Monday, 17 September 2012

Cerita Tentang Milo..

Assalammualaikum..

Sekarang ni tengah prepare untuk final..tumpuan lebih pada paper Fluid Mechanic..sebab aku kurang mahir dengan subject ni..Subject yang agak baru pada aku tetapi interesting..dan aku selalu nak kaitkan apa yang aku belajar dengan applikasinya dengan dunia sebenar..Belajar menggunakan note dari lecturer sebagai guide dan untuk dapat kan info lebih aku pinjam dan baca buku dekat library..jadi kalau ada benda yang aku kurang jelas aku boleh discuss dengan lecturer aku..Selain tu aku pun selalu discuss dengan en.bf..hehe..tanya dia kalau ada yang tak faham atau kurang jelas..lepas tu dia akan guide aku..

Walaupun orang ada pendapat yang berbeza tentang pasangan yang berkerja dalam industri yang sama nanti bosan la..kalau balik rumah cerita yang sama la..ni alasan yang aku biasa dengar la bagi orang yang nak cari pasangan yang berbeza kerjaya..tapi aku lebih selesa ada pasangan yang dari bidang yang sama..sebab nya senang nak discuss sama-sama..lagi pun senang nak faham workload dan cara kerja dari bidang itu..contohnya macam aku sekarang..kalau ada benda aku tak faham aku akan refer dekat en.bf..kalau kami ada masalah kerja ke boleh berkongsi cerita dan saling bagi pendapat sebab agak faham dengan situasi yang berlaku..tapi ikut kesuaian masing-masing la kan..

Panjang nya mukadimah..hehe..sebenar nya masa discuss pasal fluid minggu lepas..lepas kelas tu borak-borak dengan lecturer tu..aku suka berkongsi cerita dengan dia..awal nya nak tanya buku yang sesuai je..sebab buku yang ada dekat library agak advance..die pun suka bertanya pengalaman aku belajar sebelum ni dan pengalaman kerja aku..boleh la kami berkongsi cerita kan..selain tu aku pun suka dengar bila die berkongsi cerita tentang kehidupan..

Apa yang menarik untuk aku kongsi ialah cerita nya mengenai kehidupan kita..cerita ni aku kaitkan dengan ada isu mengenai cikgu vs engineer..aku tau pun melalui kawan aku..die yang kongsi link..terpulang la..masing-masing ada pendapat dan pendirian masing-masing kan..tapi aku bangga je dengan apa yang aku buat..mungkin kelebihan aku sesuai menjadi jurutera bukan cikgu..

Apa yang kami bincang kan masa tu berkaitan pengkhusussan atau specialty kita dalam melakukan sesuatu perkara..maksudnya pilih sesuatu yang betul-betul kita suka dan betul-betul mahir dalam perkara tersebut..being specialist..itu lebih berbaloi..sebab nya kita hidup berdasarkan pilihan dan kesesuaian kita dalam melakukan sesuatu perkaga..agak mustahil bagi kita untuk betul-betul mahir dalam banyak perkara..tapi kalau berminat untuk belajar dan dan ambil tau tu tak pe lah..ilmu kan..tak rugi apa-apa pun..
Contoh nya dalam bidang kejuruteraan..ada kejuruteraan elektrik..mekanikal..civil dan banyak lagi..

Dan kita hidup ni berdasarkan minat..bakat dan rezeki yang Tuhan anugerahkan dan keserasian kita..pilihan kita tu mengikut kesesuaian kita..apa yang baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang dan apa yang baik untuk orang tak semestinya baik untuk kita..Contohnya milo..buka buku resipi milo yang sedap..

  1. Secawan air 250ml
  2. Sesudu gula
  3. Dua sudu milo
Untuk mendapatkan milo yang sedap adalah mengikut kesesuaian kita..bukan rigid pada resipi diatas semata-mata walaupun ditulis itulah resipi milo yang sedap..mungkin ada suka milo yang lebih susu..mungkin ada yang suka milo yang lebih..milo yang kurang susu atau milo yang cair..jadi kesedapan milo tersebut mengikut citarasa kita..mengikut definisi sedap pada deria rasa kita..

Tuhan jadikan kita ni variasi..dengan bakat..dengan citarasa yang berbeza..supaya kita saling melengkapi..kalau semua nak jadi cikgu tak de sape pulak nak jadi engineer..mungkin ada yang suka duduk pejabat..ada yang suka berada di site macam aku..ada yang suka berpakaian formal..macam aku suka simple je..pakai jeans je..janji keje siap..ada yang suka travel..suka berinteraksi atau beri perkhidmatan dengan orang..ada yang suka logik agal atau konsep dan teknologi..

Pilihan di tangan kita..asal kan kita gembira dan bahagia dengan apa yang kita buat..dan hormati orang lain..pada aku apa yang kita dapat Insyaallah berbaloi dengan apa yang kita usaha kan..contohnya dari segi gaji..orang yang keje berisiko tinggi, banyak masa di luar mungkin gaji nya lebih banyak..sesuai dengan pengornaban dia..kalau bayaran murah mungkin mahal dari segi pengalaman..Kepuasan masing-masing..Aku pun insan yang lemah..kalau salah tegur lah..supaya aku boleh improve diri aku..Semoga kita capai apa yang kita inginkan dan sentiasa gembira dan bahagia..Disamping tu semoga hidup kita sentiasa di rahmati dan diberkati..AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...