Friday, 13 July 2012

Overnite..

Tajuk nak gempak je kan..hehe..Sepanjang hari ni memang tak kemana-mana dan tak de aktiviti..cuma rutin biasa je..lepas breakfast skipping..lepas tu jalan kaki pegi makan..laundry..petang tadi tidur..malamnye sembang-sembang dengan housemate..bercinta dgn en.bf..Ahad ni die nak outstation lagi seminggu..dah lah susah nak contact nanti..huhu..gonna miss u damn much..hehe..

Jadi malam-malam ni layan movie dan online..baca paper..bukak Mstar tadi terbaca artikel yang menarik..Tajuk nya Jackie Chan Derma RM615,000 Kepada Mangsa Banjir Thailand..kalau nak baca yang original boleh baca dekat sini..

SEBAGAI tanda prihatin terhadap golongan miskin, pelakon Jackie Chan telah menderma sebanyak RM615,000 ($125 pounds) kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand.

Menurut laporan Daily Express, bintang Hong Kong yang juga duta muhibah UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu) itu pernah melawat beberapa rumah kebajikan, tempat mangsa-mangsa banjir ditempatkan pada sekitar tahun 2011 dan awal tahun ini.

Pelakon tersebut telah menawarkan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut menerusi Jackie Chan Charitable Foundation setelah melihat beberapa penempatan yang hancur dan ingin memulihkan semula kawasan yang berkenaan.

Jackie yang berkongsi beberapa gambar di Internet berkata dia sanggup membantu golongan yang susah kerana dia juga pernah mengalami masalah hidup yang sama pada zaman kanak-kanak.

"Saya dibesarkan dalam keadaan yang sangat miskin dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi.

"Sekarang ini, saya mempunyai wang dan akan berkongsi dengan golongan yang susah," katanya.

Bila baca artikel dekat atas ni tersentuh je baca ayat warna pink tu..Semoga aku berpeluang untuk buat macam tu jugak..Tapi kalau yang tak mampu pun tak pe jugak..tak semestinyaa kita mengumbang dengan wang ringgit..banyak cara kan..kalau tak mampu nak menyumbang dengan wang ringgit boleh menyumbang tenaga kita..berkongsi ilmu atau pendapat..tapi aku memang kagum dengan usaha dan apa yang beliau lakukan..Semoga aku dikurniakan rezeki yang banyak dan boleh berkongsi dengan orang yang memerlukan suatu hari nanti..Amin..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...