Wednesday, 5 September 2012

Berpuasa di bulan Syawal..

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke tiga aku berpuasa di bulan Syawal ni..bermula dari hari Isnin..esok tak pasti lagi nak puasa ke tidak..sebab esok ada jamuan raya..setakat ni aku seronok je puasa..seronok bila fikirkan faedah-faedah yang aku dapat dari berpuasa..lepas raya ni pun dah start skipping balik..maklumlah lepas raya hari tu timbang badan naik sikit..walau pun kalau ikut bacaan timbang tu naik beberapa gram je..tapi ak tetap suka bersenam dan berpuasa..

Lepas raya ni aku berskipping waktu petang atau malam..kalau puasa tu aku tak skipping la..lepas tu cuba jaga makan..masih amalkan minum teh hijau..seronok mengemas rumah..aku suka menyapu dan mengemop rumah..pukul 3 pagi tadi pun aku sapu dan mop bilik dan hall..hehe..selain boleh membersihkan rumah at least badan aku bergerak..tak delah duduk baring depan laptop je..dah ada dua kebaikan dekat situ..hehe..

Memang lah mengamalkan hidup sihat ni untuk kekalkan berat badan..tak nak lah berat naik..cuba untuk kurangkan berat badan atau sekurang-kurangnya maintain kan berat..di samping tu dapat kekal kan kesihatan badan..bersenam bagus untuk kesihatan tubuh badan..bila keluar peluh rasa segar je..toksik dalam badan hilang melalui peluh..bagus untuk pengedaran darah dan kesihatan jantung..bagus untuk kulit..dan banyak lagi kelebihan la..kalau buat kerja-kerja rumah pulak boleh sihat kan badan dan jadikan rumah kita lebih bersih dan lebih selesa..:))

Berpuasa pun bagus untuk kesihatan..dulu masa sekolah menengah ustazah pernah bagi tau..untuk kekalkan badan yang ideal macam masa sekolah dulu..maklumlah masa sekolah dulu kan badan masing-masing solid je..hahaha..amalkan lah berpuasa sekurangnya 3 hari dalam sebulan..tak silap ni salah satu dari cara hidup Rasullullah..tapi kalau dah start puasa tu rasa best je..memang rasa badan lagi sihat..Insyaallah nak cuba puasa sunat setiap Isnin dan Khamis..sebab berpuasa ni boleh merehatkan perut kita..maklumlah kalau bab makan ni memang payah nak handle sikit kan..kalau dapat benda kita suka atau sedap tu memang tak cukup sikit..lagi-lagi lepas raya ni..masa raya hari tu dah lah baru lepas puasa sebulan..lepas tu tiba-tiba makan bukan main meriah..terkejut perut..hehe..tapi sebab raya hari tu aku tak jalan sangat..banyak duduk rumah..makan pun tak banyak sangat..tu lah berat tak naik sangat..

Hari ni aku buka puasa dengan empat biji kurma..nesvita dan ini..


Nestum..:))
Lepas solat maghrib aku pegi lah kedai makan..makan nasi goreng paprik dan tea o suam..lepas tu jalan-jalan pegi kedai dan pusing keliling taman..pun aku suka gak..sambil dapat eratkan lagi silaturrahim..berjalan ni pun bagus..lagi kalau ada kawan bersembang..jalan jauh pun tak rasa penat kan..hihi..

Marilah mengamalkan gaya hidup sihat..rajin-rajin bersenam..buat kerja rumah..berpuasa..selain dapat bentuk badan yang ideal, rumah pun bersih, dan bila berpuasa pun dapat mendekatkan diri kita dengan Allah..kalau badan ideal je kita pun suka tengok kan..nak pakai pape pun cantik je..lepas tu penyakit pun kurang..orang lain macam-macam penyakit kita Alhamdulillah sihat je..dulu pernah check gula dalam darah..rendah je..pernah jugak check pengedaran darah dengan kawan-kawan..punya lah masing-masing dapat keputusan B C la tapi aku dapat A..best je rasa..hihi..orang tu nak promote barang kesihatan dia pun tak jadi..baru nak kata orang sekarang tak rajin bersenam aku dah betah dah..hehe..

2 comments:

  1. wah...
    sihat.. tahniah ya...
    semoga akak sihat selalu ya..=)
    sebelum ni pernah juga puasa pada hari Isnin dan Khamis,
    tapi faktor roommate (bukan Islam) yang masih tidur semasa saya nak sahur tu, susah sikit..
    Huhu..

    ReplyDelete
  2. bagus puasa ni Liya..
    dapat rehatkan perut..
    latih diri kita sabar..
    dapat muhasabah diri bertapa untung nya kt ckup mkan..
    klu org yg ssah tu xckup mkn..
    tp mereka ttap cuba survive utk hdup..
    akak pn jrng sahur bnda berat..
    slalu shur air, nesvita, nestum atau kurma je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...