Sunday, 5 August 2012

16th Ramadhan 2012

Kejap je rasa dah 16 hari puasa..kalau tak silap perkiraan aku lah..Alhamdulillah dapat menjalani ibadat puasa dengan baik..setakat ni kehidupan berjalan dengan baik je..dari 8hb - 12hb August nanti ada midterm exam..aku ada empat paper..Semoga dapat jawab semua paper dengan baik dan dapat result yang cemerlang..aim nak dapat 100%..haha..

A man achieve according to what he believe

dan

Kita letak kan target kita setinggi yang boleh..Insyaallah dengan mudah kita akan dapat yang bawah nya

Tetapkan hati kita..kita yang tau kemampuan diri kita..biar lah orang sekeliling nak cakap apa..abaikan je lah..usaha je..kadang-kadang orang ni tau bercakap je..bila kita susah mereka cuma bercakap dan tengok sahaja..tak membantu pun..

Ayat yang kedua tu pulak aku pernah dengar dari seorang penceramah..dah lama dah..masa aku sekolah lagi tak silap..tak silap kata-kata tu dari Tun Dr. Mahathir..kenapa dia berusaha untuk untuk bukak kilang kereta atau projek-projek mega..kalau kita mampu melaksanakan projek mega jadi dengan mudah nya kita boleh buat projek biasa..ada betul nya ak fikir dan ak berpegang pada kata-kata ni sebagai salah satu pendorong aku..

Kalau aku usaha untuk mendapat 100% Insyaallah untuk dapat 80%-90% tu mudah..Kalau tak dapat usaha lagi..mungkin ada silap dekat mana-mana..usaha dan doa..selain tu kene la jaga attitude jugak..niat kene betul..kejayaan ni bukan untuk menjadikan kita sombong atau bangga diri..Macam pepatah orang tua..

Ikut resmi padi..makin berisi makin tunduk..

dan 

bekerja seperti kamu hidup 1000 tahun lagi dan beribadah seperti kamu mati esok

Siapa pun kita..apa pun yang kita ada..dan di mana pun kita berada..Please keep humble..ingat semua tu kurniaan dari Allah..kalau dia nak tarik sekelip mata pun bole..jangan lah kita nak caci orang yang kurang bernasib baik..dan kalau tengok orang yang berjaya kuatkan azam kita untuk berjaya seperti dia..dengan cara yang betul..Definisi kejayaan pun pada aku berbeza bagi setiap individu..

Disamping berusaha untuk kejayaan di dunia ni..seimbangkan lah jugak denga kejayaan di akhirat..Kalau kita berusaha macam mana pun tapi Tuhan tak redha..tak dapat jugak..kalau kita berusaha dan dapat harta melimpah ruah tapi dengan cara yang salah dan apa yang kita dapat tu banyak tapi tak berkat pun tak guna jugak..macam aku kata tadi..Definisi kejayaan pun pada aku berbeza bagi setiap individu..Pada aku harta yang melimpah ruah dan hidup mewah tu bukan lah kejayaan yang hakiki..banyak lagi elemen yang penting di samping kemewahan itu..

Tak rugi kalau kita merandah kan diri kita..sekurang-kurang nya kita sendiri tau dimana kita berada..daripada banyak cakap..entah-entah orang lain tu lagi hebat..tak nak tunjuk je..tak ke malu sendiri..hehe..

Sejak cuti dah berapa hari tak pergi bazar..masak sendri je dekat rumah..elok jugak..meningkatkan lagi skill memasak aku..hehe..Jadi menu untuk hai ni..

 Nasi goreng dan wedges..nanti nak belajar buat sos wedges dekat zack..sebelum datang sini zack ada buat sos wedges mcm cheesy wedges dekat kfc tu..not bad jugak la rasa..

Hari ni malam ni baru nak start study..semoga aku dapat jawab semua soalan midterm exam dengan baik dan mendapat keputusan dengan cemerlang..Amin..Pesanan di atas tu adalah renungan untuk kita bersama dan yang penting peringatan untuk diri sendiri ini yang selalu leka dan alpa..

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...