Sunday, 29 July 2012

MT BUNGA ALPINIA II

Hari ni hari ke puasa..dah empat hari tragedi kapal MT Bunga Alpinia..Alhamdulillah empat orang mangsa yang hilang telah ditemui dan telah selamat dikebumikan..tinggal seorang lagi mangsa yang masih hilang..sangat berharap agar mangsa dapat ditemui secepat yang mungkin dalam keadaan selamat..Sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T..setiap perkara yang terjadi ada hikmah nya..Sentiasa bersangka baik lah dengan Dia..

Hari ni nak kongsikan gambar kapal ni hasil dari letupan tersebut..Gambar-gambar ni di ambil dari blog KPM dan diambil oleh ahli-ahli KPM yang terlibat dalam operasi ini..Sangat bagus group ni..ikatan antara ahli sangat kuat..saling membantu antara satu sama lain..berkongsi informasi terkini..Sangat berfungsi..ini lah salah satu contoh menggunakan teknologi dengan cara yang betul..

Contohnya macam semalam..adik kepada mangsa yang hilang update status mohon jasa baik kedua ibu bapa nya memerlukan dua naskah Al-Quran di Labuan..response dari ahli sangat cepat dan sangat ramai yang nak menghulurkan bantuan..bantuan dari sokongan moral..idea dan secara lansung..Tanpa menunggu masa yang lama kedua ibu bapa dia dapat Al-Quran tersebut..dan banyak lagi kebaikan yang lain..

Ni ada gambar dan video kapal hasil dari kejadian..





Kalau tengok dari fizikal kapal memang teruk..Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dan semoga mangsa yang masih hilang dapat ditemui..Takziah untuk mangsa dan keluarga mangsa..Semoga tabah menghadapi ujian Allah ini..Tuhan tidak menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka..

Kalau ada kesilapan berhubung kejadian ini, informasi atau term-term yang digunakan aku mintak maaf sangat dan sila beri teguran..sebab aku bukanlah expert dalam bidang perkapalan ni..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...