Wednesday, 5 September 2012

Aku Hanya Insan yang Lemah..

Aku cuma lah insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan..yang Tuhan kurniakan bermacam perasaan..atau aku ni terlalu sensitif cepat sangat terasa ke..entah lah..atau orang sekeliling aku ni yang kurang sensitif dengan aku..

Ada beberapa perkara yang jadi buat kan aku terasa dengan orang sekeliling..kalau awal-awal kenal aku memang akan layan orang sama rata je..selagi orang tak buat hal dengan aku, aku ok je..tapi bila orang buat hal dengan aku memang aku akan cuba jauh kan diri..dan aku tetap hidup dengan cara aku..sebab pada aku kalau kita tak bole bersama-sama lebih baik kita hidup dengan cara masing-masing..masing-masing ada prinsip tersendiri dalam menjalani kehidupan masing-masing kan..jadi kalau tak boleh bersama baik ikut cara masing-masing..

Macam aku kata tak tau lah aku yang terlebih sensitif ke apa..tapi bila terjadi sesuatu perkara berkaitan dengan hubungan dengan orang, aku akan cuba memandang perkara tu dari sudut yang positif..mungkin itu teguran dari Allah sebab aku makin leka dengan keseronokkan..selalu keluar habis duit, tak fokus pada misi aku..mungkin Tuhan tu nak tegur supaya sentiasa bersederhana dalam berkawan..jangan terlalu berharap dengan orang lain..Mungkin apa yang jadi sebagai balasan Allah atas kesilapan aku atau Tuhan nak duga aku dan ada hikmah dan kemanisan selepas tu..

Aku memang sangat terbuka kalau berkawan dengan orang..tak kira siapa pun dia..dan siapa pun aku selagi dia menghormati aku..aku ok je..cuma bila terjadi sesuatu aku boleh je berbaik lepas tu tapi akan jadi agak berhati-hati lepas tu....atau kalau dah teruk lansung aku memang dah tak peduli pun pasal individu tu..dan aku rasa setiap kali jadi apa-apa aku mampu berdikari tanpa individu tersebut..

Mungkin sebab ni aku selalu boleh survive sendiri..dan aku selalu doa Tuhan tu tunjukkan apa yang baik untuk aku..sebab aku cuma insan yang lemah..mungkin apa yang aku buat ni salah..aku je yang sensitif terlebih..dan individu tu betul..mungkin Tuhan tu nak tunjukkan perangai individu tu yang sebenar..sentiasa positif dan muhasabah diri..lepas tu fokus balik pada apa yang lebih utama dalam hidup aku..

Dan walau macam mana pun terjadi aku ada Tuhan yang Maha Berkuasa tempat aku mengadu..semua berlaku atas izin dia dan Maha Adil..aku ada keluarga..walaupun kadang-kadang tak berapa rajin nak call..nak bemesra ke..tapi mereka sentiasa ada tempat yang istimewa dalam hati aku..dan tak pernah tinggal dalam setiap doa aku..Sesungguhnya Tuhan tu Maha Mengetahui..dan aku ada en.bf dan kawan-kawan baik yang memang layak untuk di panggil kawan..Setiap yang berlaku ada hikmah nya..dan semoga Tuhan sentiasa menemani dan mengawasi setiap langkah ku sepanjang hidup ku kerana sesungguhnya aku ni manusia yang lemah..Sering alpa dan tak sunyi melakukan kesilapan..aku akan sentiasa cuba yang terbaik..kalau aku tersilap dan terlepas pandang semoga ada yang menyedarkan..


2 comments:

  1. sama la kita kak..
    saya pun jenis yang sangat sensitif..
    tapi saya tak kisah..
    yang penting orang hormati pendirian saya,
    saya hormati pendirian orang..
    tak apalah kalau tiada orang di sisi,
    sebab kita masih ada-Nya..=)

    ReplyDelete
  2. Tu lah Liya..
    kt cuba r yg terbaik..
    Insyaallah dpt yg terbaik..
    tp kt nk ad perasaan gak..
    sedih..mara..kecewa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...