Tuesday, 10 July 2012

Pesanan..

Kata-kata pesanan ini aku ambil dari blog Zelmey..Aku sangat berminat dengan kata-kata pesanan yang dia kongsikan dan aku pun ingin kongsikan di sini..

"Kita tidak perlu takut jika kita betul kerana yang Maha Kuasa bersama kita"

"Jangan takut dengan orang yang melakukan perkara yang tidak benar kerana segalanya datang dari Allah dan Allah jualah punca rezeki".

"Apa-apa yang kita hajat dan perlukan, mintalah pertolongan dari Allah kerana Dia jugalah Pencipta dan Pemberi dan juga yang Mengambil"

"Untuk melakukan perkara yang BENAR ia biasanya PAHIT"
"Manusia itu bukan Tuhan, tetapi Allah. Kalau manusia itu bertindak melewati Allah, manusia itu disuatu harinya pasti akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang keji"

Sebagai seorang yang beragama Islam aku berpegang teguh kepada ajaran agama aku..tetapi sebagai seorang insan yang lemah aku pun sering melakukan kesilapan dan khilaf..Panduan yang diberikan dalam agama Islam ini cukup lengkap dan sempurna pada aku untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian dalam hidup..

Seseorang pernah kongsikan pada aku..Jika kita ingin kan sesuatu kita haruslah berani mencuba..kalau kita tak mencuba kita tak tau keupayaan kita..apabila kita mencuba tidak semestinya kita berjaya..tapi kalau kita tak mencuba semestinya kita telah gagal..bila kita dah berusaha kita serahkan dan bertawal kepada Allah S.W.T..andai kita jatuh pun bangkit lah semula..jangan cepat berputus asa..

Dia memberi analogy menanam pokok..contohnya pokok buah atau pokok bunga..bila kita menanam pokok.. tugas kita untuk menyiram, meletak baja dan menjaga pokok tu dari anasir yang boleh merosakkan pokok itu..tapi kelebatan buah pada pokok, saiz buah dan rasa pada buah pada pokok itu luar dari kuasa kita tetapi Allah S.W.T yang menentukan..
Setelah berusaha berdoa dan bertawal la kepada Nya..sentiasa bersyukur dan andai aku berjaya semoga Tuhan rendahkan hati aku serendah-rendahnya..semua Nya adalah hak milik Nya yang di pinjam kan sementara..Kekayaan, harta, pangkat, kuasa, kecantikan..Dia boleh tarik nikmat yang diberikan tu sekelip mata sahaja..tak guna bermegah-megah..tapi kita ni manusia yang lemah kan..semoga kita sentiasa dilindungi Nya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...