita makan dan minum, peralatan yang digunakan dalam keadaan baik. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. makruh hukumnya kerana ia membahayakan . Kita juga tidak boleh bernafas atau menium minuman. Hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman."

4. Menjaga Kebersihan
Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor serta menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit. Justeru, setiap kali selepas makan atau minum, kita tidak boleh biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Malah ia makruh dan mewarisi kepapaan. Sisa-sia makanan yang tidak dibasuh akan menjadi habuan syaitan kerana mereka (syaitan) sangat suka kepada makanan yang kotor dan busuk. Dari "Amr bin Syu'aib katanya, Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaan dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain." (Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)

5. Jangan Tidur Selepas Solat Subuh
Kita tidak digalakkan tidur selepas solat Subuh kerana dikatakan nanti rezeki mahal. Pagi-pagi itu akan membuka pintu rezeki dan keberkatan. Ibn Hibban dalam sahihnya berkata, Nabi SAW melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka baginda bersabda, "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Riwayat al-Baihaqi)

6. Membaca Basmalah

Mulakan setiap kita makan atau minum dengan basmalah. Jika kita tidak membaca basmalah dan doa makan, nanti rezeki kita akan dikongsi dengan syaitan. Rasulullah SAW bersabda" "Rasulullah SAW (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki tidak mengucapkan Bismilah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap sahaja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi ke dalam mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan "Bismillahi awwalahu wa akhirahu" Kemudian Nabi SAW ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (setelah membaca Bismillah), makan syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya." (Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i)


Point no.4 tu la yang aku cuba tekan kan..Selain tu ada juga tambahan ilmu yang lain untuk sama-sama di kongsikan sebagai panduan hidup kita..Saling mengingati antara kita..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...