Thursday, 26 July 2012

MT BUNGA ALPINIA

Semalam en.bf dah balik dari Labuan..Flight die pagi semalam..Pagi ni bila bukak group Komuniti Perkapalan Malaysia dekat Facebook dapat berita ni..Maklumlah bila duduk sendiri jarang tengok TV..biasa online je..Berita dan gambar-gambar ni aku ambil dari KPM..sebab info ni dan gambar ni datang dari pihak yang terlibat..

Kapal MT Bunga Alpinia Terbakar
Posted on 26 Julai 2012
bookmarks

Kejadian dipercayai diakibatkan sambaran kilat sewaktu proses pemunggahan kargo methanol. Kebakaran yang bermula daripada kawasan dek (depan atau tengah, forward or amidships), diikuti beberapa siri letupan telahpun merebak sehingga ke accomodation.


Kebakaran bermula sekitar jam 2 pagi, dipercayai ketika kargo sudah hampir penuh. Merujuk kepada gambar terbaru pagi ini, api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, tetapi kapal dilihat telah rosak teruk dan menyenget ke tepi sebelah kiri (listed to portside).

Tiada berita tentang keadaan ruang enjin.


Letupan boleh didengari hampir ke seluruh Pulau Labuan.


Sehingga jam 9 pagi, tiada lagi liputan media oleh sebarang agensi berita tempatan.


Akibat letupan, terdapat bahagian dek yang telah terbuka (peel off).


Beberapa buah bot tunda turut terlibat dalam usaha memadam kebakaran dan evakuasi krew kapal.


Gambar terbaru jam 0920 pagi mendapati Bunga Alpinia telah ditarik keluar menjauhi dermaga.


Kapal ini mempunyai krew warganegara Malaysia, Filipina dan India.


Krew dipercayai telah meninggalkan kapal setelah mendapat arahan nakhoda. Walaubagaimanapun, lima (5) orang krew dipercayai hilang akibat impak letupan. Nasib mereka masih belum diketahui.


Kemaskini Selepas Jam 1100


1115: Masih terdapat bunyi letupan yang kedengaran


1117: Sumber memaklumkan kapal tersebut telah tenggelam di hadapan pelabuhan


1142: Satu jenazah telah dibawa ke Hospital Labuan
MT Bunga Alpinia (Mar 11, 2010 - July 26, 2012). :(

Vessel's name : Bunga Alpinia Flag : Malaysia Port of Registry : PORT KELANG Type of vessel : Chemical Type of hull : Double Hull Class Society : Det Norske Veritas IMO number : 9389538 Call sign : 9MLE4 Summer DWT : 37961.0 MT Built : Mar 11, 2010 Owner / Operator : MISC BERHAD
Kepada yang masing hilang harap semuanya selamat..dan kepada yang terkorban Al-Fatihah..Aku memang kagum dengan semangat juang..kekentalan pelaut-pelaut ni..bekerja di tengah laut yang sangat mencabar..tinggalkan keluarga demi mencari rezeki..Kepada kawan baik aku yang berlayar sampai bulan depan harap-harap baik-baik je dan dijauhkan dari sebarang musibah..Amin..

2 comments:

  1. duh..
    kesiannya...=(
    moga2 mereka selamat ditemui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..
      Sedey nye..
      Semoga terbaik utk mereka..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...