Saturday, 8 September 2012

Hari Ke-6 Puasa di Bulan Syawal..

Bermula dari Isnin lepas ke hari ni cukup aku puasa enam hari berturut-turut..Alhamdulillah..memang banyak fadhilat nya berpuasa ni..bila dah mula puasa pun rasa seronok je untuk puasa untuk esok hari dan hari-hari seterusnya..

Semalam pegi beli barang dengan Zila..sebab hari ni ramai yang tak de dekat rumah..dua orang roommate ada BBQ hari ni..Zila pulak nak pegi KL ada kenduri..nanti susah pulak nak buka puasa..jadi aku beli buah Pear (sebenar nya biasa panggil buah Lai) hehe, buah tomato, yogurt strawberry dan feveret snek..Snek Ku..hehe..

Tapi masa teman Zila lunch semalam aku dah bungkus siap-siap pulut kuning dan kari daging..sedap..pulut die pun banyak..kari daging pun sedap..rm4.50 je..jadi malam semalam aku buka makan tu je..teman budak-budak ni pegi makan pun order air panas dan rojak buah je..order air panas tu sebab aku bawak green tea..jadi boleh minum green tea..malam nya aku nak minum halia bermadu pulak..hehe..

Jadi menu untuk berbuka hari ni ialah..

secawan nesvita, empat biji kurma, yogurt strawberry, 2 biji buah pear, dan sebiji buah tomato.

Buah-buahan dan yogurt tu untuk buat Fruit Salad,
Fruit Salad

Sedap dan sangat bagus untuk perut aku..Lepas dah solat Maghrib dan Isyak kami bertiga pun menapak la pegi kedai makan..agak jauh la..untuk makan nasi..balik je mebuang..hehe..kan dah kata elok untuk perut..hehe..

 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...