Thursday, 2 August 2012

Peringatan di sebalik dari 5 jari..

Sesuatu yang aku nak kongsikan..yang elok kita jadikan panduan..yang tak kia jadikan pengajaran..Walau apa pun sebaik-baik rujukan ialah pada Al-Quran dan hadis sahih..Ni aku baca dekat facebook..

Manusia dicipta oleh Allah s.w.t. mempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri. Jika diamati dan difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati di sebalik 5 jari itu tersimpan peringatan untuk kita. Jom kita tengok! Lekapkan tapak tangan kanan di atas meja kemudian perhatikan jari bermula dari paling kanan.

Jari Ibu:

Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling kea rah jalan benar – iaitu agama Allah s.w.t.

Jari Telunjuk:

Jari yang ‘mengungkap’ satu dan keEsaan Allah s.w.t. ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai petunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk kea rah jalan yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat.

Jari Hantu:

Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini – sekitar 30-an ke atas – kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya ‘hantu-hantu’ yang cuba mengacau. Hantu hasad, hantu ego, hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Disinilah keimanan banyak diuji – untuk menghindarinya gandakan amal ibadat.

Jari Manis:

Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke dalam remaja. Di sebalik kemanisannya. Tersimpan cabaran dan dugaan. Juga, telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk ‘amal makruf nahi mungkar’ dengan sebenar-benarnya.

Jari Kelingking:

Kecil dan kerdil. Lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada kanak-kanak yang mentah yang perlu dibimbing. Bagai kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...