Saturday, 18 August 2012

Berakhirnya Ramadhan 2012

Alhamdulillah hari ni berakhirnya Ramadhan bagi tahun 2012 ni..sebagai perempuan normal puasa aku memang lah tak cukup..hehe..Hari ni semua adik-beradik aku dah balik ke rumah..best dapat kumpul ramai-ramai..bila masing-masing dah kerja atau sambung belajar memang payah nak kumpul cukup semua kan..

Hari ni sempat beli kek untuk Hakim dan Jo sekali..Birthday Hakim 15hb Ogos lepas..Birthday Jo pulak 25 Ogos nanti..biasa nya memang celebrate sekali je..bulan yang sama je..

 Kek untuk Jo..

 Kek Untuk Hakim.

 Berbuka beramai-ramai..family P.Long pun ada sekali..:))

 Brthday Boy..Jo malu-malu nak potong kek dengan Hakim..haha..

Lepas berbuka dah solat maghrib kumpul ramai-ramai untuk takbir raya pulak..diketuai oleh ayah..lepas tu setiap seorang yang lelaki kene jadi imam untuk baca takbir ni..antara aktiviti paling best kalau nak raya..hehe..yang perempuan terselamat..hehe..

Luqman, adik lelaki, anak sulung lelaki dalam adik beradik aku tengah meng imamkan yang lain..hehe..paling fail besa lah..Hakim..haha..

Sekarang mak dan wan tengah sibuk dekat dapur prepare untuk masak ketupat dan kuah lodeh..Antara pencapaian aku untuk Ramadhan tahun ni;

  1. Menjadi penggemar kurma walaupun sebelum ni punya lah tak suka makan kurma..setiap kali bulan puasa walaupun ayah beli banyak tapi tak pernah nak makan..tahun ni Alhamdulillah..lepas puasa ni pun rasa nak makan..makan kurma untuk sarapan..
  2. Hari ni makan lemang dengan banyak nya..sama la macam kurma..aku tak suka makan lemang..tapi tahun ni masa buka tadi layan je lemang dengan rendang..hehe..
  3. Ni pencapaian terbaik aku..tak beli apa-apa pun untuk persiapan raya..
Tahun ni setakat ni family aku dah plan aktiviti baik punya..cuma kawan-kawan je lah macam bosan sikit..dah ramai yang kawen..yang bujang-bujang nya je lah tinggal kalau nak jalan raya..Hendry dah la tahun ni beraya dekat laut..siapa je lah yang tinggal nak jalan raya..huhu..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...