Tuesday, 4 September 2012

Broadband..

Dah lama rasanya tak menulis blog sejak modem broadband hilang..walaupun  bolen pinjam broadband roommate tapi pinjam kejap-kejap je lah..tak dapatlah nak pinjam lama-lama..selalunya guna broadband die untuk check email, fesbuk, online twitter kejap ke..dah biasa selalu online bila disconnected rasa bosan..biasa buat transaction online, online fesbuk dan twitter bila-bila msa kita nak..kalau pinjam orang punya kene la consider..bila tengok dia guna..online skype ke malas la nak pinjam..tu pun kadang-kadang terpaksa pinjam lama gak kalau nak nak buat assignment ke..
Contohnya masa buat assignment fizik dan matematik hari tu..terpaksa pinjam lama sebab nota matematik tak mencukupi pun sebagai rujukan untuk buat assignment tu..terpaksa search dekat internet nota dan contoh-contoh soalan yang lebih kurang untuk jawab soalan-soalan tu..Alhamdulillah assignment tu pun dah siap..dah hantar pun..dari dua belas soalan tu boleh la jawab semua walaupun ada satu soalan tu tak dapat jawapan sama dengan jawapan yang die bagi..bagus sebagai revision untuk aku..dah lama tinggalkan integration..maksud nya application die..sebab soalan berkaitan tajuk Integration..biasa nya apply untun macam mana nak integrate je tapi ni application integration in volume of a solid of revolution..masa belajar dulu macam tak berapa faham je..tapi bila dah buat ni bole revise balik..boleh jugak polish skill mathematic dan buat mathematic ni pun bagus untuk perkembangan otak dan menajamkan otak kita..bagi kita berfikir sikit untuk benda-benda yang elok dari fikir dan buat benda merapu je..
Lepas tu buat assignment fizik pulak..memang kene cari maklumat dekat internet dan buat menggunakan computer..terpaksa la pinjam lagi..Insyaallah akan dapatkan broadband balik dalam masa terdekat ni..susah nak buat keje..susah nak berhubung dengan kawan-kawan dan adik beradik bila rindu..huhu..kalau tak berhubung pun at least bole tengok kakak dengan adik-adik update dekat fesbuk..upload gambar ke..macam semalam baru nk bersembang dengan BFF tapi sebab kan tuan broadband tu dah balik jadi aku pun malas nak guna..agak sentap dengan roommate semalam..tak tau lah aku ni yang terlebih sensitive atau memang die yang jenis suka pentingkan diri..tapi sepanjang aku duduk sini..aku rasa makin hargai apa yang aku ada..hargai keluarga, kawan baik, kawan-kawan dan apa yang aku ada selama ni..satu nasihat BFF yang memang bagus semalam kita jangan harap dekat orang sangat..aku pun anggap apa yang jadi tu sebagai teguran dari Allah dekat aku..supaya aku selalu dekat dengan Dia..kita ni kalau selalu senang gembira je cepat lupa diri..apa pun yang jadi aku selalu muhasabah diri dan mengadu dekat Dia je lah..sesungguhnya die lebih tau apa yang baik untuk aku dan setiap kejadian ada hikmah nya..
Special dedicate untuk BFF..nanti nak buat post untuk BFF la.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...